BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 30, 2011

Kenangan di RAC Kg. Kemensah

assalamualaikum...alhamdulillah, selesai juga sesi RAC kali ini.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun dengan kecederaan yang aku alami.. ish..

RAC kali ini, aku memang tidak akan menyangka akan bertemu dengan insan yang 'sebijik' wajahnya saling tak tumpah akan seseorang. pada mata kasarku, semuanya sama saja.. seolah2 dia yang berdiri di hadapanku. namun apa yang membezakannya, cuma mulutnya terlebih peramah, berbeza dari dia..atau mungkin di depanku, dia pendiam, bila di belakangku...siapa tahu??mi.. bi tetiba je rindu kat mi.. FULL STOP! cukuplah sudah jangan ku layan rasa ini, kelak memakan diri...

Tuesday, March 22, 2011

BUAT MY 2ND AUTHOR..

assalamualaikum ya ukhti... ku doa padaNya yang Maha Esa, moga kau diberikan hidayah dan redha dariNya.. insyaAllah.

Ukhti, aku harap, kau masih bisa menyumbang sesuatu untuk tatapanku dan para pembaca sekalian. Aku juga berharap, kau masih bisa dan masih berkeinginan untuk menulis sesuatu untuk ku jadikan bekalan buatku kelak. Sesungguhnya, apa saja yang lahir dari hatimu dan kau paparkan di paparan ini amatlah bermakna untukku jua.

Ukhti, aku sangat berbesar hati dengan adanya dirimu di sisi aku.. Saat aku benar-benar memerlukan sumber kekuatan, kau hadir memberikan aku tongkat untuk berpaut. Justeru itu, masakan kau tega untuk menjauh dari paparan yang kita bina ini. Mungkin aku bertindak keterlaluan dengan mengubah gaya penulisanku..bahkan aku menambah gadget yang pada dirimu tidak selari dengan corak dan gaya penceritaan kamu. Maafkan aku ya.. Aku cuma ingin mencari siapa diriku yang sebenarnya, dan alhamdulillah, ku temu diriku dengan cara aku mendekatkan diri ini pada penciptaku..

Ukhti, segala pendapat dan luahan dari mu ku harap kau teruskan.. Teruskanlah.. jangan pernah berhenti.. Dan aku pohon, seandainya aku sudah tiada, seandainya aku pergi dahulu dari mu, jangan pernah berhenti berkarya.. Jangan pernah berhenti menyumbang sesuatu buat tatapan dan panduan orang lain.. Jadilah lilin yang menerangi kegelapan.. Jadilah pembimbing dan pendidik, walaupun didikanmu kau anggap cuma sekecil hama.. namun besar impaknya..

Ukhti, persahabatan yang terjalin antara kita insyaAllah, akan ku siram dengan baja.. Ukhwahfillah ini takkan terputus sampai bila-bila, walaupun jarak dan dimensi masa kelak. Aku berjanji. kaulah sahabatku, dunia dan akhirat... InsyaAllah... 

Monday, March 21, 2011

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

It has been quite some time here. Everyone is stressed out bout work right now. Everyone is having the hard time finishing their things. I am having my hard time as well, how come u can yell at me when for you i annoyed u. have u thought that u too are annoying me along the way and i just kept myself shut just not to make things worst? u yelled at me with everyone in the office? what? u were not aware of that? u can't see those people around? Thank you for being so ignorant and being so positive doing that to me.

i am trying my best to handle my pressure right now and my anger towards you. never let it burst for it may made you day worst.

Sunday, March 20, 2011

Hidayah dariNya...

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .



Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.



Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.



Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.



Inilah satu peristiwa..

p/s : Kisah ini ana ambil dari halaman Halaqah.net dengan izin penulisnya. InsyaAllah, moga kisah ini memberi kita petunjuk akan kekuasaanNya. Ana juga hampir menitiskan airmata.. Airmata yang penuh dengan kemungkaran.. Ya Allah, ampunilah dosa2 keluargaku, sahabat handai, teman2ku jua.. Ampunilah aku.. hambaMu yang hina ini..amin

Saturday, March 19, 2011

Sekadar renungan...

Sama-sama kita insafi betapa banyaknya masa yang kita telah bazirkan dengan hiburan dunia, betapa sedikitnya masa yang kita luangkan untuk menggapai keredhaan Allah...renungkan bersama..

walaupun seumur hdup ku mmhon kmaafan n menangisi apa yg ku lakukan...walau menangis airmata drh skalipun, xkan terbayar dek dosa2 itu.. Ya Allah, berilah aku kesempatan itu...

apa hakku nk menilai peribadi seseorang, sedangkan aku juga bersifat hamba..
apa dayaku untuk membenci seseorang, walhal aku juga hina..

