BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 24, 2011

Andai esok tiada lagi..

Andai esok tiada lagi waktu buatku
Andai esok tidak bersisa lagi sisa hidupku
Andai saja esok mentari pagi tidak menyinari pagiku
Andai esok tiada lagi gelak  tawaku
Andai esok tiada lagi gurau senda dariku
Andai esok tidak ada ruang lagi untukku berdiri
Andai esok aku tiada lagi di sisi

Jangan kau sesalkan apa yang terjadi
Jangan kau bersedih hati
Jangan kau menangisi pemergianku

Ikhlaskan segalanya..
Aku pergi meninggalkan mu
Aku pergi buat selamanya
Yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan memori tentangku
Yang tinggal hanyalah sayup-sayup gelak tawaku
Yang tinggal hanyalah bayangan gurau sendaku

Aku pergi dengan pesan..
Aku pergi sila kau ikhlaskan

Andai esok tiada lagi buatku...
Maafkan diriku. 

Wednesday, July 20, 2011

Peluang itu sentiasa ada...

Assalamualaikum w.b.t

Peluang itu sentiasa ada..
bagi mereka yang menghargai
Peluang itu sentiasa ada..
bagi mereka yang tahu merebutnya
Peluang itu sentiasa ada..
bagi mereka yang ingin mengejarnya
Peluang itu sentiasa ada..
buat mereka yang ingin berubah
Peluang itu sentiasa ada..
jikalau tidak berputus asa
Peluang itu sentiasa ada..
andai hati bisa memberikannya

Namun
semuanya akan jadi sia-sia
jika peluang itu kita tidak diambil..
jika peluang itu disalahgunakan..
jika peluang itu disalah ertikan...


Peluang untuk berubah, sentiasa akan wujud.. bagi mereka yang bernama MANUSIA..