BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 9, 2011

rindu bertandang lagi

  • maafkan aku duhai teman, kerana masih berdegil dan enggan menurut segala kemahuanmu.
  • maafkan aku kerana aku masih lagi enggan melupakan dirinya..
biarpun berkali2 ku cuba nyatakan pada dunia bahawa aku rela dan redha dengan pemergiannya, namun hakikatnya, aku masih dan akan terus menyiksa diri ini untuk terus mengharap dan menanti dia datang kembali padaku. walaupun dia bukan yang pertama hadir dalam hidup, cukuplah jika aku katakan tidak mungkin dapat ku cari pengganti dirinya. walaupun aku tahu jelas dan nyata, kebenaran yang memang memilukan hati ini, dia tidak sanggup bersama aku yang 'tidak sempurna' di matanya, 'tidak sempurna' di mata teman2nya, dan dia juga tidak sanggup bersamaku ketika aku 'sihat', namun, hati ini tetap berdegil untuk terus memujanya.

sudah berkali2 juga aku cuba mencari penganti bagi mengubat luka yang amat dalam ini....namun semuanya sia2 belaka... usaha ini tak pernah mendatangkan hasil. tidak berjaya...full stop! kerna hati ini masih merindui gelak tawa, suaranya.. segala2nya tentang dia.. aku rasa, potensi aku menempatkan diri ni kat Tampoi amatlah tinggi jika aku masih lagi terus2an mengingatinya...ya Allah.. kenapa aku sandarkan cinta manusia melebihi cintaku padaMu? aku sungguh berdosa.!

banjir... aku khuatir tentang dirinya. aku khuatir dengan mak, abah, mak yah dan mak long.. apa agaknya yang mereka lakukan? abah, dah beli tv barukah? ucop masih kerja lagi di tempat lama? akak lak masih setiakah bersama boyot atau..berubah hatinya pada syafiq?aku tertanya2 perkembangan mereka.. kononnya bakal mertua.. tapi, layakkah aku untuk anak mereka?tentu saja abah mahukan yang terbaik untuk anak bongsu kesayangannya..bukan seperti aku.. masih belum punya masa depan.. dan belum tentu punya masa hadapan....

biarlah apa orang nak kata tentang aku.. peduli apa.. ini hidupku..jalan yang ku pilih.. asalkan aku tidak menyusahkan sesiapa, asalkan aku menunaikan tanggungjawabku pada agama dan ibu bapa... biarpun aku akan terus rasa tersiksa... takpelah... ini yang aku pilih.. untuk terus hidup dalam kenangan.. entah berapa lama aku mampu bertahan.. hanya Tuhan yang tahu.. dan hanya DIA yang tahu, bertapa aku benar2 memerlukan kehadiranmu di sisiku..setiap waktu..macam dahulu. berapa jauhpun aku terus berlari meninggalkan kenangan bersama mu, ia tetap datang..tetap menjelma..walaupun secara zahirnya bukan kau yang menjelma di depanku........gambaran wajahmu dan gelak riang tawamu sentiasa mengiringiku ke mana saja.. aku redha dan pasrah..

biarlah rindu ini terus bertandang...sampai hujung nyawa.. katamu, cinta kita cinta mati... walaupun kau pergi meninggalkanku, biarlah aku seorang saja yang membawa cinta ini mati bersamaku.. sejarah cinta kita takkan pernah terpadam, sayang..Bi adalah milik Mi, dan Mi adalah untuk Bi, selamanya!

2 comments:

Anonymous said...

rindu itu telah pergi

Anonymous said...

serahkan saja rindu itu pada YANG ESA.. insyaAllah..