BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 23, 2011

Senyum di sebalik pilu

Assalamualaikum.. Yang elok dan indah itu datangnya dari Allah Yang Maha Esa.. dan yang datang dariku, hanyalah sifat penuh kehambaan..

Senyum.. satu sedekah yang paling mudah untuk dilakukan.. tak perlu modal, x perlu berfikir untuk melakukannya.. setiap saat, kita boleh melakukannya. Namun, bagaimana jika senyum itu hanya dibuat2? Tanpa hati sepenuhnya mengikhlaskan apa yang terjadi?

Manusia tidak pernah lari dari dibebani permasalahan dunia. memang dah jadi lumrah kerana itu, tugas kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Namun, bagaimana pula dengan setiap kesedihan, kepiluan, kegagalan yang kita alami? adakah wajar kita menyembunyikannya dari pengetahuan umum?

Ya.. kita wajar. kerna apa?kerna memelihara sesuatu hanya di dalam hati kita itu wajib. Biarlah apa yang kita rasai, ketidak puasan itu pendamkan saja.. yang mengetahui hanya antara kita dan Allah..

Senyum dalam kepiluan.. senyum dalam tangisan.. senyum lah.. senyumlah wahai hati yang sedang menangis.. senyumlah wahai diri yang ingin menangis.. senyumlah wahai insan yang mahu menangis..

0 comments: