Assalamualaikum.. salam buat semua.. Salam buat Nasi Kerabu, buah hatiku..
Ya Allah, saat ini, aku hanya mampu berdoa agar dirinya selamat. Semoga dia berjaya mengeluarkan diri dari ujian getirMu.. Semoga dia tidak apa-apa.. Aku berdoa dan berharap kata-kata doktor itu hanya sekadar andaian semata-mata.. Kata doc' Kalaupun dia pulih, ingatannya mungkin tidak seperti dahulu akibat hentakan kuat di kepalanya.' Ya Allah, jangan kau uji aku dengan ujian segetir ini..
Tatkala hadir rasa cinta buat si nasi kerabu, kau beri aku rasa bahagia walaupun sebentar, dan kini Kau ingin merampasnya kembali..
Ya Allah, cinta nasi kerabuku masih belum berakhir.. dan aku yakin cintaku ini masih panjang... Jangan Kau ambil dirinya sebegini cepat.
Nasi kerabu, kau hadir membawa kegembiraan, kebahagiaan dalam diriku.. dan aku amat menyenangimu.. Aku dikejauhan ini hanya mampu mendoakan agar dia selamat.. Nasi kerabuku, aku yakin kau kuat menghadapi cubaan ini..
Sunday, November 27, 2011
Cinta Nasi Kerabu..
Posted by adeq at 8:50 PM 0 comments
Friday, October 14, 2011
Aku dan Hari lahirku..
Assalamualaikum..
Selamat Hari Lahir buatku.. Semoga terus gigih menjalani kehidupan ini.. Semoga gigih berubah ke arah kebaikan... walaupun untuk terus istiqomah di jalan ini bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Harapanku hanya ingin membahagiakan insan2 yang ada di sekeliling..mengecap kegembiraan pabila melihat senyum tawa riang mereka..Itu sudah cukup bagiku.. Mungkin, itu saja cara yang aku ada untuk meringankan keluh kesah di hati ini..Segalanya berubah sekelip mata.. Dari kawan menjadi lawan. Dari kekasih menjadi kebencian. Namun, masih ada yang tidak akan pernah berubah...hakikat sebuah kehidupan... Anak tetap akan jadi anak...-Aku adalah anak ayah dan mak..Biarpun masa berlalu.. Kehidupan demi kehidupan, aku bangga menjadi anak mereka. Hamba tetap hamba...-Aku adalah hamba Allah yang lemah lagi hina, dan aku tunduk menghadapMu wahai Tuhanku.. Biarpun hari ini aku menyambut hari lahirku hanya bersama teman2 sebilik.. aku tetap bersyukur.. kerna aku tidak bersendirian.. walau hakikatnya aku tetap sendiri...menyediri dan terasing.. Apa guna mengharap pada sesuatu yang xmungkin akan terjadi. Kenangan biarkan ia pergi. Aku tidak ingin terus hidup bersama kenangan itu.. Ia amat menyiksakan... Amat menyakitkan.. walau sudah lebih setahun, pedihnya masih kurasa... masih mengalir darahnya.. Ya Allah.. Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta.. tetapkanlah hatiku pada jalanMu..
p/s : Sendiri.. tetapi dalam konteks aku, aku tidak akan sendiri andai ku punya keluarga di sisi..
Posted by adeq at 12:56 AM 0 comments
Labels: aydizah, hati ini, layan jiwa
Wednesday, September 28, 2011
Warna warni sebuah kehidupan...
Assalamualaikum buat semua.. Alhamdulillah, kerna aku masih bisa diberi sedikit kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini..Alhamdulillah.. kerna aku masih diberi kekuatan hati untuk meluahkan persepsi dan jua luahan hatiku sendiri.. walaupun ianya akan dibaca oleh ramai pihak, biarpun aku akan dikritik mahupun dihina, aku redha. Kerna segala yang terluah disini adalah luahan ku semata-mata..
Sebenarnya perasaan ini wujud dalam diri sejak aku kembali dari lab Soil conservation lagi. Tatkala aku melihat temanku, yang aku anggap adik - NSS, tatkala itu jugalah lahir 1001 perasaan. Aku jadi sedih, aku jadi hiba tiba-tiba. Sesungguhnya aoa saja yang ku pendamkan selama ini seolah-olah minta dilontarkan keluar.
Sehari sebelum semua ini berlaku, aku bermimpi tentang mereka2 yang suatu ketika dahulu pernah hadir dalam hidup aku.. erm.. cuma dalam tempoh yang amat singkat - 4 bulan saja.. Aku dapat lihat riang tawa mereka, aku bisa berkongsi masalah dengan mereka.. segala perasaan sehinggakan aku sendiri tersedar dari lena dan menangis sendirian. Itu semua ku anggap hanya mainan tidur..bisikan dari Syaitan semata-mata atau mungkin mengejutkan ku untuk bertafakur kembali pada Khaliqku... Alhamdulillah..