Hebat mana pun sebuah PERCINTAAN jgn dibandingkan dengan nilai sebuah PERSAHABATAN..
CINTA dan SAHABAT datang dan pergi..
Hargai SAHABAT..hargai CINTA..
yang penting.. hargai CINTA pada DIA Yang Kuasa.. insyaALLAH..

Thursday, March 17, 2011

Ana redha...

Alahamdulillah.. selesai sudah 2 kertas untuk minggu ini... Ana nak siapkan diri untuk 4 kertas minggu hadapan pula.. alhamdulillah... Ana redha.. walaupun ada silap di sana dan sini, namun ana ikhlaskan semuanya..

Apa yang dapat ana kongsikan dan rumuskan untuk apa yang terjadi sepanjang minggu ini, walaupun masih bersisa..penuh dengan ujian dan dugaan.. Ana tahu, apa saja yang Allah turunkan itu, ana mampu hadapinya... alhamdulillah... Itu tanda Dia sayangkan ana.. alhamdulillah..

Ana ikhlaskan semuanya.. bagi ana, cukuplah ana padamkan segala-galanya dalam memori ana ni.. Cukuplah.. ana dah tak larat. Ana pun dah xmahu mendesak.. Ana ikutkan saja apa yang berlaku.. Tentu Allah Maha Mengetahui.. InsyaAllah.. tentu ada jalan untuk ana nanti.

Ana perlu kuatkan semangat ana untuk akhiri apa yang ana dah mulakan sejak 2 tahun yang lepas. InsyaAllah.. Biar ana seorang yang tanggung silap ini sendirian. Bukan salah teman2 ana.. Walhal mereka pun dah acapkali nasihatkan ana...tapi ana ingkar.MasyaAllah..Sahabat2, maafkan ana ya..Ana terlalu asyik dengan bisikan nafsu.

Cuba buat dan anggap tiada apa yang berlaku.. mungkin itu yang sepatutnya ana lakukan saat ini.. Ya Allah, berilah ana kekuatan...Ana hamba yang lemah.. jauhkan ana dari bisikan2 itu..AMINN

Wednesday, March 16, 2011

Just to share..about weed.

I just want to share something that i've learn through my blog. Just in case anybody need some notes to study. Furthermore, it also help me to improve my English as well. I'm just doing some revision for the subject Principle of Weed Science, for Test 2.. :)

Weed in general are plants which grow where it is not allowed or wanted and interfere with human need and desire. There are several method that can be used to control the weed, but it is all depend on the situation, capability and environment of that area.

Here are the factors that infuencing to choose method of controlling :
1- Cost = we need to think about the expenditure, cost that we need to cover up
2- Availability of resources = For example the equipment needed, labour
3- Type or stages of weed = type refer to the narrow leaf or broad leaf, aquatic areas etc
4- Type or stages of crop = type refer to description to the crop, stage of growth and etc
5- Situation on the area = is it a landscape surface or moist, wet etc.

There are 4 method of controlling that i can list down
1-Physical or mechanically
2-Cultural
3-Biological
4-Chemical

PHYSICAL = "to injure or killing physically"
HOW- By doing this kind of controlling method, you have to use hands, machinery or any equipments.
WAYS - pull out derooting, to burn, to slash, to cut, to plough, and hoeing using equipment

CULTURAL = "involve agronomic practices and management"
HOW - manage between the crop and weed, agronomic activities before planting, while planting and after
WAYS - use clean seeds, plant cover crops example family LEGUMINOSAE, doing some mulching - to reduce water evaporate to the atmosphere, crop rotation - by doing this will change the environment for the growth of weed and cut down the life cycle, intercropping - using empty spaces example in between the ridge, high density planting system - use up and maximise the spaces, crop selection - it will provide the crops to compete each other.

BIOLOGICAL = "involve the usage of microorganisms as an agent"
HOW- apply it on soil or in the planting area
WAYS - select find characteristic of the microorganisms like :
               *ability to kill or prevent reproduction of the weed
               *ability to spread or search and also recognize weed. means that this organisms eat the weed only
                 not the crop
               *adaptable means that these microorganisms have ability to adapt in certain area
               *self reproduction - it has their own reproduction system and be able to regenerate themselves
Basic term before choose these controlling method :-
- host specificity
- synchronization of life cycle
- no changing of host

CHEMICAL = " using chemicals to kill or prevent the growth"
HOW- spray, put or apply these chemical to area that we want to kill
But there are pro and contra when using this method of controlling.
PRO - can use many types of chemicals
         - it can reduce tillage of soil
         - cheap, because many company got license to produce it
         - fast and very effective

CONTRA - it can be source of misuse
                 - source of pollution, if excessive happen
                 - can be direct source of danger , to human

2 Source of MISUSE happen when :-
- ignorant of the chemical activity
- careless during use

There are the factors that will causing misuse:-
1-wrong dosage = the concentration is too high or too low
2-wrong chemical = using wrong material example like for broadleaf and narrow leaf
3-failure to do the caliberation = between the chemical
4-the equipment is not proper use = maybe the sprayer and the container, or miss to put the filter inside the tank
5-condition not suitable = raining or wind

Danger from MISUSE causing :-
- toxicity or poisoning (to human)
- residual pollution (excess in the chemical turn to pond and etc)
- drift (by wind)

TOXICITY CLASSIFICATION is based on LD50 concept
LD= Lethal Dosage (killer dosage)
50 = 50% of the exposed population to the lethal dosage
For example, if LD50 20 mg/kg as A, and LD50 2mg/kg as B, the B solution is more dangerous compared to A because it only need 2mg/kg to exposed 50% of the population to the Lethal Dosage.

Types of herbicide
based on application
1- Pre emergent VS Post emergent
2- Contact VS Systemic
3- General VS Selective

pre emergent = apply before weed germinate
post emergent = apply after or while weed germinate (seed growth)
contact = kill only where its touch to the herbicide

Herbicide Classification
1- SELECTIVE = kill specific weeds without affecting other weed or crops
2- NON SELECTIVE = kill all plants, active on specific species, through placement

Mode of activity based on 4 ,
1-Contact = kill at where its placed, affect on annuals, require wetting the whole plants
2-Systemic = absorb into plant, need good coverage, transported in plant system, can be used to perennial
3- Time of using = Pre planting (before crop planting), Pre emergent (after planting - before crop / weed germinate), Post emergent (after crop/ weed germinate)
4- Treatment area/ Placement = Band (along the row between ridges), Broadcast (covering the whole area), Spot (cover limited area only), Spray (direct to weed)

Thats all from me. it is refer from the lecturer given by PM. Dr. R.

Tuesday, March 15, 2011

أنا ضعيفة الإنسان

نحن الناس العاديين فقط.
أخطاء متكررة في هذا العالم..
غالبا ملطخة رغباته..
خسر امام الشيطان..

Friday, March 11, 2011

kita insan biasa

assalamualaikum buat semua.. aku cuma ingin komen sedikit tentang blog ini.. sejenak tadi, aku disedarkan kembali tentang tujuan sebenar aku menulis di blog ini.. bukan niatku untuk menceritakan tentang kisah cinta yang tidak kesampaian antara aku dan dia.. juga bukan tentang gusar dan masalah duniawi yang sesungguhnya aku tidak selitkan di dalam blog ini.. sesungguhnya aku telah jauh menyimpang dari tujuan asalku.. astagfirullah...

namun begitu, aku hanyalah insan biasa.. yang memerlukan tempat untuk mengadu.. memang ku akui.. aku seharusnya mengadu pada Khaliqku... tetapi, kujadikan blog ini sebagai tempat luahan rasa pula.. ermm.. namun, akan ku cuba sedaya upaya untuk memperbetulkan kembali tujuan ku ini. insyaAllah..

aku patut sedar, cinta duniawi ini takkan pernah kekal. cinta manusia takkan pernah abadi... jadi, mengapa perlu ku sandarkan cinta ini pada tempat yang salah?

sejenak, aku terfikir lagi.. ku selitkan lagu2 cinta... sungguh mengasyik jiwa.. namun, hanya bersifat melalaikan.. bukan berbentuk ketuhanan.. sejenak, aku terbuai dengan lirik yang ku pinjam dari blog saudari wardah asrar yang berbunyi.."sayang sayang Allah, sayang sayang nabi,... sayang sayang ayah, sayang sayang ibu.... .." astagfirullah... ampunkan aku ya Allah..

sejenak ku terfikir lagi.. semoga tulisanku menjadi pedoman dan memberi sedikit pengajaran kepada insan2 di luar sana yang memerlukannya.. sedikit cerita untuk dikongsi.. insyaAllah..

semoga kita saling mengingati.. kita hanyalah hamba yang sering alpa dan leka..

Tuesday, March 8, 2011

Disaat aku mencintaimu..



Mengapa kau pergi, mengapa kau pergi
Disaat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasihku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Disaat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat menyinta..
Menyendiri lagi, menyendiri lagi
Disaat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Disaat aku terbangun dari tidurku
Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat menyintai dirimu
Aku inginkan dirimu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..
Semoga engkau kan mengerti, tentang perasaan  ini 
maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
maaf sungguh ku tak bisa, untuk kembali padamu
maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Aku inginkan dirimu datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu aku sangat mencinta.....



Monday, March 7, 2011

Semuanya Kerana Allah

Alhamdulilah.. aku masih diberi kesempatan olehNya untuk bisa mencoretkan sesuatu di sini.. Semoga dengan adanya input2 ini, bermakna aku masih lagi wujud di muka Bumi Allah ini.. alhamdulillah..

Semua yang terjadi, segala kesedihan, kesukaran, masalah, kesakitan, semuanya adalah kurniaan Allah Yang Maha Esa. Hanya Dia mengetahui sejauh mana hambaNya ini mampu menghadapi apa saja yang diturunkan. dan aku harus sedar dan yakin, semua ini ada sebab musababnya. InsyaAllah.. ini bahagian hidupku. amin..

Semua yang terjadi ini aku terima dengan tangan terbuka, dengan hati yang ikhlas. Kadang2 tu Allah sengaja uji kita.. Dia nak tengok sejauh mana hambaNya ni tahan dengan ujian yang diturunkan.. Aku terima Ya Allah...

Entah sampai bila.. aku harus menanggung semua ini.. berpura dan terus berpura di hadapan teman2.. di hadapan mereka yang menyayangiku,,, entah sampai bila aku harus pendamkan semua ini.. namun, ini memang sepatutnya berlaku.. semoga, kasih, sayang, persahabatan yang mereka hulurkan itu bukan atas dasar simpati semata2. aku benci jika mereka simpati dengan keadaaku ini. cukuplah aku terima simpati dari dia... cukuplah dari dia yang memperlekehkan aku..

Segala yang terjadi, aku sandarkan padaNya .. insyaAllah..

Tuesday, March 1, 2011

::FOR YOU::

 Life is not bed of roses. There may be ups and downs in life. You just gotta move on and keep the faith in u..


When you're safe inside your room you tend to dream
Of a place where nothing's harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means

When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin
To trust the voice within
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------


S.T.A.N.D

To my dearest friend..

The road has been tough for you and i believe you have to go thru a lot of hardship in order for you to stand up today. Worry less my dear, leave it all to Allah and be tough. I believe you will be able to find whatever you need in life.

Do not forget.. "Allah takkan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya itu.." Sorry if i did not put it in the right way but somehow i bet you know what was i trying to convey there. =)

Here's a song lyrics that i listen when i'm down and when i needed somebody but there's no one around..


You feel like a candle in a hurricane
Just like a picture with a broken frame
Alone and helpless
Like you've lost your fight
But you'll be alright, you'll be alright

Cause when push comes to shove
You taste what you're made of
You might bend, till you break
Cause its all you can take
On your knees you look up
Decide you've had enough
You get mad you get strong
Wipe your hands shake it off
Then you Stand
 
Life's like a novel
With the end ripped out
The edge of a canyon
With only one way down
Take what you're given before its gone
Start holding on, keep holding on

Every time you get up
And get back in the race
One more small piece of you
Starts to fall into place

seolah esok tiada lagi..

assalamualaikum.. saja aku pilih tajuk post kali ini.. "seolah esok tiada lagi".. apa pun yang penting buatlah sesuatu sebaik mungkin hari ini, seolah2 esok adalah penamat untuk kita.. sibukkan diri semaksima mungkin seolah2 inilah terakhir kalinya kita begini.. ketawalah sepuas hati bersama teman2 seolah2 esok tangisan mengiringi kita.. apa pun yang penting, sayangilah insan yang menyayangi dan menghargai kita seolah2 esok tiada lagi peluang kedua untuk mengecap bahagia.
"seolah esok tiada lagi"
p/s : annur hidayah aku  sentiasa berdoa dan berharap kau temukan bahagia dalam apa jua jalan yang kau pilih.. semoga cahayamu akan terus menyinari mereka yang memerlukannya.
p/s : ros hijau aku hanya mampu berharap kau juga berjaya dalam apa jua yang ingin kau ceburi.. jangan cepat berputus asa dan mengalah.. selagi kau belum tewas dalam perjuanganmu.. insyaAllah, kebahagiaan pasti akan jadi milikmu dan semoga kau berhak disayangi dan memiliki..
p/s : aydizah tiada yang mampu ku tinggalkan untukmu selain aku membawa pergi semua kenangan antara kita.. sesungguhnya tiada yang lebih menarik dalam hidup ini selain mengenali dan membahagiakanmu. maafkan aku kerna tidak cukup sempurna buatmu..