BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, June 9, 2011

Kifarah.. ada hikmahnya..

Alhamdulillah.. bersyukur ku kehadrat Illahi kerana memberiku sedikit kekuatan untuk menulis ketika ini. Alhamdulillah juga kerna aku bisa diberi kesempatan bertazkirah dan menziarahi bondaku yang tercinta, Hjh Roslin Md Sulong..mudah-mudahan setiap yang diberikan beliau kepadaku, bisa ku jadikan panduan dalam menempuh hari mendatang berlandaskan syariat Allah S.W.T.

Sesungguhnya, apabila Allah S.W.T. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya. Dan apabila Ia mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya, Allah akan memberikan kesabaran. Dalam menghadapi cubaan seperti ini, kesabaran adalah paling utama. Sesungguhnya orang yang bersabar aakan diberikan pahala mereka tanpa hisap (az-Zumar : 10)


Kifarah ialah balasan yang Allah turunkan di dunia untuk hambaNya akibat dari dosa-dosa yang dilakukan. Ujian dari Allah ini juga mungkin melibatkan kematian orang yang dikasihi, kehilangan harta benda mahupun penyakit yang Allah turunkan, tidak kira penyakit itu berlaku dalam jangkamasa yang lama ataupun sekejap kerana ia bergantung kepada qada' iaitu ketentuan Allah.

Selagi yang namanya kifarah ini belum menepati qada' Allah, maka kifarah ini tidak akn sembuh walaupun berbagai usaha mengubati dilakukan. Maka dengan itu , perbanyakkanlah muhasabah diri kita sendiri, cari mana lagi yang masih kurang dan jejaki jika ada yang berkecil hati mahupun terasa dengan setiap perbuatan juga pertuturan kita.


Namun, jangan sesekali berputus asa, teguhkan diri untuk mencari jalan keluar pada setiap masalah itu. Sesungguhnya Allah tidak suka pada hambaNya yang mudah berputus asa dan hanya berserah pada takdir semata-mata..


Justeru di sini mungkin aku boleh kaitkan apa yang terjadi padaku, segala kesakitan yang aku alami merupakan kifarah yang Allah turunkan akibat dari dosa-dosa yang pernah aku lakukan. sesungguhnya setiap saat yang berlalu ini, seharusnya aku habiskan dengan beristigfar kepadaNya, memohon keampunan atas segala dosa yang kulakukan. dan tentu saja, memohon keampunan pada mereka-mereka yang pernah kusakiti secara sengaja mahupun tidak sengaja. 


Sesungguhnya pertemuan dengan bonda tercinta banyak menyedarkan aku bertapa aku hampir terpesong dari landasan yang benar. Mujurlah aku punya inisiatif untuk kembali mencari nur yang telah hilang itu, insyaAllah, aku hanya mampu berdoa, Allah berikan aku kekuatan mengharungi kesakitan ini, juga beriku kekuatan untuk terus istiqomah di jalanNya..Amin..

0 comments: