BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 3, 2010

Hari ini...

Dah sampai ke penghujung hari....2Disember 2010 ni, geram, rasa nak marah, geli hati, kecewa, sedih, dan bermacam lagi perasaan yang menjengah ke dalam hati aku ni. Dugaan yang aku alami ni dari celik je mata ni, sampai la aku pejam mata ni agaknya.. Ada 3 kisah yang terjadi.. Kisah yang tiada kaitan antara 1 sama lain.

KISAH 1
             
            Aku masih punya nenek. Walaupun bukan dia seorang, aku masih ada nenek tiri juga.. namun nenek ini yang agak rapat dengan aku. Kebetulan aku ni umpama driver. Aku tak kisah diperlakukan macam driver.. Yelah, bukan orang lain, nenek aku jugak. Baru-baru ini, dia dimasukkan ke hospital. Tapi aku dan mak agak ni cuma taktik je. Sebab xnak Pak Teh balik.. haha.. Die muntah, kejap sakit dada la.. mengerang cam kritikal sangat penyakit dia tu. Jarum kat tangan dah kena cabut. Bila ada yang datang melawat, mula2 tu macam sakit, siap boleh muntah, pastu dan dan je bercerita cam orang sihat. Ini mengesahkan teori yang aku dan mak buat. :) Aku bukan nak bercerita tentang die yang sakit ni. Erm, cuma.. sejak dia keluar hospital ni, mak ingat dia akan duduk di rumah kami. So, mak pon siapkan la stok makanan untuk dia. Bukan apa, aku ingat lagi mak susah2 masakkan bubur untuk dia, bley lak die call orang lain suruh hantarkan bubur. Ada ke patut? Hari ni setelah genap seminggu dia keluar, so kena la g amik darah, nak wat pe ntah. Aku ni sebagai cucu prihatin.. tapi xlah prihatin mana pon, susah2 bangun pagi2 g amik dia kat rumah makcik aku ni - anak kesayangan dia. Suruh keluar rumah 6.30, hospital mana la yang ley amik darah awal pagi.. melainkan kes kecemasan.. ish.. aku wat bodoh je.. gerak dari rumah dekat kul 8.. hehe.. Pastu boleh lak demand nak nek kete.. aku cakap kete susah.. kata dah lambat, nek moto boleh cilok.. haha..Aku tak fikir panjang terus je bawa dia g hospital.. sampai je, die suruh aku cari pakcik aku - husband anak kesayangan, sebab dia kerja kat bahagian makmal. Bajet hospital tu ayah die ada share, senang2 je xpayah beratur. -Ini lah silapnya orang kita.. x amanah dalam tugas, even sedara atau keluarga, kenalah ikut peraturan, ni gak la salah satu sumber halal dan haram tu boleh wujud.. Erm malas nak bincang pasal topik ni dulu, saat ni la nenek cakap erm sepupu aku nak ikut, tapi dan dan aku naik moto, haha barulah aku tau nape si sutun tu dress up pagi2.. ada hati nak ikot aku naik kete.. hahahaha.. sorry la... aku x men la sutun. Pas amik darah, nenek nak g sarapan. Nak p makan roti canai. Aku cakaplah mak aku pon goreng roti canai, tapi segera nye.. Jual mahal. Nak yang asli. Aku ikotkan je. 3 kedai kami g. Xde yang buat roti. Lantak la.. aku suggest mamak.. xmo, geli.. Ele, kalau dah lapar, mamak pon sedap pe. haha..bengang betul aku tadi. Pastu aku tanya lah nak balik ruamh aku atau nak tengok rumah die.. Almaklumlah dah lama tinggal...die cakap rumah dia.. Aku layan kan aje. sampai di rumah, sibuk na die mengemas itu dan ini. Time camnilah baru nak wakafkan makanan yang nak xpired tu kat rumah aku. Dulu boleh la, masa aku kecik, sume aku rembat. Sekarang ni sorry la... Pastu die keluarkan kain baju.. banyak pulak tu. selambe jer suruh mak aku yang basuh. ingat mak aku tu mesin basuh ke? dah la mak aku x sihat. Diam je.. memang terus menyirap darah aku. Jiran datang rumah - kira nenek sedara aku gak la, bukan men g puji anak2 kesayangan die. Ade sebut nama ayah? Haram.. padahal ayah kul 12 malam pon sanggup jenguk die kat hospital.. Kesian ayah...Aku tak tahu la bile nenek aku ni nak sedar.. Cucu x fav ni la yang sanggup bawa die ke hulu ke hilir.. erm ada dia peduli?


KISAH 2

            Sesungguhnya kita hanya merancang, Tuhan jua yang menentukan. Tapi masalah nya, kami dah rancang benda ni lama sangat. Mungkin itulah, benda yang dirancang ni selalunya xkan menjadi. kalau nak, biar buat on the spot. Lantak p sama dia. Aku dah lama sangat teringin nak p mandi gunung. Xkisah la gunung pe pon. Asalkan aku dapat rasa air dia yang sejuk sampai ke tulang tu.Nak ajak mak? Jangan haraplah. Mak memang x larat nak ikut idea gila aku ni. Nak ajak adik, dia tengah bz nak SPM, xkan aku nak ganggu. Aku pun tentu bengang, bila nak exam, de yang ganggu ajak berjalan. So, aku luahkan hajat hati ini pada kawan2. kira nya 3 orang.. Semua setuju. sebelum aku pilih tarikh, aku tanya dulu semua, adakah diaorang ni free ke x. Yela, xkan semua nak ikut cakap aku. Kenalah beralah sikit kan.. erm.. aku dah cakap dah, pape bgtau awal2.. ni x.. masing2 menyepikan diri.. message pon susah nak reply. erm ada tu aku call asyik mak tiri die yang angkat. mana lah aku nye tahap kesabaran x menipis. dah la 3 hari aku ni asyik mabuk2 je.. agaknye darah nek lagi la ni.. hahahaha.. serius sangat, aku kecewa... So wajarlah bagi aku untuk merajuk.. biarlah.. nak kata aku pentingkan diri ke, pe ke.. dan yang tak ley tahan, ada member yang buat lawak.. suruh aku mandi kat sungai je.. ada lak yang suruh mandi kat rumah je.. kecik betul hati aku ni. xpelah, bukan semua yang kita nak ni bley dapat. Aku nekad nak g gunung nek moto je. Sorang2 g best. Kepala pon x pusing. Minyak brape sen sangat.. Makan, bawalah bekal dari rumah.... aku memang nekad. aku memang teringin sangat ni. NTah2 ni hajat aku yang terakhir ke, sape tahu? ajal maut kan sume di tangan Tuhan... Pada kengkawan, xpelah, aku x salahkan korang.. Tapi entah lah, biar aku pujuk hati ni dulu... Xkisah la korang nak kata aku ni pentingkan diri ke pe, nak kata aku kecikkan hati korang pon xpe. Nak kata korang menyirap ngan aku pon xpe.. aku dah biasa orang benci, aku kan ego + emo. Ape de hal..


KISAH 3

            Ni lak cerita pasal manusia yang lidahnya bercabang2... lebih dari ular.. Yang suka menyibok tepi kain orang. eee.. ade jugak orang cam ni kan. hati aku kecik sangat dengan apa yang die dan mereka dah buat. hrm.. dah aku memang dah xde hati dah nak g cari rezeki kat tempat tu. biarlah.. naik semester depan pon, aku dah jarang balik rumah - ye ke? hahaha.. duit poket nanti pandai2lah aku berjimat cermat. xpon cari je part time lain kat area kampus aku tu.. Bukan tempat tu je yang de wat part time.. akue memang kecik hati. diperlakukan, dipergunakan sewenang2nya.. aduhai.. baik dengan yang ni, mula lah, ceritakan keburukan kita, gadoh dengan yang ni, baik lak ngan yang sana... ish ada gak orang cam ni. Lantaklah.. ade aku kisah? cuma tunggu dan lihat je sampai bila dia akan bertahan.. x elok berjanji kalau memang x ley nak tunaikan.. x elok campur urusan orang kalau orang itu x izinkan... x elok melaga2kan orang lain... dan yang paling penting, carilah rezeki yang HALAL.. huhu..


Inilah antara 3 kisah yang terjadi..kisah benar lagi nyata.. sesiapa yang tersinggung, harap maaf..

0 comments: