BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �
Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Wednesday, September 28, 2011

Warna warni sebuah kehidupan...

Assalamualaikum buat semua.. Alhamdulillah, kerna aku masih bisa diberi sedikit kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini..Alhamdulillah.. kerna aku masih diberi kekuatan hati untuk meluahkan  persepsi dan jua luahan hatiku sendiri.. walaupun ianya akan dibaca oleh ramai pihak, biarpun aku akan dikritik mahupun dihina, aku redha. Kerna segala yang terluah disini adalah luahan ku semata-mata..

Sebenarnya perasaan ini wujud dalam diri sejak aku kembali dari lab Soil conservation lagi. Tatkala aku melihat temanku, yang aku anggap adik - NSS, tatkala itu jugalah lahir 1001 perasaan. Aku jadi sedih, aku jadi hiba tiba-tiba. Sesungguhnya aoa saja yang ku pendamkan selama ini seolah-olah minta dilontarkan keluar.

Sehari sebelum semua ini berlaku, aku bermimpi tentang mereka2 yang suatu ketika dahulu pernah hadir dalam hidup aku.. erm.. cuma dalam tempoh yang amat singkat - 4 bulan saja.. Aku dapat lihat riang tawa mereka, aku bisa berkongsi masalah dengan mereka.. segala perasaan sehinggakan aku sendiri tersedar dari lena dan menangis sendirian. Itu semua ku anggap hanya mainan tidur..bisikan dari Syaitan semata-mata atau mungkin mengejutkan ku untuk bertafakur kembali pada Khaliqku... Alhamdulillah..

Petang itu, ketika mula melayari internet dan berbual ringkas bersama BFFku.. aku sedar bertapa aku ini seorang insan yang amat kesepian. Hidupku terasa sunyi..kelam dan kusam. Ya Allah, bertapa aku telah melakukan kesilapan.. Aku sedar ada ketika aku tidak memberikan apa yang sepatutnya kepada insan yang ada di sekelilingku. Aku tidak memberikan hak mereka sama sekali. Aku seolah-olah menafikannya. Astagfirullah... berdosanya aku pada mereka.. 


Aku benar-benar rasa kehilangan. Hatiku sayu yang teramat sangat bila membayangkan seorang demi seorang wajah insan yang pernah hadir dalam hidupku. Hatiku memberontak. Aku tidak dapat nafikan bahawa aku benar2 merindui insan yang suatu ketika dulu aku pinggirkan, insan yang suatu ketika dulu ku pandang sebelah mata, insan yang suatu ketika dulu tidak pernah ku tempatkan di tempat yang sepatutnya, insan yang suatu ketika dulu ku sia-siakan nasihatnya, insan yang suatu ketika dulu x jemu mengajakku berubah, insan yang suatu ketika dulu membuatkan aku ketawa-menangis-marah-benci-merajuk dan sebagainya, insan yang suatu ketika dulu kata-katanya tidak pernah ku ambil pusing..Ya Allah.. aku benar-benar merindui mereka semua...


Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah. Tidak semua mereka yang pernah wujud dalam hidup ini bisa bersama kita buat selamanya. Tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi selamanya. Kebahagian yang pernah kita kecapi, bukan selamanya milik kita.. Allah dah tetapkan segalanya buat kita, dan semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. Mungkin insan-insan itu cuma penyeri, penambah warna dalam hidup kita. Mungkin juga mereka itu cuma pelakon tambahan dalam cerita hidup kita, atau pun sebaliknya, dan mungkin juga, Allah temukan kita dengan mereka kerna Allah tahu, apa yang terbaik untuk kita saat itu. 


Semua yang berlalu tidak mungkin akan bisa diulang kembali, melainkan hanya di padang Masyhar.. Ketika itu, Allah mainkan semua klip video yang pernah kita lakukan sepanjang kita hidup di buminya ini. Ya Allah, malunya saat itu andai semua yang ada dapat melihat semua kesalahan yang pernah kita lakukan.. semua dosa yang pernah aku lakukan.. pada semua yang pernah mengenaliku.. Ya Allah... aku tahu, kemapunan dariMu akan ku perolehi.. namun begitu, ku juga harus memhon ampun pada mereka yang pernah aku sakiti.. Pada dia yang pernah ku sayangi, sesungguhnya dosaku terhadapmu begitu besar.. dan aku redha seandainya dosaku terlalu berat untuk kau ampunkan. Aku sedar semua itu... Akan ku bawa dosa ini bertemu Tuhanku yang satu...

Sunday, March 20, 2011

Hidayah dariNya...

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .



Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.



Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.



Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.



Inilah satu peristiwa..

p/s : Kisah ini ana ambil dari halaman Halaqah.net dengan izin penulisnya. InsyaAllah, moga kisah ini memberi kita petunjuk akan kekuasaanNya. Ana juga hampir menitiskan airmata.. Airmata yang penuh dengan kemungkaran.. Ya Allah, ampunilah dosa2 keluargaku, sahabat handai, teman2ku jua.. Ampunilah aku.. hambaMu yang hina ini..amin