BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 23, 2011

2011..

Rasanya masih belum terlewat untuk aku list down apa yang perlu aku lakukan dan apa yang bakal berlaku, insyaAllah sepanjang tahun 2011 ni..Namun, di permulaanya aku sudah pun menunjukkan simptom2 kelemahanku.. Ya Allah, hanya padaMu aku bermohon dan berserah..

target untuk dilakukan tahun ni, tentu saja meningkatkan cgpa aku tu.. xkan la nak graduate dengan second class lak kan.. tentu mak akan sedih.. penat je anta aku pergi blaja, tapi hampakan harapan dia tu.. insyaAllah, aku yakin boleh.. eventhough aku selalu x sihat.. xpe. itu bukan alasan untuk tidak berjaya.

2ndly, aku nak full masa terluang aku ni dengan aktiviti2 yang lebih berfaedah, dah x mo ikutkan sangat kata hati yang agak -ve tu lagi... kalau boleh biarlah aku sibuk dengan perkara2 yang berfaedah dan memberi manfaat padaku dan insan sekeliling..dan hopefully ni cara untuk aku lupakan dia..

3rdly lak, insyaAllah, jika diizinkan aku nak upgrade driving license aku ni.. nak amik class F lak.. huhu n tentu B full jugak sebab aku impi nak riding 1Malaysia ngan motor aku tu.. tapi kenalah tunggu kerja, only then aku mampu nak beli moto yang di impi.. huhu :)

then insyaAllah, kalau boleh aku nak spend more time dengan sahabat2 yang memerlukan kehadiranku di sisi mereka. aku nak ada dengan mereka.. susah dan senang mereka.. selagi aku mampu dan terdaya..

aku juga nak kurangkan pengambilan ubat2ku tu.. lantakla. bukanlah aku ni nak menolak takdir dan ketentuan Tuhan, cuma, cukuplah aku menyiksa badan ni dengan menerima bahan2 kimia tu.. biarlah, aku serahkan bulat2 nyawa ku ini pada qada' dan qadar yang maha Esa... aku hanya berusaha untuk menjaga kesihatanku saja.. insyaAllah..

tahun ni jugak, dan tahun2 seterusnya...aku ingin sekali menambahkan ilmu agamaku ini.. jadi bekal di akhirat kelak.. aku masih lagi jahil dalam bidang ni.. iman aku ni nipis umpama kulit bawang, yang sering tergoda hanya dengan sedikit godaan dari syaitan laknatullah..

dan kalau boleh jugak aku nak pastikan adikku, berjaya masuk U, or apply for gov job.. hanya dia je yang ley aku harapkan nanti untuk jaga mak dan ayah, kalau aku xde nanti. along??? erm xpayahlah... memang xde harapan langsung.. huhu

tapi aku x rasa pe yang aku impikan ini akan terjadi.. mlainkan dengan izin dari Dia..pe yang kecik2 yang aku impikan tu, erm kira hanya aku jer yang tahu.. n xperlu lah aku nak mention kat cni.. bnyak sangat.. huhu. pe yang aku harap sekarang ni, agar aku dikurniakan kesihatan yang baik, dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam.. amin..

Friday, January 21, 2011

Kenangan Semalam

Semalam adalah sekadar secebis kenangan..
kenangan yang tak mungkin akan datang kembali..
biarkan saja kenangan itu berlalu..
tanpa perlu memikirkan adakah ia mungkin kembali..
biarkan saja ia pergi..
jika kenangan itu menyakitkan hatimu..
Ungkapan-ungkapan seperti..
"Nur adalah untuk Adam.. dan Adam milik Nur"
hanyalah sebuah sejarah lama yang tidak harus diungkit..
sejarah lama yang layaknya tersusun rapi bagai buku tinggal di rak2 kosong..
sepi tanpa penghujung..
kenangan itu payah untuk dibiarkan berlalu..
jika di hati masih bersisa..
cebisan rasa kasih padanya...
kenapa tidak ku sandarkan saja kasih itu..
pada cinta DIA yang hakiki..
mudah-mudahan segala perit..
sakit..
pilu..
pahit..
akan hilang.. insyaAllah

Wednesday, January 19, 2011

Kau Bukan Untukku..

Dahulu ku mencintaimu
Dahulu ku menginginkanmu
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat ku tinggalkan kamooo
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Kau bukanlah untukku
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
 
Assalamualaikum... aku saja ubah sedikit lirik lagu Rossa ini, biar nampak kena dengan pe yang aku lalui... Memang betul, kau bukan untukku lagi.. tapi.. hari ni, aku benar2 merasakan yang aku benar2 rindukan kau..
 
Ingat lagi.. 19.01.. kau tentu lupa kan.. tapi tidak buatku.. hari ni, kau menyambutnya tanpa kehadiranku... mungkin ini yang terbaik..
 
Bukan aku tidak bisa menerima kenyataan dan realiti.. namun.. setiap kali aku teringatkan kau..hati ini jadi sakit.. sakit sangat.. aku tahu kau sudah bahagia sekarang ni... tapi aku?ya Allah...entahla...bahagia ke?
 
ucapan terakhir buat kau yang pernah bertakhta d hati ni..
sayang, bi harap mi bahagia skrg ni..
sayang, pada bi, pe je yang pernah terjadi antara kita ni... anugerah  buat bi.. walaupun bi menderita..
bi nak syg tahu.. kita tetap kawan sampai bila2..
hanya jika mi menginginkannya..
dan kalaupun tidak..
bi harap 1 je... jgn lupe janji mi..
janji untuk mlawat pusara bi nanti ya..
selamat tinggal sayangku..

Tuesday, January 18, 2011

is it love? or just attraction? or maybe just to make me happy..

assalamualaikum.. ya saddiqi.. ya ukhti... ya sahabat.. entah kenapa sebelum aku bisa melelapkan mata ni.. aku tergerak nak menelefon seseorang.. sedangkan 2 jam sebelum tu, aku memang dah pon call untuk yang pertama kali..aduih,....

aku sendiri x mengerti ape sebenarnya yang jadi pada diri aku ni. mungkin ada tindakbalas kimia macam siang tadi.. masa aku cek dan campurkan air dalam H2SO4 dan solution tanah aku tu.. huhu.. yang pasti, ketika aku berbicara dengannya....hatiku berbunga sendirian. alamak.. jiwang ler plak..tapi yang pasti ini yang terjadi..

setelah berminggu bergelut dalam kesakitan.. dan kemuncak2 kesakitan itu.. mungkin kesakitan itu akan kembali reda.. siapa tahu.. dan aku, akan sedia menerima segala kesakitan itu dengan tangan terbuka..kerna aku telah lali dengannya..namun, adakah dia.. yang bakal ditakdirkan bersamaku nanti mampu menerima kekurangan ini? adakah dia juga akan pergi meninggalkan aku sebagaimana 'dia' pergi dahulu?

bercerita tentang 'dia'.. kelmarin, aku menghubunginya, namun usaha itu sia2.. benci sangat dah padaku barangkali.. sampaikan aku menghantar pesanan berunsurkan rayuan.. aduhhh ape la nak jadi ni.. ish... mungkin aku dah biasa berada bersamanya ketika aku sakit.. dan sekarang bila keseorangan...aku jadi bingung.

dia.. si ros hijau...terima kasih kerana menerimaku sebagai kawan dan sahabat.. insyaAllah aku akan pertahankan persahabatan ini seadanya.. mana tahu.. si ros hijau ini mungkin jodohku.. siapa tahu.. yang pasti, aku tahu si ros hijau ini tidak mampu melupakan insan yang amat dia sayang.. mana mungkin aku bisa mengantikan tempat insan itu...

dan aku.. adakah aku mampu melupakan 'dia'?

Wednesday, January 5, 2011

Jiwang d pagi hari

assalamualaikum.. awal la pulak aku terbangun pagi ni.. semalam tdo lewat sebab layan kerenaagaknya kalau penceraian tu tidak berlaku, tentu saja 'anak2' aku ni terbela dan dijaga rapi..

haritu dah cakap dah dengan dia.. nak ke tak 'bebudak' ni... dia serah je hak penjagaan ni kat aku.. so aku diam je la.. tapi aku takkan halang dia kalau nak amik balik mereka ni nanti. dia ada hak, dan hanya aku yang akan menentukan hak itu..

semalam barulah aku ada masa nak tengok dan amati 'anak2' aku ni.. dah besar rupanya mereka.. seronok dan terhibur juga aku melihat telatah dan kerenah mereka..banyak betul mereka makan.. kelakar pun ada bila melihat cara mereka makan.. aku pun, dah lama dah x ambil gambar2 mereka... kalau dulu, sering juga aku post kan gambar2 'anak2' aku ni pada dia.. emm tapi, mungkin sebab dia pun dah benci kat aku, so, apa saja yang de kene mengena ngan aku dia dah tak mo amik kisah..tapi, kesianlah kat 'anak2' dia gak ni..ish.. pe la.. xde perikemanusiaan..

tapi mungkin dia dah semakin sibuk.. mungkin sudah ada kerjaya baru, mungkin juga sudah temui penganti diriku..argh.. malas nak ambil tahu.. aku hanya mampu mendoakan dari jauh, agar dia tetap bahagia, walaupun bukan denganku di sisinya..

terkadang tu, bila terpandang wajah2 di sekelilingku, aku terbayang wajahnya... seolah2 dia berada di depanku... bohonglah jika aku kata aku tidak rindu.. tapi, cukuplah sekadar rindu.. tetapi aku tidak mampu untuk menghubunginya.. aku tidak mahu hati ini terus terseksa..

lagi 14 hari, genaplah 3 tahun kami bersama... tapi belum sempat tarikh itu...segala2nya hanya tinggal sejarah. dia dan aku sudah punya haluan masing2..19.01...0300, aku tetap akan ingat sampai bila2.. walaupun kau bukan yang pertama mengetuk pintu hati ni, tetapi kenangan bersamamu adalah yang paling terkesan dihati ini.. pergilah mi...bi relakan semua ini.. bi x mahu terus2san menyiksa mi.. sebab bi juga terseksa...

demi 'anak2' yang semakin membesar, aku tabahkan diri.. kelmarin, mak nak aku hantar je mereka ni ke nursery.. mak cakap menyusahkan aku je, nak jaga, mana lagi masa aku nak study.. aku bantah.. sebab mak tak tahu, hanya merekalah yang tinggal sebagai tanda dia dan aku pernah 'bersama'...hanya mereka yang mampu mengubat rasa rinduku padamu, mi...

aduihhhh dah la, x mo dah jiwang2.. hari ni, adalah hari yang paling sibuk dalam minggu ni.. malah mungkin setiap minggu, hari rabu adalah hari yang paling pack buatku.. dari 10 pagi sampai 7ptg, cls non-stop.. aduih..semoga Allah berikan aku kekuatan.. amin..
h 'anak2' yang semakin membesar.. kesian betul.. 'anak2' aku ni kurang kasih sayang.. hahaha...

Tuesday, January 4, 2011

Ikan Kerapu kalau dah bersuara....

assalamualaikum.. bertemu lagi setelah lama menghilang diri. sedar atau tidak, dah masuk tahun baru.. 2011.. tutup sudah buku lama 2010.. cerita baru, kisah juga baru.kalau boleh biarlah tahun baru ni, aku punya semangat baru.. untuk teruskan hidup.

semester baru pun dah mula. banyak sangat pressure lepas ni.sure punya la.. sebab aku banyak tarik subjek sem2 akhir kw bawah.. tu la sape suruh gatal sangat masuk cls senior.. huhu.. takpelah, even semakin sukar untuk dapat DL, tapi aku cuba jugakla..

result interbiu haritu x keluar lagi.. ish bila lah agaknya.. yang gred 41 nye result tangguh 7 hb ni.. untuk aku lak? siapa tahu.. langsung xde announcement. aku memang x berharap pon. ni kan tengah study.. x abis pon lagi.. bek tumpu pada yang satu.. tapi dah kalau rezeki tu ada, insyaAllah.. xkan ku tolak..

tadi wat calculation sikit tentang cgpa dan gpa target.. erm kalau sem ni aku amik 15 kredit hour, aku still gak kene dapat semuanya sekurang2nya A-, barulah pointer aku ley naik... tapi bi bebudak  ni nak ajak daftar BBI la plak.. ish esei lak tu.. tapi tu la, kalau x amik sekarang, bila lagi.. ni pun banyak je gap dalam time table aku tu.. kalau nak push, biar betul2.. jgn ala kadar je.. insyaAllah, jika aku sihat dan xde masalah yang melanda, atleast aku ley cuba dapatkan A untuk sekurang2nya 3 subjek.. yang len tu, dapat B+ pun dah cukup syukur..

xpelah.. ni semua perancangan je.. emm ingat nak balik rumah minggu ni.. banyak betul barang yang xde.. camne lah aku boleh terlupa sport shoes aku.. ish xkan nak gune kasut BUM aku tu.. xmo r.. sayang tu.. terpaksalah balik jugak.. notes pun banyak tertinggal..dan yang penting, stok ubat yang semakin tidak mencukupi....

aku bukan malas nak ke Pusat Kesihatan Universiti tu..cuma... em tentu doktor kat sana dah bosan tgk muka aku.. hehe.. balik2 muka ni..
ade ke patut adik angkat aku cakap antibodi aku lemah.. cembeng la.. dan macam2 g die kutuk aku.. ish.. die bukan x tau memang aku selalu sakit2.. sejak aku kecik lagi..emm dah lali dah pun..

result xm lepas dah lama keluar.. tapi aku x report pape kat mak.. malas r nak cite kat mak yang anak DL die ni dapat cangkuk baju.. haha.. tapi memang wajar la aku teruk subjek tu..dah la slalu ponteng class, report amali pun de yang tinggal.. x anta.. mane lah nak dapat full marks.. dan aku x jawab final dengan betul.. ish.. nape la aku ni slalu sakit x kena tempat? agak2la.. kalau nak kejang ke pe pun, tunggulah kuar dewan exam.. haha

aduih pe la aku merapu dan kerapu ni? untuk AWAK - Greenrosegurl- thanks ye sebab sudi kawan dengan saya..