Petang itu, ketika mula melayari internet dan berbual ringkas bersama BFFku.. aku sedar bertapa aku ini seorang insan yang amat kesepian. Hidupku terasa sunyi..kelam dan kusam. Ya Allah, bertapa aku telah melakukan kesilapan.. Aku sedar ada ketika aku tidak memberikan apa yang sepatutnya kepada insan yang ada di sekelilingku. Aku tidak memberikan hak mereka sama sekali. Aku seolah-olah menafikannya. Astagfirullah... berdosanya aku pada mereka..
Aku benar-benar rasa kehilangan. Hatiku sayu yang teramat sangat bila membayangkan seorang demi seorang wajah insan yang pernah hadir dalam hidupku. Hatiku memberontak. Aku tidak dapat nafikan bahawa aku benar2 merindui insan yang suatu ketika dulu aku pinggirkan, insan yang suatu ketika dulu ku pandang sebelah mata, insan yang suatu ketika dulu tidak pernah ku tempatkan di tempat yang sepatutnya, insan yang suatu ketika dulu ku sia-siakan nasihatnya, insan yang suatu ketika dulu x jemu mengajakku berubah, insan yang suatu ketika dulu membuatkan aku ketawa-menangis-marah-benci-merajuk dan sebagainya, insan yang suatu ketika dulu kata-katanya tidak pernah ku ambil pusing..Ya Allah.. aku benar-benar merindui mereka semua...
Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah. Tidak semua mereka yang pernah wujud dalam hidup ini bisa bersama kita buat selamanya. Tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi selamanya. Kebahagian yang pernah kita kecapi, bukan selamanya milik kita.. Allah dah tetapkan segalanya buat kita, dan semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. Mungkin insan-insan itu cuma penyeri, penambah warna dalam hidup kita. Mungkin juga mereka itu cuma pelakon tambahan dalam cerita hidup kita, atau pun sebaliknya, dan mungkin juga, Allah temukan kita dengan mereka kerna Allah tahu, apa yang terbaik untuk kita saat itu.
Semua yang berlalu tidak mungkin akan bisa diulang kembali, melainkan hanya di padang Masyhar.. Ketika itu, Allah mainkan semua klip video yang pernah kita lakukan sepanjang kita hidup di buminya ini. Ya Allah, malunya saat itu andai semua yang ada dapat melihat semua kesalahan yang pernah kita lakukan.. semua dosa yang pernah aku lakukan.. pada semua yang pernah mengenaliku.. Ya Allah... aku tahu, kemapunan dariMu akan ku perolehi.. namun begitu, ku juga harus memhon ampun pada mereka yang pernah aku sakiti.. Pada dia yang pernah ku sayangi, sesungguhnya dosaku terhadapmu begitu besar.. dan aku redha seandainya dosaku terlalu berat untuk kau ampunkan. Aku sedar semua itu... Akan ku bawa dosa ini bertemu Tuhanku yang satu...
Posted by adeq at 11:56 PM 0 comments
Sunday, September 25, 2011
Hanya DIA yang tahu
Assalamualaikum.
Just nak kupas sikit je. Bila tengok member2 rapat or yang aku kenal dah kawen ni, sayu je hati aku ni. macam2 perasaan timbul - cemburu, iri hati, gembira, sedih. Jodoh yang Allah berikan kat aku dulu tak lah lama.. Mungkin Allah nak temukan aku dengan orang yang salah, sebelum Dia temukan aku dengan insan yang telah ditakdirkan menemani ku sepanjang hidup. Entahlah..
Tapi bila tengok juga ramai kawan2 aku yang dah bertukar status - duda n janda, aku jadi takut. Yelah, kebahagian yang ingin dinikmati seumur hidup bertukar jadi pahit.. erm,, kesian pula kat anak2 - kalau yang dah ade anak.
Tapi, semua ni peraturan Tuhan. Hanya DIa yang tahu yang terbaik untuk kita.
Posted by adeq at 1:33 PM 0 comments
Labels: layan jiwa
Saturday, August 20, 2011
:: AWESOME ME::
Assalamualaikum.. =)
Posted by Resha Valentine at 12:54 AM 1 comments
Friday, August 19, 2011
Bait-bait kata
Posted by adeq at 11:50 PM 0 comments
Labels: hati ini, layan jiwa, puisiku
Datang dan Pergi
Posted by adeq at 2:43 AM 0 comments
Monday, August 1, 2011
Ask ur heart..
Posted by adeq at 11:58 PM 0 comments
Labels: hati ini, Islam cara hidupku, motivasi, puisiku
Sunday, July 24, 2011
Andai esok tiada lagi..
Posted by adeq at 1:12 AM 0 comments
Labels: hati ini, layan jiwa, puisiku
Wednesday, July 20, 2011
Peluang itu sentiasa ada...
Assalamualaikum w.b.t
Posted by adeq at 1:05 PM 0 comments
Labels: Islam cara hidupku, motivasi, puisiku
Tuesday, June 28, 2011
Cinta sampai Syurga
Posted by adeq at 11:58 PM 0 comments
Labels: puisiku
Sunday, June 19, 2011
Jangan Mengaku kalah...
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar
Posted by adeq at 4:12 PM 0 comments
Thursday, June 9, 2011
Kifarah.. ada hikmahnya..
Posted by adeq at 4:10 PM 0 comments
Labels: hati ini, Islam cara hidupku, motivasi
Sunday, May 29, 2011
best tahap melampau
assalamualaikum..
menghabiskan malam minggu bersama BFF memang seronok. apatah lagi bila pergi menonton wayang, 'Pirates of The Caribbean - On Strangers Tides' 3D memang best. awal2 lagi aku dah bantai terkejut. segannya... mak bagi keluar malam tu pon mungkin sebab dah lebih dua minggu aku just habiskan masa ngan family matter je kot. so, bila balik sampai 12 tu kira standard la.. huhu
bajet nak anta dia balik, tapi tetiba hatiku teringin nak rasa teh mamak.. so, pecut la Deqman kesayangan aku ke Zubaidah MiTc.. huhu.. aku memang gembira sangat dapat jumpa dia. bila jumpa sebulan sekali ni, barulah ada kemanisannya.. banyak cerita nak di kongsi bersama.. hehe.. i miss u bebeh.. thanks banyak2.. nanti bila aku dah start kerja its my turn la utk payung ko. huhu
di pagi yang hening tu.. dapat message dari DIA... kenapalah dia still nak message aku kalau betul2 nak lupakan aku.. please lah.. aku akan pilih kawan dan hidup hanya dengan kawan berbanding aku pilih DIA dan aku hilang kawan2.. cukuplah.. aku redha sendiri..kerna ada keluarga dan kawan2 di belakangku.. huhu bajet poyo la ayat aku ni.. tapi even aku deny camne pon, sakit di tinggalkan tetap terasa.. sakit putus cinta, kecewa dan di kecewakan tetap ada.. parutnya masih berdarah sampai kini..lukanya masih membuatkan aku merana dan menangis sendirian..xpelah.. asalkan aku mampu atasi semua tekanan ini..insyaAllah..
by the way, aku nak nyatakan sekali lagi bertapa aku insan bertuah di dunia kerna dikurniakan sahabat yang superb. huhu
Posted by adeq at 1:51 PM 0 comments
Wednesday, May 25, 2011
Alhamdulillah atas ujian ini..
Assalamualaikum.. alhamdulillah.. ku panjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dengan adanya ujian dan dugaan, menjadikan aku insan yang lebih tabah dan kuat. Hari ni.. pagi tadi sepatutnya aku menghadiri temuduga di Majlis Perbandaran Putrajaya... namun atas dugaan yang diturunkan kepadaku, aku redha dan ikhlas melepaskan temuduga itu. Biar ku beri peluang pada mereka yang benar2 layak dan menginginkan jawatan itu..
Petang kelmarin, anak saudaraku di serang demam panas...dia kekejangan.. ku pandu kereta kurang 5 minit untuk ke hospital. Aku takut sangat ketika itu bila ku lihat nafasnya sudah tiada.. Hanya Tuhan saja yang tahu isi hatiku tatkala itu..
Mak pula, mungkin terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, semakin tidak sihat. Malah, mak di syaki dengi.. Ya Allah, begitu berat beban yang Kau beri.. Namun aku sedar, semua itu punya hikmahNya.. Sehingga aku menulis saat ini, Iqbal masih lagi di hospital. Doktor kata, dia masih belum boleh dibenarkan pulang ke rumah.. Mak pula, petang ni akan ku hantar ke klinik lagi.. nak kena ambil darah lagi. Kesian kat mak.. Humairah pun dah mula demam.. Ayah tak cukup tidur dan tak menang tangan jaga dia... Kesian kat ayah..
So, aku kenalah kuatkan diri aku ni. Kena kekalkan kesihatanku di tahap semaksima mungkin. Aku cuba sedaya upaya pujuk hati ini untuk lupakan kesakitan yang ada. Semuanya demi keluarga.. Sejak adikku mendaftar di UiTM sabtu lepas, aku seolah-olah patah kaki sebelah... Aku harus akui, bila dia ada kami sering bertengkar walaupun hal yang remeh... namun adanya dia, beban kerja dapat dibahagi 2.. tapi kini..semuanya terletak di bahuku sendirian.. Aku bukan merungut bilamana cuti semester 4 bulan ini terpaksa ku habiskan di rumah sahaja.. Aku redha. Lagipun, aku bukannya perlukan wang yang banyak untuk topup dan sebagainya kerna bagiku kini kegunaan handphone tak lebih hanya untuk keluargaku sahaja....... terima kasih kerana kau pergi dari hidupku..
Aku cuma mampu berharap, dengan adanya masa senggang di rumah ini, aku mampu menyiapkan tulisan ku yang telah tertangguh sekian lama...
Alhamdullillah terima kasih duhai Tuhanku.. Aku bersyukur..
Posted by adeq at 1:07 PM 0 comments
Saturday, May 21, 2011
Something for Nothing
Teruskan menulis andai menulis itu mampu membuatkn anda lupa pada masalah anda..All the best 2 u..
Posted by Resha Valentine at 8:47 PM 0 comments
Monday, May 16, 2011
It is the beginning...InsyaAllah
Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t.
Salam buat semua. Tidak salah rasanya andai aku mula menulis sesuatu di sini. Aku hanya ingin menyahut cabaran dari teman2..agar aku bisa memapar dan berkongsi tulisanku untuk kritikan semua.
Doakan agar usahaku ini mendatangkan sesuatu buatku. Jika dengan menulis ini bisa membuatkan hatiku menjadi lebih tenang....
Posted by adeq at 5:21 PM 0 comments
Sunday, May 8, 2011
Aku kecewa...........
Aku just nak list down kat sini kenapa aku rasa sungguh kecewa hujung minggu ni..
- Aku kecewa sangat ngan no IC aku.. ish.. x patot betul la.. Kenapa la xde yang tahu, sape2 yang lahir tahun 1986 memang special sket. Misalnya, yang lahir kat Melaka, patut kod 04, tapi die pi bubuh 30.. ish...dan alasan aku x dapat jawatan tu sebab ingat aku orang indon adalah tidak WAJAR.. so orang2 SPA.. please la tengok dan pastikan ikut surat beranak ye..
- Bengang sangat bila dapat call dari sorang kawan aku... "Wei sok ko nak gi x rumah_________ ngan aku. Kita saing eh." Ish.. mane la x bengang.. Aku bukan kisah pon kalau nak kawen jemput ke x. Tapi masalah kat sini sekarang lain.... erm xde yang faham kot apa aku rasa.. Tipu sangat la kalau aku cakap aku x kecik ati.. even aku dah bagitau hati aku ni dah mati, so xde la nak rasa pape...
- Yang ni, rasa sape yang tau cite ni dari awal akan tahu aku bengang sangat ngan sape.. ish.. die tu.. x tau ke hari ni hari ibu.. dah la x wish. Blanje mak pon xde.. gila punya anak.. ish.. memang x patot..
- Ermm aku rasa yang perasaan bengang yang lain biar aku simpan sorang. Lagipon x la sekuat kebengangan aku pada 3 perkara ni. Ish..
Posted by adeq at 12:49 AM 2 comments
Labels: bengang
Wednesday, May 4, 2011
InsyaAllah
Posted by adeq at 10:20 PM 0 comments
Labels: motivasi
Tuesday, May 3, 2011
::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::
W'salam..
Dear, pls la xmo mcm ni..aku xmo ko jatuh lg skali..n aku xmo ko blk pada dlu..just stay strong please..mmg snang utk aku ckp tp ko yg kna buat..sorry..kuatkn semangat ko..mmg aku xkn ade sblh ko sentiasa n aku xkn ade utk ko sepanjang masa..aku admit tu..kite ade life masing2 beb..tanggungjawab aku sbg kawan adlh utk make sure ko x sesat..
Posted by Resha Valentine at 4:04 PM 0 comments
Monday, April 25, 2011
To my 2nd author
assalamualaikum..
dear my 2nd author..
Posted by adeq at 7:04 PM 0 comments
Labels: 2nd
Sunday, April 24, 2011
Buat Aliena_Yana
Lama dah aku x gunakan nama tu untuk panggil hang. huhu.. Hang sihat kah di tempat baru?? nun jauh di utara na.. huhu cakap loghat utara sat na.. che' la ni semakin sakit2. che' takut sangat tak dapat wat yang terbaek dalam final ni. hang pon tau la, che' sem lepas teruk kejang.. sampai x ley jawab exam pon. ish, takkan la final ni pon che' nak sakit gak.. che' x mo..
hang camna je kat tempat bawu? ley sesuwai kah?? huhu.. che' windu dah kat hang. dok lepak ngan hang sampai x ingat dunia.. huhu.. hang janji ngan che' tau kita p ronda2 lagi.. kita pi wat keja gila na.. huhu hang nak pi backpacking?? pi mana? jangan kata hang nak pi genting.. che' takut.. gayat benar che'.. huhu kita pi la tempat yang ala2 romantik sket.. sesuwai la ngan jiwa che' ni.. hang bawa che' pi mandi gunung lagi nak?? che' teringin lagi la.. haritu mandi x puas. huhu..
