BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

Cinta sampai Syurga

Dahulu kita pernah berjanji..
Cinta kita, cinta mati..
Takkan pernah tergugat walau apapun melanda..
Namun, semuanya cuma sekadar mimpi
Mimpi Mat Jenin ataupun pak Pandir yang tergadai kampungnya
Dek kerana kebodohannya sendiri...

Dahulu,
kita begitu asyik di buai cinta..
Hingga alpa dengan keadaan sekeliling..
Kini setelah cinta itu pergi, hilang bau dan seri..
Kucar kacir jadinya.


Sunday, June 19, 2011

Jangan Mengaku kalah...

assalamualaikum dan salam ukhwah buat semua.. kali ini, aku ingin membicarakan tentang isu mengaku kalah dan berputus asa.. Ingatlah. walau sebesar manapun dugaan dan masalah yang dihadapi, jangan sesekali mengaku kalah dan berputus asa.. jangan.. sebab Allah sendiri tak suka hamba-Nya bersikap sedemikian. Jika ditimpa masalah ataupun kesulitan, beristigfarlah, sentiasa ingatkan Allah.. ingat, bahawa DIA menyayangi kita dan dengan itu, DIA menguji kita dengan masalah itu..untuk melihat sejauh mana kesabaran serta keimanan hambaNya.  Biarpun gagal, segeralah bangkit.. jatuh berkali-kali dan sungguhpun ianya sakit, tetapi, kuatkanlah tekadmu..

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

lagu ni dipetik dari Akulah permata- Salma

Thursday, June 9, 2011

Kifarah.. ada hikmahnya..

Alhamdulillah.. bersyukur ku kehadrat Illahi kerana memberiku sedikit kekuatan untuk menulis ketika ini. Alhamdulillah juga kerna aku bisa diberi kesempatan bertazkirah dan menziarahi bondaku yang tercinta, Hjh Roslin Md Sulong..mudah-mudahan setiap yang diberikan beliau kepadaku, bisa ku jadikan panduan dalam menempuh hari mendatang berlandaskan syariat Allah S.W.T.

Sesungguhnya, apabila Allah S.W.T. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar aakan diberikan pahala mereka tanpa hisap (az-Zumar : 10)


Kifarah ialah balasan yang Allah turunkan di dunia untuk hambaNya akibat dari dosa-dosa yang dilakukan. Ujian dari Allah ini juga mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda mahupun penyakit yang Allah turunkan, tidak kira penyakit itu berlaku dalam jangkamasa yang lama ataupun sekejap kerana ia bergantung kepada qada' iaitu ketentuan Allah.

Selagi yang namanya kifarah ini belum menepati qada' Allah, maka kifarah ini tidak akn sembuh walaupun berbagai usaha mengubati dilakukan. Maka dengan itu , perbanyakkanlah muhasabah diri kita sendiri, cari mana lagi yang masih kurang dan jejaki jika ada yang berkecil hati mahupun terasa dengan setiap perbuatan juga pertuturan kita.


Namun, jangan sesekali berputus asa, teguhkan diri untuk mencari jalan keluar pada setiap masalah itu. Sesungguhnya Allah tidak suka pada hambaNya yang mudah berputus asa dan hanya berserah pada takdir semata-mata..


Justeru di sini mungkin aku boleh kaitkan apa yang terjadi padaku, segala kesakitan yang aku alami merupakan kifarah yang Allah turunkan akibat dari dosa-dosa yang pernah aku lakukan. sesungguhnya setiap saat yang berlalu ini, seharusnya aku habiskan dengan beristigfar kepadaNya, memohon keampunan atas segala dosa yang kulakukan. dan tentu saja, memohon keampunan pada mereka-mereka yang pernah kusakiti secara sengaja mahupun tidak sengaja. 


Sesungguhnya pertemuan dengan bonda tercinta banyak menyedarkan aku bertapa aku hampir terpesong dari landasan yang benar. Mujurlah aku punya inisiatif untuk kembali mencari nur yang telah hilang itu, insyaAllah, aku hanya mampu berdoa, Allah berikan aku kekuatan mengharungi kesakitan ini, juga beriku kekuatan untuk terus istiqomah di jalanNya..Amin..