BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 1, 2011

Ask ur heart..

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya
Nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda
Hubungan mesra

Tanua sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena
Apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang..

Sedikit petikan lagu 'Itulah sayang' yang ku rasa ingin sekali ku kongsikan sedikit mengenainya. Assalamualaikum w.b.t buat semua.. 'Ask ur heart' ini mula bermain difikiranku sejak seminggu sebelum bermulanya bulan yang penuh dengan barokahNya ini. Alhamdulillah, aku diberi sedikit kesempatan untuk membicarakan sesuatu di sini. Sekali lagi...Ask ur heart!

Hati kadangkala akan memberikan kita jawapan disebalik semua persoalan. Namun, tidak semua yang lahir dari hati itu adalah ungkapan yang suci lagi bersih. Kerna jawapan dari hati itu mempunyai dua persepsi..Yang pertama, jawapan yang lahir atau terbit itu datangnya dari sanubari yang tulus, bersandarkan kepada pegangan syara' walhal yang sebaliknya, jawapan yang terbit dari hati itu kadangkala terbit dari bisikan-bisikan syaitan dan bersandarkan pada hawa nafsu semata-mata. Nauzubillah.

Justeru itu, haruslah kita fikirkan sejenak, renungkan kembali setiap persoalan dan jawapan yang dijawab oleh organ bernama hati ini. Hati seringkali menimbulkan pelbagai tanda tanya sehingga ada ketika ia kelihatan tidak munasabah sama sekali. Di sinilah.. hati memainkan peranan untuk menyeleweng dan menjauhkan kita dari landasan yang sebenar.

Kembali, tepuk dada, bukan tanya selera, tetapi tanyalah iman.. Tanyalah hati kita sendiri. Adakah aku sudak cukup sempurna? Adakah aku sudah beroleh segala-galanya? Adakah aku berkuasa? Atau adakah aku sudah berjaya di dalam hidup ini?

Ask ur heart my dear.. please. Think more than twice before you make a decision. Better late than you'll regret with what you have done. Ask ur heart once again, look at ur faith to Him..

Hati kadangkala menipu, so, sedarlah dari terlewat dan kemudian menyesalinya.. insyaAllah.. masih belum terlewat seandainya kita inginkan hati yang tenang, hati yang bersih, hati yang bahagia.. insyaAllah..





0 comments: