BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 23, 2010

aku rindu dia

ssalamualaikum.. lama betul aku menyepikan diri. bukan kerana aku sakit atau apa..cuma aku sendiri tidak punya keberanian untuk menulis sesuatu di sini. tapi sejak tadi, jiwa aku ni meronta-ronta ingin meluahkan sesuatu pada yang sudi mendengar atau membacanya.. kerna aku sudah tidak punya siapa2 lagi untuk ku kongsi suka dan duka..


tadi, habis ku lihat semua gambar majlis pertunangan dan pernikahan kak as dan ajoy. niatku cuma satu, ingin menjejaki dirinya. alhamdulillah, pencarianku berhasil. ku temukan susuk tubuhnya itu di sebalik kelibat yang lain di dalam gambar itu. lain benar wajah itu.. susut benar tubuhnya.. adakah dia menderita? adakah dia semakin bahagia dengan kehidupannya? adakah dia temu sinar bahagia? adakah dia bersama insan yang boleh memahami dan menghargainya?

pelbagai persoalan terbit di fikiran ini. Ya Allah.. aku memang bukan kawan yang baik. aku memang bukan teman yang sejati.. bukan rafiqwafiy untuk mereka.. aku sering tiada bila mereka perlukan kehadiranku di sisi..

raut wajah itu mengambarkan 1001 cerita... ku lihat dia semakin matang. mungkin hidup ini sudah mendewasakannya.. mungkin.. tapi yang pasti sudah tentu dia tidak lagi perlukan aku di sisi.. buat apa.. hanya memeningkan kepala.. ya.. aku hanya menyusahkan insan yang berada di sekelilingku..insan yang menyayangiku..

dalam gambar itu juga, ku lihat wajah yang mirip insan yang banyak berjasa padaku.. yang sedikit sebanyak menjadikan aku insan di dunia ini.. wajah ibunya yang sudah tiada lagi di dunia.. memang wajarlah dia kini lebih dewasa dan tabah.. terlalu banyak yang dipikulnya.. aku simpati melihatnya.. dulu, ketika arwah masih hidup dan tidak berupaya, dialah yang memikul beban keluarga.. dia perlukan aku, tapi aku sendiri hanya sibuk dengan permasalahanku.. ya Allah.. zalimnya aku..

melihat raut wajah yang sama dengan arwah membuatkan aku hampir menitiskan air mata.. aku rindu mendengan bebelan dari arwah..aku rindu sentuhan fizikal yang diberikan arwah kepadaku setiap kali aku terlena di dalam kelas.. aku rindu mendengar celotehnya... 18 nov 2008 adalah hari terakhir ku lihat arwah sihat.....sempurna saja senyumannya... dan sesusah itu.. hanya sebujur tubuh kaku yang tidak mampu meluahkan kata2 padaku.. hanya titisan air mata.. Ya Allah, ku mohon semoga KAU tempatkan arwah di tempat orang yang soleh..aminn..

aku berharap, dia akan terus tabah dan terus tenang menjalani hidupnya.. Ya Allah, Kau bukakanlah pintu hatinya untuk menerimaku sebagai S.A.H.A.B.A.T dan memaafkan ku... izinkanlah aku untuk bersama-sama dengannya Ya Allah... izinkanlah... aku ingin jadi sebahagian lagi dari dirinya..seperti dahulu.. amin..Ya Rabb..sesunguhnya Kau Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui

Thursday, December 16, 2010

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

:: BEING A LECTURER ::


It's not that easy to held the responsibility as a person who have to teach. It is never an easy task. Others may say that i just have to stand in front of the class and just tell them what they need to know. My parents, my friends and others have been saying that it is a waste for me not to become a teacher as i have the knowledge and have the experience. But, they never knew the burden. All they thought is that it will make my life easier as i will be working for the government and i can apply for loans n bla bla bla of other benefits.. SIGH.. they never knew how hard it is..

I am now a part time lecturer in one of the polytechnics in Malaysia. Not an easy task though. As i started here, it was not as i expected. I pity the students here, they cannot use proper English. Not to look down on them but the answers are right in front of them but they were too lazy to think. Yesterday, for the 1st time in my life, i blew up in front of my students. I am very patient. Honestly I am. But, they have crossed the limit. It was just 16 of them, yet they do not want to co-operate at all. Don't think that u're in your final semester u're good enough to treat me that way.

Haih..life is so hard nowadays..i wonder how would we move on..

:: ELIE_3173 signing off::

Saturday, December 11, 2010

Untuk my 2nd Author...

assalamualaikum.. to my 2nd author... emm aku tau memang ko xde minat untuk mengajar.. tapi buat sementara waktu ni, why not, kan.. dari pada mak ayah ko membebel yang ko x keje2 g.. erm lagipun mengajar ni kan dapat banyak pahala.. huhu... amal jariah tu.. even apa yang kau ajar sikit, tapi kalau diamalkan, kau jugak yang dapat pahala.. berterusan lagi... beruntung betul kau..

em tapi, kalau memang dah xde minat dan kesungguhan dalam bidang tu, aku memang sentiasa doakan kau.. dapat pe yang kau nak.. yang kau selesa dengannya.. insyaAllah..

tentang kes merajuk2 ni... erm xdelah merajuk mana pun.. aku faham.. kau kan tak sihat.. xpelah.. masih ade masa lain.. insyaAllah.. mungkin memang xde rezeki nak keluar dengan aku kot.. huhu.. so, kau janganlah fikirkan sangat istilah merajuk ke apa ke... aku ok n steady...

lately..aku asyik teringatkan dia.. untuk pengetahuan kau, dia masih lagi menghubungi aku.. mungkin cuma sekadar kawan.. dan aku pun memang dah xde nak rasa pape kat die. dunt wory k.. erm cuma yang menggusarkan aku ialah S.A.O tu.. em die de message.. tapi kau faham2lah.. aku memang xkan reply or apa je bile de kena mengena dengan dia.. hati aku sakit.. nanti teman aku ye.. aku nak pulangkan sesuatu yang bukan hak aku..

hari ni, insan yang banyak memberikan motivasi dan cahaya yang menerangi jalan aku yang selama ni gelap nikah.. tapi aku xde inisiatif pon nak pergi menjenguk.. entahlah.. aku sepatutnya gembira.. dia dah bahagia.. dah ada orang lain yang mampu jaga dia.. tapi aku sebaliknya sedih.. aku x ada untuk turut sama meraikan hari bahagia dia ni.. apelah aku ni.. ish.. aku hanya mampu berdoa dari jauh je.. kalau aku xde pon, majlis dia tetap akan berjalan, kan.. hehehe.. aku bukan penting pun.. tapi die tentu sedih.. xpelah.. sedih tu akan hilang secara beransur-ansur...

mungkin inilah caranya.. aku perlu menyibukkan diri ni dengan perkara-perkara lain.. ish.. mungkin ini yang terbaik agar aku dapat lupakan segala yang berlaku.. dan aku juga harus lebih tumpukan pada study aku je.. hahaha..

Wednesday, December 8, 2010

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

Sorry sgt2..as 2nd author aku lmbt sket nk update..sbb xde tenet..
aku tau ko mrajuk on the day yg aku cancel last minute..seriously..aku mmg nk gi..aku demam agk truk ari yg kite jnji yg nk kuar same 2..sorry sgt2..perasaan bersalah agk tinggi nih..haish..pls..will make it up to u soon k..

thank u sbb doakan sama aku dapat keje..n alhamdulillah aku dapat dh keje..as lecturer..sbnrnye aku xmo jd lecturer..aku seriously x reti mengajar..

seriously this thing is bugging me a lot since i have to teach each n every day..bkn x bersyukur..ye..sangat la bersyukur sbb at last i got a job..every1 was pleased and relieved when i deliver the news to them. but then..they did not know that i have no interests at all in teaching. i may look cool on the outside..but inside.. T_T no one really knows the truth that i am not capable of teaching. not that i am afraid to teach but i really cannot do it..it reminds me of my practical which i did b4..it was a disaster. i went thru my days as if i was forced and i was like a walking corpse. i hate it so much..but people don't know this. when i said i did not apply to be teacher, every1..includes my family was so upset with my decision. and every1 was like saying things behind me.. sigh..i hate this.

babe..sorry i did not express much..or rather give full explanation..and i mixed up the language..sorry sgt2..aku agk serabut skrg..nway..hope to meet u soon.. =(

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Friday, December 3, 2010

Hari ini...

Dah sampai ke penghujung hari....2Disember 2010 ni, geram, rasa nak marah, geli hati, kecewa, sedih, dan bermacam lagi perasaan yang menjengah ke dalam hati aku ni. Dugaan yang aku alami ni dari celik je mata ni, sampai la aku pejam mata ni agaknya.. Ada 3 kisah yang terjadi.. Kisah yang tiada kaitan antara 1 sama lain.

KISAH 1
             
            Aku masih punya nenek. Walaupun bukan dia seorang, aku masih ada nenek tiri juga.. namun nenek ini yang agak rapat dengan aku. Kebetulan aku ni umpama driver. Aku tak kisah diperlakukan macam driver.. Yelah, bukan orang lain, nenek aku jugak. Baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital. Tapi aku dan mak agak ni cuma taktik je. Sebab xnak Pak Teh balik.. haha.. Die muntah, kejap sakit dada la.. mengerang cam kritikal sangat penyakit dia tu. Jarum kat tangan dah kena cabut. Bila ada yang datang melawat, mula2 tu macam sakit, siap boleh muntah, pastu dan dan je bercerita cam orang sihat. Ini mengesahkan teori yang aku dan mak buat. :) Aku bukan nak bercerita tentang die yang sakit ni. Erm, cuma.. sejak dia keluar hospital ni, mak ingat dia akan duduk di rumah kami. So, mak pon siapkan la stok makanan untuk dia. Bukan apa, aku ingat lagi mak susah2 masakkan bubur untuk dia, bley lak die call orang lain suruh hantarkan bubur. Ada ke patut? Hari ni setelah genap seminggu dia keluar, so kena la g amik darah, nak wat pe ntah. Aku ni sebagai cucu prihatin.. tapi xlah prihatin mana pon, susah2 bangun pagi2 g amik dia kat rumah makcik aku ni - anak kesayangan dia. Suruh keluar rumah 6.30, hospital mana la yang ley amik darah awal pagi.. melainkan kes kecemasan.. ish.. aku wat bodoh je.. gerak dari rumah dekat kul 8.. hehe.. Pastu boleh lak demand nak nek kete.. aku cakap kete susah.. kata dah lambat, nek moto boleh cilok.. haha..Aku tak fikir panjang terus je bawa dia g hospital.. sampai je, die suruh aku cari pakcik aku - husband anak kesayangan, sebab dia kerja kat bahagian makmal. Bajet hospital tu ayah die ada share, senang2 je xpayah beratur. -Ini lah silapnya orang kita.. x amanah dalam tugas, even sedara atau keluarga, kenalah ikut peraturan, ni gak la salah satu sumber halal dan haram tu boleh wujud.. Erm malas nak bincang pasal topik ni dulu, saat ni la nenek cakap erm sepupu aku nak ikut, tapi dan dan aku naik moto, haha barulah aku tau nape si sutun tu dress up pagi2.. ada hati nak ikot aku naik kete.. hahahaha.. sorry la... aku x men la sutun. Pas amik darah, nenek nak g sarapan. Nak p makan roti canai. Aku cakaplah mak aku pon goreng roti canai, tapi segera nye.. Jual mahal. Nak yang asli. Aku ikotkan je. 3 kedai kami g. Xde yang buat roti. Lantak la.. aku suggest mamak.. xmo, geli.. Ele, kalau dah lapar, mamak pon sedap pe. haha..bengang betul aku tadi. Pastu aku tanya lah nak balik ruamh aku atau nak tengok rumah die.. Almaklumlah dah lama tinggal...die cakap rumah dia.. Aku layan kan aje. sampai di rumah, sibuk na die mengemas itu dan ini. Time camnilah baru nak wakafkan makanan yang nak xpired tu kat rumah aku. Dulu boleh la, masa aku kecik, sume aku rembat. Sekarang ni sorry la... Pastu die keluarkan kain baju.. banyak pulak tu. selambe jer suruh mak aku yang basuh. ingat mak aku tu mesin basuh ke? dah la mak aku x sihat. Diam je.. memang terus menyirap darah aku. Jiran datang rumah - kira nenek sedara aku gak la, bukan men g puji anak2 kesayangan die. Ade sebut nama ayah? Haram.. padahal ayah kul 12 malam pon sanggup jenguk die kat hospital.. Kesian ayah...Aku tak tahu la bile nenek aku ni nak sedar.. Cucu x fav ni la yang sanggup bawa die ke hulu ke hilir.. erm ada dia peduli?


KISAH 2

            Sesungguhnya kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Tapi masalah nya, kami dah rancang benda ni lama sangat. Mungkin itulah, benda yang dirancang ni selalunya xkan menjadi. kalau nak, biar buat on the spot. Lantak p sama dia. Aku dah lama sangat teringin nak p mandi gunung. Xkisah la gunung pe pon. Asalkan aku dapat rasa air dia yang sejuk sampai ke tulang tu.Nak ajak mak? Jangan haraplah. Mak memang x larat nak ikut idea gila aku ni. Nak ajak adik, dia tengah bz nak SPM, xkan aku nak ganggu. Aku pun tentu bengang, bila nak exam, de yang ganggu ajak berjalan. So, aku luahkan hajat hati ini pada kawan2. kira nya 3 orang.. Semua setuju. sebelum aku pilih tarikh, aku tanya dulu semua, adakah diaorang ni free ke x. Yela, xkan semua nak ikut cakap aku. Kenalah beralah sikit kan.. erm.. aku dah cakap dah, pape bgtau awal2.. ni x.. masing2 menyepikan diri.. message pon susah nak reply. erm ada tu aku call asyik mak tiri die yang angkat. mana lah aku nye tahap kesabaran x menipis. dah la 3 hari aku ni asyik mabuk2 je.. agaknye darah nek lagi la ni.. hahahaha.. serius sangat, aku kecewa... So wajarlah bagi aku untuk merajuk.. biarlah.. nak kata aku pentingkan diri ke, pe ke.. dan yang tak ley tahan, ada member yang buat lawak.. suruh aku mandi kat sungai je.. ada lak yang suruh mandi kat rumah je.. kecik betul hati aku ni. xpelah, bukan semua yang kita nak ni bley dapat. Aku nekad nak g gunung nek moto je. Sorang2 g best. Kepala pon x pusing. Minyak brape sen sangat.. Makan, bawalah bekal dari rumah.... aku memang nekad. aku memang teringin sangat ni. NTah2 ni hajat aku yang terakhir ke, sape tahu? ajal maut kan sume di tangan Tuhan... Pada kengkawan, xpelah, aku x salahkan korang.. Tapi entah lah, biar aku pujuk hati ni dulu... Xkisah la korang nak kata aku ni pentingkan diri ke pe, nak kata aku kecikkan hati korang pon xpe. Nak kata korang menyirap ngan aku pon xpe.. aku dah biasa orang benci, aku kan ego + emo. Ape de hal..


KISAH 3

            Ni lak cerita pasal manusia yang lidahnya bercabang2... lebih dari ular.. Yang suka menyibok tepi kain orang. eee.. ade jugak orang cam ni kan. hati aku kecik sangat dengan apa yang die dan mereka dah buat. hrm.. dah aku memang dah xde hati dah nak g cari rezeki kat tempat tu. biarlah.. naik semester depan pon, aku dah jarang balik rumah - ye ke? hahaha.. duit poket nanti pandai2lah aku berjimat cermat. xpon cari je part time lain kat area kampus aku tu.. Bukan tempat tu je yang de wat part time.. akue memang kecik hati. diperlakukan, dipergunakan sewenang2nya.. aduhai.. baik dengan yang ni, mula lah, ceritakan keburukan kita, gadoh dengan yang ni, baik lak ngan yang sana... ish ada gak orang cam ni. Lantaklah.. ade aku kisah? cuma tunggu dan lihat je sampai bila dia akan bertahan.. x elok berjanji kalau memang x ley nak tunaikan.. x elok campur urusan orang kalau orang itu x izinkan... x elok melaga2kan orang lain... dan yang paling penting, carilah rezeki yang HALAL.. huhu..


Inilah antara 3 kisah yang terjadi..kisah benar lagi nyata.. sesiapa yang tersinggung, harap maaf..

Saturday, November 27, 2010

K.E.N.A.P.A

Assalamualaikum.. bertemu lagi hari ini.. Syukur ku panjatkan pada Yang Maha Esa, kerana memberi aku kesihatan yang baik dan membolehkan aku meluangkan masa untuk menulis sesuatu. Amin...
Rasanya baru semalam aku menulis 'Selamat Tinggal' tapi hari ini, kau datang lagi.. Apakah maksud sebenar..aku masih buntu. Sesudah lebih 2 bulan, kau bertanyakan khabarku. Kenapa? Kau masih risaukan aku? Masih bersisa kah sayang untukku? Kau beritahu yang kau baru saja balik dari temuduga.. dan kau kata, kau tidak yakin akan berjaya. Seperti biasa, aku masih lagi setia dengan kata2 perangsang dan dorongan buatmu.. Lancar saja mulut ini menyuarakannya.. Bagaikan kau masih bermakna buatku. 
Kemudian, aku tersedar.. apakah ini hanya mimpi, atau memang benar, kau menghubungiku? Ya Allah.. ini bukan mimpi.. Mungkinkah kau masih sayang dan rindu? Aku sendiri tidak tahu. Kau tahu, aku hampir saja memberikan 'anak2' kita pada orang lain. Aku benci dengan mereka. Untuk apa aku masih menyimpan mereka sedangkan kau telah tiada? Namun, mujurlah aku sempat tersedar akan kebodohan itu. 'Anak2' tidak seharusnya jadi mangsa apabila berlaku 'penceraian' antara 'ibu bapa' mereka.. Aku kemudian tersenyum sendiri..
Kenapa? Itu yang masih berlegar di fikiranku saat ini.. Kenapa kau buat aku menderita? Ya Allah.. benarlah.. KAU tidak akan ujiku melebihi kemampuanku.. Mungkin ujian yang datang ini adalah tanda bahawa aku mungkin lupa akan tanggung jawabku padaMU Ya Allah.. Astagfirullah... Aku masih lagi terperangkap antara 2 cinta... Nauzubillah

Selamat Tinggal..

Bismillah...Moga apa yang aku coretkan  ini tidak mengguris hati sesiapa yang membacanya.. aminn..
Aku sengaja upload gambar ni.. sebab ni gambar kegemaran kau, kan.. dan maaf, jika aku ber'aku' engkau dengan kau sekarang ni.. Aku rasa antara kita sudah tiada sebarang ikatan kasih.. justeru itu, x usahlah kita saling menjaga hati antara satu sama lain. Kau juga bebas memanggilku ikut sesedap rasamu. Kau tahu, setiap kali tiba November, pasti aku terkenang saat2 aku mula mengenalimu.. namun aku juga sedar, November kali ini, kau bukan lagi milikku.. segala omongan, kata2 dan harapan yang kita bina kini hanya tinggal sejarah. Aku sudah mampu memujuk hati ini agar berhenti dari memujamu.. kerna satu2nya yang harus ku puja adalah Tuhanku Yang Maha Esa.. Aku sudah bisa menerima kenyataan ini sayang. Aku juga sudah bisa membuang jauh segala rasa rindu yang satu ketika dulu asyik bersarang dalam minda dan hati ini. Alhamdulillah.. masih ada yang sayang padaku..Sungguhpun kau tidak lagi berada di sisi, aku masih punya keluarga, yang xpernah jemu memberi sokongan padaku. Lagipun, masa kan kau tidak pernah ku beritahu, bahawa aku mungkin tidak mampu membahagiakanmu kerana aku ini penuh kekurangan..diriku sendiri aku tidak mampu jaga, inikan pula kau!Awal2 lagi aku sudah berpesan padamu tentang kekurangan diri ini.. Namun dek kerana rasa cinta yang kian menebal dalam dirimu, kau tolak tepi halangan itu. Tapi kini....adakah cinta itu makin menipis? Aku tidak pernah menyalahkanmu atas apa yang terjadi antara kita. Tapi yang aku minta, tolonglah.. kau sudah ucapkan Selamat Tinggal buatku.. di awal Ramadhan yang mulia.. namun mengapa kau masih perlu mencariku? adakah kau masih belum puas menyakitiku?Cukuplah sayang.. aku kini redha akan pemergianmu... dan aku juga harap begitu... Relakan pemergianku sebagaimana aku merelakanmu sayang.. Selamat tinggal...

B.O.L.A

B.O.L.A
Assalamualaikum.. bertemu lagi... tntu mengelirukan tajuk kali ni.. B.O.L.A.. apa benda ni.. sebenarnya aku juga baru saja mengetahuinya.. setelah lebih 10 tahun aku mendengar dan melihat pernyataan ini.. dia sering memberiku secebis kertas, yang bertulis di atasnya huruf2 ini.. aku hanya tersenyum.. sedangkan aku sendiri tidak tahu apakah maksudnya...kini setelah masa berlalu.. barulah aku mengerti Best Of Luck Always.. terima kasih.. aku tidak tahu selama ini.. dan aku hanya pura2 tersenyum dan mengangguk setiap kali kau ungkapkan huruf2 itu.. terima kasih.. kerna kau tidak jemu menjadi cahaya dalam hidupku.. kau tidak pernah kenal erti penat menjadi mentor buatku.. namun.. kurang lagi 2 minggu.. kau dan aku akan wujud jurang antara kita.. jurang yang besar.. kau dan aku tidak boleh lagi seperti dahulu.. kita sudah berbeza.... namun jangan kau risaukan aku.. insyaAllah.. selagi iman masih di dada.. selagi aku mampu membimbing nafsu ku ini ke jalan yang benar, insyaAllah.. aku tidak akan terpesong jauh... banyak yang telah kau lakukan padaku.. ramai yang mencemuh usahamu padaku.. kata mereka...ibarat mencurah air ke daun keladi.. tapi kau pekakkan saja telinga. terima kasih.. duhai sahabat.. rafiqwafiyku...semoga kita menjadi mujahid dan mujahidah kekasih Allah.. insyaAllah

Thursday, November 25, 2010

Coretan pertama

Bismillahirrahmannirahhim.. Biarlah aku mulakan coretan pertama ku ini dengan kalimah rahmat ini.. insyaAllah mudah-mudahan setiap apa yang bakal aku coretkan membawa kebaikan, samada untukkku mahupun bagi sesiapa jua yang membacanya. InsyaAllah juga, untuk laman ini, aku tidak akan hanya bercerita dan memuji pada cinta yang biasa itu.. akan ku isi dengan nasihat, teguran atau apa jua yang bakal membina minda.. insyaAllah..doakan aku agar aku sentiasa istiqomah berada di jalan ini.. aminn.