BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label puisiku. Show all posts
Showing posts with label puisiku. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Bait-bait kata

{Seorang manusia yang terbaik, soleh solehah, manusia yang bertaqwa, adalah manusia yang sering memanfaatkan dirinya untuk orang lain. Terima mati itu dengan penuh ketaqwaan}


Yang hidup pasti mati
Yang muda pasti tua
Yang cantik takkan kekal selamanya
Yang bijak belum tentu kebal dengan ilmunya


Walau dibenci
Walau dihina
Walau dicaci..
Hidup tetap diteruskan


Kebahagiaan tidak akan datang bergolek
Penderitaan datang tanpa diundang


Hidup tidak dihargai
Bak langit tiada pelangi
Namun Allah sentiasa ada di sisi..

Datang dan Pergi

Ia datang dan pergi
Tatkala ianya datang..
Tentu saja jiwaku gusar resah dan gelisah
Namun
Tatkala ianya pergi
Ketenangan hilang entah ke mana

Datang dan pergi
Sukar untuk difahami
Terlalu abstrak
Terlalu sulit
Hanya Dia yang memahami
Getar waima keluhan hati ini

Datang dan pergi
Semuanya suratan Illahi
Aku redha
Aku pasrah
Andai ini jalan terbaik
Namun
Segala rasa..
Segala cita
tetap kukuh dan teguh..
Ku bawa hingga hujung nyawa.


Monday, August 1, 2011

Ask ur heart..

Tanya sama hati
Apa asal sayang
Adakah tandanya
Nampak dipandang
Kumbang rayu bunga
Bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda
Hubungan mesra

Tanua sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena
Apa mimpimu
Masa berjauhan
Apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang..

Sedikit petikan lagu 'Itulah sayang' yang ku rasa ingin sekali ku kongsikan sedikit mengenainya. Assalamualaikum w.b.t buat semua.. 'Ask ur heart' ini mula bermain difikiranku sejak seminggu sebelum bermulanya bulan yang penuh dengan barokahNya ini. Alhamdulillah, aku diberi sedikit kesempatan untuk membicarakan sesuatu di sini. Sekali lagi...Ask ur heart!

Hati kadangkala akan memberikan kita jawapan disebalik semua persoalan. Namun, tidak semua yang lahir dari hati itu adalah ungkapan yang suci lagi bersih. Kerna jawapan dari hati itu mempunyai dua persepsi..Yang pertama, jawapan yang lahir atau terbit itu datangnya dari sanubari yang tulus, bersandarkan kepada pegangan syara' walhal yang sebaliknya, jawapan yang terbit dari hati itu kadangkala terbit dari bisikan-bisikan syaitan dan bersandarkan pada hawa nafsu semata-mata. Nauzubillah.

Justeru itu, haruslah kita fikirkan sejenak, renungkan kembali setiap persoalan dan jawapan yang dijawab oleh organ bernama hati ini. Hati seringkali menimbulkan pelbagai tanda tanya sehingga ada ketika ia kelihatan tidak munasabah sama sekali. Di sinilah.. hati memainkan peranan untuk menyeleweng dan menjauhkan kita dari landasan yang sebenar.

Kembali, tepuk dada, bukan tanya selera, tetapi tanyalah iman.. Tanyalah hati kita sendiri. Adakah aku sudak cukup sempurna? Adakah aku sudah beroleh segala-galanya? Adakah aku berkuasa? Atau adakah aku sudah berjaya di dalam hidup ini?

Ask ur heart my dear.. please. Think more than twice before you make a decision. Better late than you'll regret with what you have done. Ask ur heart once again, look at ur faith to Him..

Hati kadangkala menipu, so, sedarlah dari terlewat dan kemudian menyesalinya.. insyaAllah.. masih belum terlewat seandainya kita inginkan hati yang tenang, hati yang bersih, hati yang bahagia.. insyaAllah..





Sunday, July 24, 2011

Andai esok tiada lagi..

Andai esok tiada lagi waktu buatku
Andai esok tidak bersisa lagi sisa hidupku
Andai saja esok mentari pagi tidak menyinari pagiku
Andai esok tiada lagi gelak  tawaku
Andai esok tiada lagi gurau senda dariku
Andai esok tidak ada ruang lagi untukku berdiri
Andai esok aku tiada lagi di sisi

Jangan kau sesalkan apa yang terjadi
Jangan kau bersedih hati
Jangan kau menangisi pemergianku

Ikhlaskan segalanya..
Aku pergi meninggalkan mu
Aku pergi buat selamanya
Yang tinggal hanyalah cebisan-cebisan memori tentangku
Yang tinggal hanyalah sayup-sayup gelak tawaku
Yang tinggal hanyalah bayangan gurau sendaku

Aku pergi dengan pesan..
Aku pergi sila kau ikhlaskan

Andai esok tiada lagi buatku...
Maafkan diriku. 

Wednesday, July 20, 2011

Peluang itu sentiasa ada...

Assalamualaikum w.b.t

Peluang itu sentiasa ada..
bagi mereka yang menghargai
Peluang itu sentiasa ada..
bagi mereka yang tahu merebutnya
Peluang itu sentiasa ada..
bagi mereka yang ingin mengejarnya
Peluang itu sentiasa ada..
buat mereka yang ingin berubah
Peluang itu sentiasa ada..
jikalau tidak berputus asa
Peluang itu sentiasa ada..
andai hati bisa memberikannya

Namun
semuanya akan jadi sia-sia
jika peluang itu kita tidak diambil..
jika peluang itu disalahgunakan..
jika peluang itu disalah ertikan...


Peluang untuk berubah, sentiasa akan wujud.. bagi mereka yang bernama MANUSIA..

Tuesday, June 28, 2011

Cinta sampai Syurga

Dahulu kita pernah berjanji..
Cinta kita, cinta mati..
Takkan pernah tergugat walau apapun melanda..
Namun, semuanya cuma sekadar mimpi
Mimpi Mat Jenin ataupun pak Pandir yang tergadai kampungnya
Dek kerana kebodohannya sendiri...

Dahulu,
kita begitu asyik di buai cinta..
Hingga alpa dengan keadaan sekeliling..
Kini setelah cinta itu pergi, hilang bau dan seri..
Kucar kacir jadinya.


Friday, January 21, 2011

Kenangan Semalam

Semalam adalah sekadar secebis kenangan..
kenangan yang tak mungkin akan datang kembali..
biarkan saja kenangan itu berlalu..
tanpa perlu memikirkan adakah ia mungkin kembali..
biarkan saja ia pergi..
jika kenangan itu menyakitkan hatimu..
Ungkapan-ungkapan seperti..
"Nur adalah untuk Adam.. dan Adam milik Nur"
hanyalah sebuah sejarah lama yang tidak harus diungkit..
sejarah lama yang layaknya tersusun rapi bagai buku tinggal di rak2 kosong..
sepi tanpa penghujung..
kenangan itu payah untuk dibiarkan berlalu..
jika di hati masih bersisa..
cebisan rasa kasih padanya...
kenapa tidak ku sandarkan saja kasih itu..
pada cinta DIA yang hakiki..
mudah-mudahan segala perit..
sakit..
pilu..
pahit..
akan hilang.. insyaAllah