hang dok jauh tu, hati2... jaga diri leklok. che' bukan ada dekat hang. che' bukan ley jaga hang. che' bukan ley terbang datang kat hang kalau hang sakit ka apa ka.. ops.. lupa lak che' nka khabaq, 11mei ni che' nak pi tanjung sat. de program 4 hari rasanya.. xpelah nanti che' kompom ngan hang na..
hang doakan che' sihat na.. che' xmo sakit. che' dah busan dok makan ubat je.. depa kat sini kata che' ketegaq sangat.. xmo pi makan ubat.. bukan che' ketegaq... tekak che' ni dah x lalu nak kunyah ubat tu.. che' rasa darah dalam badan che' pon dah penuh ngan bahan kimia.... so, hang doakan che' tau. che' x mo la sakit selalu. che' nak gak abiskan masa ngan kawan2 che', ngan hang.. che' pon teringin nak idop bahagia cam orang laen.. cuma mungkin che' lom jumpa orang yang sesuai.. huhu.. xpela.. jodoh tu kan kat tangan Tuhan..
sebelum che' g sambung study, che' doa banyak2 hang sesuwaikan lah diri hang tu kan tempat orang.. jangan wat perangai tau. huhu.. che' sayang dan rindu kat hang.. :P
Posted by adeq at 10:08 PM 2 comments
Labels: 2nd
Friday, April 22, 2011
TOPIC : ORGANIC MATTER (OM)
Component of OM includes living organisms, fresh residue, active fraction, and stabilize OM.
How to change OM in soil :-
- ADDITION - when root die, they become part of OM
- TRANSFORMATIONS - soil organisms will change the organic compounds and it will consume plant residue and OM, create by-product also.
- MICROBES FEED PLANS - some waste release by soil organisms can be used to plant growth.
- STABILIZATION OM - OM will resistant to the further change.
- NUTRIENT CYCLING
- inc. nutrient holding capacity CEC
- like pool (sink) of nutrients for plants
- BIND nutrient to prevent it became unavailable for plants.
- food source for soil organisms like worm and bacteria. These organisms will convert nutrient to be available taken for plant grow
- WATER DYNAMICS
- improve water infiltration
- decerease evaporation process
- inc. water holding capacity like in sandy soil
- STRUCTURE
- prevent compaction
- release crusting for example in fine texture soil - clay
- encourage root develepment
- improves aggregation and prevent erosion (hakisan daaa.. huhu)
- OTHERS
- herbicide break down quickly so, it will tie up the herbicide in soil
- it also may support for disease and pest as well as for beneficial organisms
- MANAGEMENT
- practices like cover crop, irrigation and etc will inc, the amount of roots and residue added
- but intensive tillage inc. the loss of OM by speeding the process of decomposition
- SOIL TEXTURE
- fine texture like clay will hold more OM because :-
- clay particles form electrochemical bond that holds the organic compound
- the decomposition process will occur faster in sandy soil because it is well aerated
- TEMPERATURE
- high temp. will speed up the degradation of OM.
- the decomposition process more rapid in tropic area compared to the temperate area
- LANDSCAPE POSITION
- poorly drainage got high OM because oxygen is available for decomposition process
- low spots accumulate OM that erodes off hills tops and steep slopes
- VEGETATION
- grow plant that have low C:N ratio like legumes and green manure because it will inc. nitrogen pool
- if large C:N ration and lignin content like grasses, it will cause nutrien immobilization (cannot take by plant)
- SOIL MOISTURE
- more rain, more moist so it will inc. OM
- remember the field capacity (60%)
- SALINITY AND ACIDITY
- if too acid or too alkalilne it will make poor biomass
- compositing
- cover crops and green manure
- crop rotation
- perennial forage crops
- reduce tillage or zero tillage
- agroforestry
- deforestration
- over grazing
- traditional farming like monoculture
- burning natural vegetation
- excessive drainage
- conventional tillage
Posted by adeq at 2:16 PM 0 comments
Labels: notes
Sunday, April 17, 2011
::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::
Assalamualaikum..
=) It's ok that u changed the layout and the widgets to more Islamic view. At least as a reminder for me too to not forget myself that i am a Muslim as well..
Anyway, change of work again..I hope this will be the last time. After all, this is a permanent post. Being a lecturer in UUM Sintok. Gosh..sounds like i am so talented and so big as i get to enter UUM lecturing. **dlm ati kecut perut..** =p Well, the journey so far has been smooth. Having only 1 class to lecture and i spent the working hours everyday doing nothing and rather chit chatting and went on9 looking for a title for my Master research..Insya-Allah will continue my masters soon.
