BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah atas ujian ini..

Assalamualaikum.. alhamdulillah.. ku panjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dengan adanya ujian dan dugaan, menjadikan aku insan yang lebih tabah dan kuat. Hari ni.. pagi tadi sepatutnya aku menghadiri temuduga di Majlis Perbandaran Putrajaya... namun atas dugaan yang diturunkan kepadaku, aku redha dan ikhlas melepaskan temuduga itu. Biar ku beri peluang pada mereka yang benar2 layak dan menginginkan jawatan itu..

Petang kelmarin, anak saudaraku di serang demam panas...dia kekejangan.. ku pandu kereta kurang 5 minit untuk ke hospital. Aku takut sangat ketika itu bila ku lihat nafasnya sudah tiada.. Hanya Tuhan saja yang tahu isi hatiku tatkala itu..

Mak pula, mungkin terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, semakin tidak sihat. Malah, mak di syaki dengi.. Ya Allah, begitu berat beban yang Kau beri.. Namun aku sedar, semua itu punya hikmahNya.. Sehingga aku menulis saat ini, Iqbal masih lagi di hospital. Doktor kata, dia masih belum boleh dibenarkan pulang ke rumah.. Mak pula, petang ni akan ku hantar ke klinik lagi.. nak kena ambil darah lagi. Kesian kat mak.. Humairah pun dah mula demam.. Ayah tak cukup tidur dan tak menang tangan jaga dia... Kesian kat ayah..

So, aku kenalah kuatkan diri aku ni. Kena kekalkan kesihatanku di tahap semaksima mungkin. Aku cuba sedaya upaya pujuk hati ini untuk lupakan kesakitan yang ada. Semuanya demi keluarga.. Sejak adikku mendaftar di UiTM sabtu lepas, aku seolah-olah patah kaki sebelah... Aku harus akui, bila dia ada kami sering bertengkar walaupun hal yang remeh... namun adanya dia, beban kerja dapat dibahagi 2.. tapi kini..semuanya terletak di bahuku sendirian.. Aku bukan merungut bilamana cuti semester 4 bulan ini terpaksa ku habiskan di rumah sahaja.. Aku redha. Lagipun, aku bukannya perlukan wang yang banyak untuk topup dan sebagainya kerna bagiku kini kegunaan handphone tak lebih hanya untuk keluargaku sahaja....... terima kasih kerana kau pergi dari hidupku..

Aku cuma mampu berharap, dengan adanya masa senggang di rumah ini, aku mampu menyiapkan tulisan ku yang telah tertangguh sekian lama...

Alhamdullillah terima kasih duhai Tuhanku.. Aku bersyukur..

0 comments: