BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 24, 2011

Langkah, jangan kau undur

Assalamualaikum

Post kali ini aku tujukan buat insan yang amat aku sayang, kakak, sahabat dan segalanya untukku. Aku doa tatkala ini dia diberikan ketenangan dan kegembiraan, insyaAllah. Semoga setiap langkahnya adalah langkah padu yang jitu.. tanpa ruang2 kosong yang bisa diisi oleh sang Syaitan laknatullah.

Apa yang dah terjadi, setiap keputusan yang dah diambil, mana mungkin dapat di undur kembali. Tidak.. namun andai aku punya kuasa, punya mesin masa, tentu saja akan ku tegah kau dari melakukan kesilapan ini. Jangan menyesalinya.

Kau tahu, aku tidak tega melihat airmata mu mengalir di pipi insan yang pernah menerangi hidupku yang selalu dalam kegelapan.. kini, cahaya dan sinar milikmu semakin kelam.. kenapakah? Kemana hilangnya sinar mentari dambaanku itu? Aku tidak tega... aku tidak rela.. Sesungguhnya bilamana kau ambil keputusan untuk bernikah, aku tidak pernah mengikhlaskannya. Maafkan aku. Mungkin aku terkedu dengan pilihan mu.. atau mungkin kerna aku khuatir adakah kau mampu bahagia...tapi, jangan kau kesali...

di kejauhan ini, hanya doa yang mampu ku hulurkan. jangan kau seksa dirimu.. jangan.... Allah tak suka, kan. ingat, kau juga pernah berbuat perkara yang sama denganku.. maka, kini, aku pula.. Jika kau benar2 menyayangiku..makanlah... jika kau engkar, maknanya kau ingin melihat aku ditimpa celaka...

di kejauhan ini, hanya mampu kudengar suaramu.. dan jangan kau buat aku berada dalam kegusaran..khuatir tentang keadaan dirimu.. ingatlah, sejauh mana pun kau pergi, aku ada di sini.. selagi kau memerlukanku..insyaAllah.. aku akan tiba.. dan selagi aku berupaya membuat kau tersenyum..kerna itu memang tugasku...ingatlah, aku tetap sayangkanmu.. sejak kali pertama kita bertegur sapa sekitar Januari 1999... alhamdulillah, kerna aku dipertemukan dengan cahaya..nur penyuluh hidupku.. Syukran jazilan ya ukhti.

Wednesday, February 23, 2011

Senyum di sebalik pilu

Assalamualaikum.. Yang elok dan indah itu datangnya dari Allah Yang Maha Esa.. dan yang datang dariku, hanyalah sifat penuh kehambaan..

Senyum.. satu sedekah yang paling mudah untuk dilakukan.. tak perlu modal, x perlu berfikir untuk melakukannya.. setiap saat, kita boleh melakukannya. Namun, bagaimana jika senyum itu hanya dibuat2? Tanpa hati sepenuhnya mengikhlaskan apa yang terjadi?

Manusia tidak pernah lari dari dibebani permasalahan dunia. memang dah jadi lumrah kerana itu, tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Namun, bagaimana pula dengan setiap kesedihan, kepiluan, kegagalan yang kita alami? adakah wajar kita menyembunyikannya dari pengetahuan umum?

Ya.. kita wajar. kerna apa?kerna memelihara sesuatu hanya di dalam hati kita itu wajib. Biarlah apa yang kita rasai, ketidak puasan itu pendamkan saja.. yang mengetahui hanya antara kita dan Allah..

Senyum dalam kepiluan.. senyum dalam tangisan.. senyum lah.. senyumlah wahai hati yang sedang menangis.. senyumlah wahai diri yang ingin menangis.. senyumlah wahai insan yang mahu menangis..

Friday, February 18, 2011

Masih ada yang kurang...

Assalamualaikum.. bertemu kembali

nampaknya masih ada yang kurang dengan persahabatan yang ku hulurkan.. dimanakah agaknya? aku sendiri tidak mengerti. Ya Allah.. apa lagi yang harus aku buat untuk yakinkan dirinya?

katanya, aku terlalu melayaninya dengan baik.. tak usah care.. xperlu risaukan dirinya.. tpi, ini dah memang aku.. andai aku benar2 ingin berkawan... itu yang akan aku lakukan.. pada semua kawan2 ku.. insyaAllah..tapi dia...??

yang penting, aku sebagai kawan harus terima apa saja yang kawan aku inginkan.. seorang kawan akan cuba membahagiakan kawannya.. dan kalau menjauhi itu akan membahagiakannya, baiklah..

sisa2 hidup ini ingin sekali ku penuhi dengan membahagiakan hidup orang lain. insyaAllah..

duhai kawan2ku.. aku sentiasa ada bersama kalian tatkala kalian memerlukanku.. selagi kudrat masih bersisa.. insyaAllah.

mengapa sulit mengaku...

assalamualaikum.. saja aku letak tajuk post kali ini "mengapa sulit mengaku..." aku tidak menujukan ia pada sesiapa.. sama ada yang hidup ataupun telah kembali dijemputNYA.. namun jika ada yang terasa hati, tersentuh dek coretan ku ini, 10 jari ku susun memohon keampunan..

mengapa sulit mengaku...hmm kadang2 tu pernah x kita rasa cam ni.. ehh aku ni macam nak cakap.. tapi kenapa lidah ni kelu sangat nak luahkan pe yang terbuku dalam hati ni?

mengapa sulit mengaku.. hrmm kadang2 tu pernah tak, bila kita call seseorang tu.. dan dan je em perbualan tu cam termati.. kaku je.. tak pasal2 orang yang dihubungi anggap kita ni jenis yang membosankan.. huhu..

mengapa sulit mengaku... hrmm masa aku menulis La Tahzan  kelmarin, memang aku tumpukan sepenuh perhatian pada penulisan aku tu.. n aku tak lah terfikir nak kaitkan isu tu dengan hamba Allah ni.. tapi agknya Allah tu Maha Mengatahui apa isi hati aku ni.. tiba2 aku dapat message dari seseorang.. apa yang aku rasa masa tu..hanya Allah je yang tahu.. masyaAllah..DIA bukakan pintu harinya untuk menghubungiku..aku terkedu seketika...

mengapa sulit mengaku... erm fikir2kanlah...

Wednesday, February 16, 2011

La Tahzan. Jangan bersedih

"La Tahzan.. Jangan Bersedih"

Alhamdulillah.. akhirnya aku bisa mengupas topik ini.. setelah lama aku pendam dan aku simpan dalam lubuk hati..Alhamdulillah, Allah masih memberiku kesempatan untuk berkongsi pandangan ku yang entahkan betul atau tidak ini dalam blog ini, insyaAllah... semoga apa yang baik, dapatlah dijadikan pengajaran kepada mereka yang memerlukan.. insyaAllah..

Haruslah kita tanamkan dalam hati dan fikiran kenapa Allah berikan rasa sedih itu pada kita.. kenapa Allah duga kita dengan bermacam dugaan..Kenapa Allah tidak tunaikan kemahuan kita.. kehendak kita.. kadang2.. Allah berikan kita kejayaan, tapi bukan kebahagian.. kadang2 Allah berikan kita kekayaan, tapi Dia berikan juga kesakitan.. Kenapa? Adakah Allah zalim? Nauzubillah... Allah itu Maha Adil.Dia Maha Penyayang.. Dia tidak akan berikan kesedihan melainkan untuk mengingatkan hamba2Nya yang telah terlupa..

Kenapa perlu kita bersedih pada perkara yang remeh.. misalnya ditinggalkan kekasih.. gagal dalam ujian, hilang handphone dan sebagainya, walhal kita tidak pula bersedih tatkala tertinggal solat 5 waktu.. lupa nak qada' puasa atau mungkin sengaja meninggalkan puasa..kita tak pula bersedih, bila meninggikan suara depan ibu dan ayah kita..Kenapa agaknya?

Sedarlah.. wahai kawan (juga wahai diriku yang sering alpa), jangan lah kau bersedih lagi.. Sesungguhnya ianya perbuatan yang sia2, jika :
  • menangis kalau tak tercapai cita2.. Bukankah Allah sudah menentukan segalanya.. Redha dan ikhlaskan segalanya..
  • cinta tidak berbalas..atau bertepuk sebelah tangan.. Mungkin dia bukan jodoh yang Allah tentukan untukmu.. insyaAllah ada yang sesuai nanti..
  • gagal dalam peperiksaan.. ini hanya kerna kau sendiri yang kurang membuat persediaan..
  • wang hilang di jalanan.. atau pun mungkin handphone mu tercicir atau dicuri.. Fikir2kanlah, mungkin kita ni kurang bersedekah..buat amalan..
DARI ITU duhai kawan, (juga buat diriku yang selalu alpa),
Simpanlah airmata tangisan kesedihan ini buat bekalan untuk menginsafi atas segala kecuaian, kehilafan, dosa yang telah kamu lakukan..Simpanlah ia untuk menginsafi diri dan memutihkan kembali kalbumu dari noda2 hitam yang telah menghitamkan kalbumu hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T

Serulah.. serulah airmata itu dari persembuyiannya.. di sebalik kelopak matamu agar ia menitis membasahi dan mencuci kalbumu agar ia kembali putih.. moga ia dapat melebur dosa2.. dan moga diberikan keampunan dariNya..

Kelmarin, ketika aku meluangkan masa menonton cerita "Aku Bukan Dara", masyaAllah..banyak perkara2 maksiat yang dapat kulihat... inilah, kehidupan remaja Islam, yang hanya ISlamnya di IC.. betullah.. banyak betul dugaan dan kemaksiatan yang harus kita, ummat akhir zaman tempuhi... Namun, aku tertarik dengan sedikit dialog di dalamnya.."(F) Setitik arak yang masuk ke mulut seorang Islam itu, amalannya tidak akan diterima selama 40 hari.. (S)So, maknanya kalau yang minum berbotol2, sampai matilah amalannya takkan diterima Allah?.. (F) Satu je.. Taubat nasuha... insyaAllah.. Allah tu Maha Pengampun. Taubatlah.. Berjanji dan berazam agar meninggalkan dosa2 itu.." lebih kurangla. aku tak berapa nak ingat..

So, disini.. aku nak tekankan.. biarpun berulang kali diri melakukan dosa... jangan takut untuk bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang benar2 ikhlas menginginkannya..Tangisi dosa2 silam.. ingatlah untuk berubah.. jangan sesekali diulangi perkara terkutuk itu.. Apapun, istiqomah dan berdoalah, minta pada Allah agar tetapkan hati kita pada jalan yang lurus.. jangan sesekali pesongkan hati ini pada jalan kebenaran. Mintalah pada Allah.. biarpun berkali2 kau melakukan dosa... mintalah... jangan malu untuk meminta kerana memang fitrah kita hambaNya, meminta pada DIA, Tuhan Yang Esa..

Jangan bersedih....

Akukah terlewat

Di waktu ku tiba
Pantai telah berubah
wajahnya
Sekuntum bunga gugur ke bumi
Kekeringan layu tak bermaya

Akukah terlewat
Atau mungkin waktu yang tercepat
Sehingga suasana berbeza
Tiada lagi seperti dahulu

Di sinilah denganmu
Mengikuti jejejak ombak pantai
Di sini jua di ketika itu
Ku saksikan istana pasir berkecai
Di sinilah tempatnya
Ku kenali erti cinta pertama
Tapi waktu itu aku yang pemalu
Terpampang terpukau oleh matamu

Semenjak itu
Aku bagai lilin yang terbakar
Memberikan cahaya penuh rela
Kerna ingin berbakti menerangi
Cinta kita

Tuesday, February 15, 2011

cinta seorang T.E.M.A.N

Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu


-kawan jadi kekasih..itu bisa terjadi
-kekasih jadi kawan... adakah ia bisa? tidak mungkin..

Sunday, February 13, 2011

A.Y.I.D = jiwang?

assalamualaikum semua.. hujung minggu yang penuh malapetaka.. tapi mungkin ada hikmah. Allah tak jadikan semua ini tanpa sebab..macam minggu sudah...bila aku seorang saja yang kene buat kerja merepek tu, mulanya aku ingin protes.. tapi disebabkan sikap ingin tahu yang melampaui batas dan jugak dorongan yang aku terima dari teman yang memahami, aku redha dan sabar je buat kerja tu sorang2.. rupa2nya apa yang aku buat itu....mendatangkan kebaikan kepadaku...alhamdulillah... sekurang2nya lepas la utk 1st test subjek tu. hahaha..

waduh2.. niat hati nak tengok member sanding tergendala... hancus gak motor kesayangan aku ni..tp takpelah, benda nak jadi.. x ley nak salahkan sesiapa...aku tetap terima segala ketentuanNYa ni..

dia cakap aku ni jiwang.. ye ke? kelakar lak. dah lama x dengar orang cakap camtu.sebelum ni, die je yang brani cakap camtu kat aku.. "bi ni jiwang la.. poyo je" selalu ungkapan ini yang aku dengari..tapi td bile de yang cakap cam ni kat aku... kelakar lak aku rasa.. huhu..saya ni x lah jiwang mana pun.. ikut mood gak.. tapi klau dah start jiwang tu.......faham2 la ye. saya ni pun de gak cite2 nak jadi cam Ahadiat Akasyah tu... xpun cam Faizal Tehrani ke.. tapi masa tidak mengizinkan.. dan kebetulan lak, bidang yang saya tempuhi sekarang jauh berbeza dengan bidang penulisan..so bakat yan ada ni x lah dapat dikembangkan sepenuhnya.. huhu :P apapun, terima kasih awak..

tadi kene hujan, mintak2 lah aku tak demam.. almaklumlah aku ni antibodi dah tahap minima,.. haha..kene amik vitamin ni. haha.. Ya Allah, aku syukur pdaMu atas semua yang terjadi.tnetu ada hikmah.. aku redha Ya Allah... amin...

Wednesday, February 9, 2011

rindu bertandang lagi

  • maafkan aku duhai teman, kerana masih berdegil dan enggan menurut segala kemahuanmu.
  • maafkan aku kerana aku masih lagi enggan melupakan dirinya..
biarpun berkali2 ku cuba nyatakan pada dunia bahawa aku rela dan redha dengan pemergiannya, namun hakikatnya, aku masih dan akan terus menyiksa diri ini untuk terus mengharap dan menanti dia datang kembali padaku. walaupun dia bukan yang pertama hadir dalam hidup, cukuplah jika aku katakan tidak mungkin dapat ku cari pengganti dirinya. walaupun aku tahu jelas dan nyata, kebenaran yang memang memilukan hati ini, dia tidak sanggup bersama aku yang 'tidak sempurna' di matanya, 'tidak sempurna' di mata teman2nya, dan dia juga tidak sanggup bersamaku ketika aku 'sihat', namun, hati ini tetap berdegil untuk terus memujanya.

sudah berkali2 juga aku cuba mencari penganti bagi mengubat luka yang amat dalam ini....namun semuanya sia2 belaka... usaha ini tak pernah mendatangkan hasil. tidak berjaya...full stop! kerna hati ini masih merindui gelak tawa, suaranya.. segala2nya tentang dia.. aku rasa, potensi aku menempatkan diri ni kat Tampoi amatlah tinggi jika aku masih lagi terus2an mengingatinya...ya Allah.. kenapa aku sandarkan cinta manusia melebihi cintaku padaMu? aku sungguh berdosa.!

banjir... aku khuatir tentang dirinya. aku khuatir dengan mak, abah, mak yah dan mak long.. apa agaknya yang mereka lakukan? abah, dah beli tv barukah? ucop masih kerja lagi di tempat lama? akak lak masih setiakah bersama boyot atau..berubah hatinya pada syafiq?aku tertanya2 perkembangan mereka.. kononnya bakal mertua.. tapi, layakkah aku untuk anak mereka?tentu saja abah mahukan yang terbaik untuk anak bongsu kesayangannya..bukan seperti aku.. masih belum punya masa depan.. dan belum tentu punya masa hadapan....

biarlah apa orang nak kata tentang aku.. peduli apa.. ini hidupku..jalan yang ku pilih.. asalkan aku tidak menyusahkan sesiapa, asalkan aku menunaikan tanggungjawabku pada agama dan ibu bapa... biarpun aku akan terus rasa tersiksa... takpelah... ini yang aku pilih.. untuk terus hidup dalam kenangan.. entah berapa lama aku mampu bertahan.. hanya Tuhan yang tahu.. dan hanya DIA yang tahu, bertapa aku benar2 memerlukan kehadiranmu di sisiku..setiap waktu..macam dahulu. berapa jauhpun aku terus berlari meninggalkan kenangan bersama mu, ia tetap datang..tetap menjelma..walaupun secara zahirnya bukan kau yang menjelma di depanku........gambaran wajahmu dan gelak riang tawamu sentiasa mengiringiku ke mana saja.. aku redha dan pasrah..

biarlah rindu ini terus bertandang...sampai hujung nyawa.. katamu, cinta kita cinta mati... walaupun kau pergi meninggalkanku, biarlah aku seorang saja yang membawa cinta ini mati bersamaku.. sejarah cinta kita takkan pernah terpadam, sayang..Bi adalah milik Mi, dan Mi adalah untuk Bi, selamanya!