BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 16, 2011

La Tahzan. Jangan bersedih

"La Tahzan.. Jangan Bersedih"

Alhamdulillah.. akhirnya aku bisa mengupas topik ini.. setelah lama aku pendam dan aku simpan dalam lubuk hati..Alhamdulillah, Allah masih memberiku kesempatan untuk berkongsi pandangan ku yang entahkan betul atau tidak ini dalam blog ini, insyaAllah... semoga apa yang baik, dapatlah dijadikan pengajaran kepada mereka yang memerlukan.. insyaAllah..

Haruslah kita tanamkan dalam hati dan fikiran kenapa Allah berikan rasa sedih itu pada kita.. kenapa Allah duga kita dengan bermacam dugaan..Kenapa Allah tidak tunaikan kemahuan kita.. kehendak kita.. kadang2.. Allah berikan kita kejayaan, tapi bukan kebahagian.. kadang2 Allah berikan kita kekayaan, tapi Dia berikan juga kesakitan.. Kenapa? Adakah Allah zalim? Nauzubillah... Allah itu Maha Adil.Dia Maha Penyayang.. Dia tidak akan berikan kesedihan melainkan untuk mengingatkan hamba2Nya yang telah terlupa..

Kenapa perlu kita bersedih pada perkara yang remeh.. misalnya ditinggalkan kekasih.. gagal dalam ujian, hilang handphone dan sebagainya, walhal kita tidak pula bersedih tatkala tertinggal solat 5 waktu.. lupa nak qada' puasa atau mungkin sengaja meninggalkan puasa..kita tak pula bersedih, bila meninggikan suara depan ibu dan ayah kita..Kenapa agaknya?

Sedarlah.. wahai kawan (juga wahai diriku yang sering alpa), jangan lah kau bersedih lagi.. Sesungguhnya ianya perbuatan yang sia2, jika :
  • menangis kalau tak tercapai cita2.. Bukankah Allah sudah menentukan segalanya.. Redha dan ikhlaskan segalanya..
  • cinta tidak berbalas..atau bertepuk sebelah tangan.. Mungkin dia bukan jodoh yang Allah tentukan untukmu.. insyaAllah ada yang sesuai nanti..
  • gagal dalam peperiksaan.. ini hanya kerna kau sendiri yang kurang membuat persediaan..
  • wang hilang di jalanan.. atau pun mungkin handphone mu tercicir atau dicuri.. Fikir2kanlah, mungkin kita ni kurang bersedekah..buat amalan..
DARI ITU duhai kawan, (juga buat diriku yang selalu alpa),
Simpanlah airmata tangisan kesedihan ini buat bekalan untuk menginsafi atas segala kecuaian, kehilafan, dosa yang telah kamu lakukan..Simpanlah ia untuk menginsafi diri dan memutihkan kembali kalbumu dari noda2 hitam yang telah menghitamkan kalbumu hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah S.W.T

Serulah.. serulah airmata itu dari persembuyiannya.. di sebalik kelopak matamu agar ia menitis membasahi dan mencuci kalbumu agar ia kembali putih.. moga ia dapat melebur dosa2.. dan moga diberikan keampunan dariNya..

Kelmarin, ketika aku meluangkan masa menonton cerita "Aku Bukan Dara", masyaAllah..banyak perkara2 maksiat yang dapat kulihat... inilah, kehidupan remaja Islam, yang hanya ISlamnya di IC.. betullah.. banyak betul dugaan dan kemaksiatan yang harus kita, ummat akhir zaman tempuhi... Namun, aku tertarik dengan sedikit dialog di dalamnya.."(F) Setitik arak yang masuk ke mulut seorang Islam itu, amalannya tidak akan diterima selama 40 hari.. (S)So, maknanya kalau yang minum berbotol2, sampai matilah amalannya takkan diterima Allah?.. (F) Satu je.. Taubat nasuha... insyaAllah.. Allah tu Maha Pengampun. Taubatlah.. Berjanji dan berazam agar meninggalkan dosa2 itu.." lebih kurangla. aku tak berapa nak ingat..

So, disini.. aku nak tekankan.. biarpun berulang kali diri melakukan dosa... jangan takut untuk bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka yang benar2 ikhlas menginginkannya..Tangisi dosa2 silam.. ingatlah untuk berubah.. jangan sesekali diulangi perkara terkutuk itu.. Apapun, istiqomah dan berdoalah, minta pada Allah agar tetapkan hati kita pada jalan yang lurus.. jangan sesekali pesongkan hati ini pada jalan kebenaran. Mintalah pada Allah.. biarpun berkali2 kau melakukan dosa... mintalah... jangan malu untuk meminta kerana memang fitrah kita hambaNya, meminta pada DIA, Tuhan Yang Esa..

Jangan bersedih....

0 comments: