BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 27, 2010

K.E.N.A.P.A

Assalamualaikum.. bertemu lagi hari ini.. Syukur ku panjatkan pada Yang Maha Esa, kerana memberi aku kesihatan yang baik dan membolehkan aku meluangkan masa untuk menulis sesuatu. Amin...
Rasanya baru semalam aku menulis 'Selamat Tinggal' tapi hari ini, kau datang lagi.. Apakah maksud sebenar..aku masih buntu. Sesudah lebih 2 bulan, kau bertanyakan khabarku. Kenapa? Kau masih risaukan aku? Masih bersisa kah sayang untukku? Kau beritahu yang kau baru saja balik dari temuduga.. dan kau kata, kau tidak yakin akan berjaya. Seperti biasa, aku masih lagi setia dengan kata2 perangsang dan dorongan buatmu.. Lancar saja mulut ini menyuarakannya.. Bagaikan kau masih bermakna buatku. 
Kemudian, aku tersedar.. apakah ini hanya mimpi, atau memang benar, kau menghubungiku? Ya Allah.. ini bukan mimpi.. Mungkinkah kau masih sayang dan rindu? Aku sendiri tidak tahu. Kau tahu, aku hampir saja memberikan 'anak2' kita pada orang lain. Aku benci dengan mereka. Untuk apa aku masih menyimpan mereka sedangkan kau telah tiada? Namun, mujurlah aku sempat tersedar akan kebodohan itu. 'Anak2' tidak seharusnya jadi mangsa apabila berlaku 'penceraian' antara 'ibu bapa' mereka.. Aku kemudian tersenyum sendiri..
Kenapa? Itu yang masih berlegar di fikiranku saat ini.. Kenapa kau buat aku menderita? Ya Allah.. benarlah.. KAU tidak akan ujiku melebihi kemampuanku.. Mungkin ujian yang datang ini adalah tanda bahawa aku mungkin lupa akan tanggung jawabku padaMU Ya Allah.. Astagfirullah... Aku masih lagi terperangkap antara 2 cinta... Nauzubillah

Selamat Tinggal..

Bismillah...Moga apa yang aku coretkan  ini tidak mengguris hati sesiapa yang membacanya.. aminn..
Aku sengaja upload gambar ni.. sebab ni gambar kegemaran kau, kan.. dan maaf, jika aku ber'aku' engkau dengan kau sekarang ni.. Aku rasa antara kita sudah tiada sebarang ikatan kasih.. justeru itu, x usahlah kita saling menjaga hati antara satu sama lain. Kau juga bebas memanggilku ikut sesedap rasamu. Kau tahu, setiap kali tiba November, pasti aku terkenang saat2 aku mula mengenalimu.. namun aku juga sedar, November kali ini, kau bukan lagi milikku.. segala omongan, kata2 dan harapan yang kita bina kini hanya tinggal sejarah. Aku sudah mampu memujuk hati ini agar berhenti dari memujamu.. kerna satu2nya yang harus ku puja adalah Tuhanku Yang Maha Esa.. Aku sudah bisa menerima kenyataan ini sayang. Aku juga sudah bisa membuang jauh segala rasa rindu yang satu ketika dulu asyik bersarang dalam minda dan hati ini. Alhamdulillah.. masih ada yang sayang padaku..Sungguhpun kau tidak lagi berada di sisi, aku masih punya keluarga, yang xpernah jemu memberi sokongan padaku. Lagipun, masa kan kau tidak pernah ku beritahu, bahawa aku mungkin tidak mampu membahagiakanmu kerana aku ini penuh kekurangan..diriku sendiri aku tidak mampu jaga, inikan pula kau!Awal2 lagi aku sudah berpesan padamu tentang kekurangan diri ini.. Namun dek kerana rasa cinta yang kian menebal dalam dirimu, kau tolak tepi halangan itu. Tapi kini....adakah cinta itu makin menipis? Aku tidak pernah menyalahkanmu atas apa yang terjadi antara kita. Tapi yang aku minta, tolonglah.. kau sudah ucapkan Selamat Tinggal buatku.. di awal Ramadhan yang mulia.. namun mengapa kau masih perlu mencariku? adakah kau masih belum puas menyakitiku?Cukuplah sayang.. aku kini redha akan pemergianmu... dan aku juga harap begitu... Relakan pemergianku sebagaimana aku merelakanmu sayang.. Selamat tinggal...

B.O.L.A

B.O.L.A
Assalamualaikum.. bertemu lagi... tntu mengelirukan tajuk kali ni.. B.O.L.A.. apa benda ni.. sebenarnya aku juga baru saja mengetahuinya.. setelah lebih 10 tahun aku mendengar dan melihat pernyataan ini.. dia sering memberiku secebis kertas, yang bertulis di atasnya huruf2 ini.. aku hanya tersenyum.. sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah maksudnya...kini setelah masa berlalu.. barulah aku mengerti Best Of Luck Always.. terima kasih.. aku tidak tahu selama ini.. dan aku hanya pura2 tersenyum dan mengangguk setiap kali kau ungkapkan huruf2 itu.. terima kasih.. kerna kau tidak jemu menjadi cahaya dalam hidupku.. kau tidak pernah kenal erti penat menjadi mentor buatku.. namun.. kurang lagi 2 minggu.. kau dan aku akan wujud jurang antara kita.. jurang yang besar.. kau dan aku tidak boleh lagi seperti dahulu.. kita sudah berbeza.... namun jangan kau risaukan aku.. insyaAllah.. selagi iman masih di dada.. selagi aku mampu membimbing nafsu ku ini ke jalan yang benar, insyaAllah.. aku tidak akan terpesong jauh... banyak yang telah kau lakukan padaku.. ramai yang mencemuh usahamu padaku.. kata mereka...ibarat mencurah air ke daun keladi.. tapi kau pekakkan saja telinga. terima kasih.. duhai sahabat.. rafiqwafiyku...semoga kita menjadi mujahid dan mujahidah kekasih Allah.. insyaAllah

Thursday, November 25, 2010

Coretan pertama

Bismillahirrahmannirahhim.. Biarlah aku mulakan coretan pertama ku ini dengan kalimah rahmat ini.. insyaAllah mudah-mudahan setiap apa yang bakal aku coretkan membawa kebaikan, samada untukkku mahupun bagi sesiapa jua yang membacanya. InsyaAllah juga, untuk laman ini, aku tidak akan hanya bercerita dan memuji pada cinta yang biasa itu.. akan ku isi dengan nasihat, teguran atau apa jua yang bakal membina minda.. insyaAllah..doakan aku agar aku sentiasa istiqomah berada di jalan ini.. aminn.