Somehow i'm far apart from u my dear friend. Sounds so girlish eh..haha.. XD Who cares anyway. I wanna go back n hang out with u missed the moments when we did all the crazy stuff and i still remembered the time when we got caught for trespassing. Hilarious how we plead them. =p Well, those were the days. Let's plan for something else? Backpacking? What about Langkawi or other island?
All the best to ur life..my prayers with u.. **Insya-Allah..
Posted by Resha Valentine at 8:43 AM 0 comments
Tuesday, April 5, 2011
Confusing myself...
Posted by adeq at 10:50 PM 0 comments
Labels: layan jiwa
Wednesday, March 30, 2011
Kenangan di RAC Kg. Kemensah
assalamualaikum...alhamdulillah, selesai juga sesi RAC kali ini.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun dengan kecederaan yang aku alami.. ish..
RAC kali ini, aku memang tidak akan menyangka akan bertemu dengan insan yang 'sebijik' wajahnya saling tak tumpah akan seseorang. pada mata kasarku, semuanya sama saja.. seolah2 dia yang berdiri di hadapanku. namun apa yang membezakannya, cuma mulutnya terlebih peramah, berbeza dari dia..atau mungkin di depanku, dia pendiam, bila di belakangku...siapa tahu??mi.. bi tetiba je rindu kat mi.. FULL STOP! cukuplah sudah jangan ku layan rasa ini, kelak memakan diri...
Posted by adeq at 12:47 AM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
BUAT MY 2ND AUTHOR..
assalamualaikum ya ukhti... ku doa padaNya yang Maha Esa, moga kau diberikan hidayah dan redha dariNya.. insyaAllah.
Ukhti, aku harap, kau masih bisa menyumbang sesuatu untuk tatapanku dan para pembaca sekalian. Aku juga berharap, kau masih bisa dan masih berkeinginan untuk menulis sesuatu untuk ku jadikan bekalan buatku kelak. Sesungguhnya, apa saja yang lahir dari hatimu dan kau paparkan di paparan ini amatlah bermakna untukku jua.
Ukhti, aku sangat berbesar hati dengan adanya dirimu di sisi aku.. Saat aku benar-benar memerlukan sumber kekuatan, kau hadir memberikan aku tongkat untuk berpaut. Justeru itu, masakan kau tega untuk menjauh dari paparan yang kita bina ini. Mungkin aku bertindak keterlaluan dengan mengubah gaya penulisanku..bahkan aku menambah gadget yang pada dirimu tidak selari dengan corak dan gaya penceritaan kamu. Maafkan aku ya.. Aku cuma ingin mencari siapa diriku yang sebenarnya, dan alhamdulillah, ku temu diriku dengan cara aku mendekatkan diri ini pada penciptaku..
Ukhti, segala pendapat dan luahan dari mu ku harap kau teruskan.. Teruskanlah.. jangan pernah berhenti.. Dan aku pohon, seandainya aku sudah tiada, seandainya aku pergi dahulu dari mu, jangan pernah berhenti berkarya.. Jangan pernah berhenti menyumbang sesuatu buat tatapan dan panduan orang lain.. Jadilah lilin yang menerangi kegelapan.. Jadilah pembimbing dan pendidik, walaupun didikanmu kau anggap cuma sekecil hama.. namun besar impaknya..
Ukhti, persahabatan yang terjalin antara kita insyaAllah, akan ku siram dengan baja.. Ukhwahfillah ini takkan terputus sampai bila-bila, walaupun jarak dan dimensi masa kelak. Aku berjanji. kaulah sahabatku, dunia dan akhirat... InsyaAllah...
Posted by adeq at 9:51 PM 0 comments
Labels: My friend - T.E.O-
Monday, March 21, 2011
::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::
It has been quite some time here. Everyone is stressed out bout work right now. Everyone is having the hard time finishing their things. I am having my hard time as well, how come u can yell at me when for you i annoyed u. have u thought that u too are annoying me along the way and i just kept myself shut just not to make things worst? u yelled at me with everyone in the office? what? u were not aware of that? u can't see those people around? Thank you for being so ignorant and being so positive doing that to me.
i am trying my best to handle my pressure right now and my anger towards you. never let it burst for it may made you day worst.
Posted by Resha Valentine at 1:47 PM 2 comments
Sunday, March 20, 2011
Hidayah dariNya...
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.
Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.
Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.
Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.
Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.
Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.
Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..
p/s : Kisah ini ana ambil dari halaman Halaqah.net dengan izin penulisnya. InsyaAllah, moga kisah ini memberi kita petunjuk akan kekuasaanNya. Ana juga hampir menitiskan airmata.. Airmata yang penuh dengan kemungkaran.. Ya Allah, ampunilah dosa2 keluargaku, sahabat handai, teman2ku jua.. Ampunilah aku.. hambaMu yang hina ini..amin
Posted by adeq at 8:24 PM 0 comments
Labels: Kisah
Saturday, March 19, 2011
Sekadar renungan...
apa dayaku untuk membenci seseorang, walhal aku juga hina..
CINTA dan SAHABAT datang dan pergi..
Hargai SAHABAT..hargai CINTA..
yang penting.. hargai CINTA pada DIA Yang Kuasa.. insyaALLAH..
Posted by adeq at 1:58 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
Ana redha...
Alahamdulillah.. selesai sudah 2 kertas untuk minggu ini... Ana nak siapkan diri untuk 4 kertas minggu hadapan pula.. alhamdulillah... Ana redha.. walaupun ada silap di sana dan sini, namun ana ikhlaskan semuanya..
Apa yang dapat ana kongsikan dan rumuskan untuk apa yang terjadi sepanjang minggu ini, walaupun masih bersisa..penuh dengan ujian dan dugaan.. Ana tahu, apa saja yang Allah turunkan itu, ana mampu hadapinya... alhamdulillah... Itu tanda Dia sayangkan ana.. alhamdulillah..
Ana ikhlaskan semuanya.. bagi ana, cukuplah ana padamkan segala-galanya dalam memori ana ni.. Cukuplah.. ana dah tak larat. Ana pun dah xmahu mendesak.. Ana ikutkan saja apa yang berlaku.. Tentu Allah Maha Mengetahui.. InsyaAllah.. tentu ada jalan untuk ana nanti.
Ana perlu kuatkan semangat ana untuk akhiri apa yang ana dah mulakan sejak 2 tahun yang lepas. InsyaAllah.. Biar ana seorang yang tanggung silap ini sendirian. Bukan salah teman2 ana.. Walhal mereka pun dah acapkali nasihatkan ana...tapi ana ingkar.MasyaAllah..Sahabat2, maafkan ana ya..Ana terlalu asyik dengan bisikan nafsu.
Cuba buat dan anggap tiada apa yang berlaku.. mungkin itu yang sepatutnya ana lakukan saat ini.. Ya Allah, berilah ana kekuatan...Ana hamba yang lemah.. jauhkan ana dari bisikan2 itu..AMINN
Posted by adeq at 11:29 PM 0 comments
Wednesday, March 16, 2011
Just to share..about weed.
Posted by adeq at 12:29 AM 0 comments
Labels: notes
Tuesday, March 15, 2011
أنا ضعيفة الإنسان
نحن الناس العاديين فقط.
أخطاء متكررة في هذا العالم..
غالبا ملطخة رغباته..
خسر امام الشيطان..
Posted by adeq at 12:33 PM 0 comments
Friday, March 11, 2011
kita insan biasa
Posted by adeq at 1:46 PM 0 comments
Tuesday, March 8, 2011
Disaat aku mencintaimu..
Posted by adeq at 10:06 PM 1 comments
Labels: aydizah, layan jiwa, layan lagu
Monday, March 7, 2011
Semuanya Kerana Allah
Posted by adeq at 1:23 PM 0 comments
Tuesday, March 1, 2011
::FOR YOU::
Life is not bed of roses. There may be ups and downs in life. You just gotta move on and keep the faith in u..
Of a place where nothing's harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means
When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin
To trust the voice within
Posted by Resha Valentine at 12:32 PM 0 comments
S.T.A.N.D
To my dearest friend..
The road has been tough for you and i believe you have to go thru a lot of hardship in order for you to stand up today. Worry less my dear, leave it all to Allah and be tough. I believe you will be able to find whatever you need in life.
Do not forget.. "Allah takkan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya itu.." Sorry if i did not put it in the right way but somehow i bet you know what was i trying to convey there. =)
Here's a song lyrics that i listen when i'm down and when i needed somebody but there's no one around..
Just like a picture with a broken frame
Alone and helpless
Like you've lost your fight
But you'll be alright, you'll be alright
Cause when push comes to shove
You taste what you're made of
You might bend, till you break
Cause its all you can take
On your knees you look up
Decide you've had enough
You get mad you get strong
Wipe your hands shake it off
Then you Stand
With the end ripped out
The edge of a canyon
With only one way down
Take what you're given before its gone
Start holding on, keep holding on
Every time you get up
And get back in the race
One more small piece of you
Starts to fall into place
Posted by Resha Valentine at 12:28 PM 0 comments
Labels: ::STAND::FRIEND::
seolah esok tiada lagi..
assalamualaikum.. saja aku pilih tajuk post kali ini.. "seolah esok tiada lagi".. apa pun yang penting buatlah sesuatu sebaik mungkin hari ini, seolah2 esok adalah penamat untuk kita.. sibukkan diri semaksima mungkin seolah2 inilah terakhir kalinya kita begini.. ketawalah sepuas hati bersama teman2 seolah2 esok tangisan mengiringi kita.. apa pun yang penting, sayangilah insan yang menyayangi dan menghargai kita seolah2 esok tiada lagi peluang kedua untuk mengecap bahagia.
"seolah esok tiada lagi"
p/s : annur hidayah aku sentiasa berdoa dan berharap kau temukan bahagia dalam apa jua jalan yang kau pilih.. semoga cahayamu akan terus menyinari mereka yang memerlukannya.
p/s : ros hijau aku hanya mampu berharap kau juga berjaya dalam apa jua yang ingin kau ceburi.. jangan cepat berputus asa dan mengalah.. selagi kau belum tewas dalam perjuanganmu.. insyaAllah, kebahagiaan pasti akan jadi milikmu dan semoga kau berhak disayangi dan memiliki..
p/s : aydizah tiada yang mampu ku tinggalkan untukmu selain aku membawa pergi semua kenangan antara kita.. sesungguhnya tiada yang lebih menarik dalam hidup ini selain mengenali dan membahagiakanmu. maafkan aku kerna tidak cukup sempurna buatmu..
Posted by adeq at 12:38 AM 0 comments
Thursday, February 24, 2011
Langkah, jangan kau undur
Assalamualaikum
Post kali ini aku tujukan buat insan yang amat aku sayang, kakak, sahabat dan segalanya untukku. Aku doa tatkala ini dia diberikan ketenangan dan kegembiraan, insyaAllah. Semoga setiap langkahnya adalah langkah padu yang jitu.. tanpa ruang2 kosong yang bisa diisi oleh sang Syaitan laknatullah.
Apa yang dah terjadi, setiap keputusan yang dah diambil, mana mungkin dapat di undur kembali. Tidak.. namun andai aku punya kuasa, punya mesin masa, tentu saja akan ku tegah kau dari melakukan kesilapan ini. Jangan menyesalinya.
Kau tahu, aku tidak tega melihat airmata mu mengalir di pipi insan yang pernah menerangi hidupku yang selalu dalam kegelapan.. kini, cahaya dan sinar milikmu semakin kelam.. kenapakah? Kemana hilangnya sinar mentari dambaanku itu? Aku tidak tega... aku tidak rela.. Sesungguhnya bilamana kau ambil keputusan untuk bernikah, aku tidak pernah mengikhlaskannya. Maafkan aku. Mungkin aku terkedu dengan pilihan mu.. atau mungkin kerna aku khuatir adakah kau mampu bahagia...tapi, jangan kau kesali...
di kejauhan ini, hanya doa yang mampu ku hulurkan. jangan kau seksa dirimu.. jangan.... Allah tak suka, kan. ingat, kau juga pernah berbuat perkara yang sama denganku.. maka, kini, aku pula.. Jika kau benar2 menyayangiku..makanlah... jika kau engkar, maknanya kau ingin melihat aku ditimpa celaka...
di kejauhan ini, hanya mampu kudengar suaramu.. dan jangan kau buat aku berada dalam kegusaran..khuatir tentang keadaan dirimu.. ingatlah, sejauh mana pun kau pergi, aku ada di sini.. selagi kau memerlukanku..insyaAllah.. aku akan tiba.. dan selagi aku berupaya membuat kau tersenyum..kerna itu memang tugasku...ingatlah, aku tetap sayangkanmu.. sejak kali pertama kita bertegur sapa sekitar Januari 1999... alhamdulillah, kerna aku dipertemukan dengan cahaya..nur penyuluh hidupku.. Syukran jazilan ya ukhti.
Posted by adeq at 12:15 AM 0 comments
Wednesday, February 23, 2011
Senyum di sebalik pilu
Posted by adeq at 11:11 AM 0 comments
Labels: motivasi
Friday, February 18, 2011
Masih ada yang kurang...
Assalamualaikum.. bertemu kembali
Posted by adeq at 11:58 PM 0 comments
mengapa sulit mengaku...
mengapa sulit mengaku... erm fikir2kanlah...
Posted by adeq at 8:52 PM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
La Tahzan. Jangan bersedih
"La Tahzan.. Jangan Bersedih"
- menangis kalau tak tercapai cita2.. Bukankah Allah sudah menentukan segalanya.. Redha dan ikhlaskan segalanya..
- cinta tidak berbalas..atau bertepuk sebelah tangan.. Mungkin dia bukan jodoh yang Allah tentukan untukmu.. insyaAllah ada yang sesuai nanti..
- gagal dalam peperiksaan.. ini hanya kerna kau sendiri yang kurang membuat persediaan..
- wang hilang di jalanan.. atau pun mungkin handphone mu tercicir atau dicuri.. Fikir2kanlah, mungkin kita ni kurang bersedekah..buat amalan..
Posted by adeq at 9:32 PM 0 comments