Thursday, April 18, 2013
Kenapa mudah sangat...
Kenapa lah mudah sangat nak pergi.. Mudah sangat nak memutuskan sebuah ikatan persabahatan. Hmm.. bukan ape.. tiba-tiba je hati ni jadi begitu sayu sekali.. Mudah sangatkan kau ambil keputusan untuk pergi.. Mudah sangat kau berpaling tadah meninggalkan aku.. Walhal, selama ini, bukannya kau tidak tahu isi hati ini..
Tiba-tiba je, bulu mata sebelah kanan ku gugur.. Ermm tu petanda ada yang merindu.. Tapi, siapakah yang sudi dan ingin merindui diriku? Hmm.. Mungkin itu tak penting untuk ku ketahui. But serious.. aku merindui seseirang..Ops bukan hanya seseorang.. tetapi aku merindui pada mereka yang pernah mendampingi hidupku.. Pada mereka yang pernah rapat denganku..
Tapi, kenapalah mudah sangat orang-orang ini menjauhkan diri dariku? Apa salah dan mana silapnya? Aku sunyi sangat.. sunyi dan rindukan mereka. Sekarang ni dah famous WeChat, Wassup dan sebagainya..Alangkah indah dan bagus kalau hati ini boleh berWeChat atau Wassup dengan mereka.. Cukuplah andai aku tahu bahawa diri ini tidak pernah dilupakan.. Cukup andai mereka menyedari keberadaanku saat ini.. Cukup andai mereka tahu bahawa aku amat-amat merindui mereka..
To NH, walaupun kisah antara kita sudah berabad lamanya, kisah ini akan kekal dalam lipatan ingatanku.. Thanks for everything. Untuk VC a.k.a E, aku masih menunggu jawapan atas pemergianmu..
Posted by adeq at 9:27 PM 0 comments
Labels: aydizah, hati ini, layan jiwa
Friday, April 12, 2013
Andai itu takdirnya
Assalamualaikum w.b.t
Tajuk je dah macam lagu.. hmm tapi maaflah ye, post ini bukan lah lagu.. Begitu lama aku menyepikan diri dari sebarang bentuk penulisan. Kesibukan dan pelbagai lagi masalah yang melanda diri aku sepanjang tahun 2012. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Walaupun bukan seperti yang aku dambakan. Namun aku yakin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.
Alhamdulillah.. aku masih diberi ruang dan kesempatan waktu olehNya untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan diri. Walaupun pada mulanya aku rasa begitu lemah, murung, tidak yakin dan bermacam-macam perasaan negatif yang menyelubungi, namun, berkat adanya sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan banyak membantu, akhirnya, aku bangkit..alhamdulillah...
Aku yakin, jodoh pertemuaan adalah kerja Tuhan.. Namun, seandainya tiada jodoh buatku di dunia ini, aku yakin, dia menungguku di syurga.. insyaAllah.. Dan seandainya itu takdir yang memang telah tertulis buatku, aku redha dan pasrah. Walaubagaimanapun, doa, ikhtiar dan tawakal harus terus ku lakukan.. Moga-moga aku akan terus istiqomah dalam menjalani hidup yang penuh singkat ini. InsyaAllah..
'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah'
Ertinya:
'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat.
Posted by adeq at 11:57 AM 0 comments
Bungkus rapat-rapat
Assalamualaikum..
Ha ha ape lah tajuk post aku ni.. "Bungkus rapat-rapat".. erm actually just nak bagitahu.. aku nak bungkus rapat-rapat semua kenangan antara kita.. Semua kenangan pahit manis tu, aku nak simpan dalam muzium hati ini.. Then, aku nak seal rapat-rapat, so, pintu muzium ni takkan pernah terbuka lagi.. Please la.. aku dah tak larat nak sedey2.. taceng2.. merana sampai abaikan study aku ni.. please la... Kau yang dah pergi tinggalkan aku ni, so, tak payah la susah2 nak message or call aku bertanyakan khabar. Stop it, okay..
Dah terlalu payah untuk aku nak melupakan semua tentang kau.. senyuman dan tawa riang kau, lirik mata kau, sifat dan perangai kau tu.. ish ish.. Udah ler yeop.. So, please la.. aku harap antara kita ni, takkan pernah ada apa2, takkan terjadi apa2, dan anggap tak pernah jadi apa2.. Aku doa kau bahagia dengan hidup kau, dan aku tak harap kau doakan aku bahagia.. Im happy with what i have now.. Hidup sendiri.. menyepi tetapi hati tak merana.. alhamdulillah..
Posted by adeq at 11:48 AM 0 comments
Labels: hati ini
Sunday, November 27, 2011
Cinta Nasi Kerabu..
Assalamualaikum.. salam buat semua.. Salam buat Nasi Kerabu, buah hatiku..
Ya Allah, saat ini, aku hanya mampu berdoa agar dirinya selamat. Semoga dia berjaya mengeluarkan diri dari ujian getirMu.. Semoga dia tidak apa-apa.. Aku berdoa dan berharap kata-kata doktor itu hanya sekadar andaian semata-mata.. Kata doc' Kalaupun dia pulih, ingatannya mungkin tidak seperti dahulu akibat hentakan kuat di kepalanya.' Ya Allah, jangan kau uji aku dengan ujian segetir ini..
Tatkala hadir rasa cinta buat si nasi kerabu, kau beri aku rasa bahagia walaupun sebentar, dan kini Kau ingin merampasnya kembali..
Ya Allah, cinta nasi kerabuku masih belum berakhir.. dan aku yakin cintaku ini masih panjang... Jangan Kau ambil dirinya sebegini cepat.
Nasi kerabu, kau hadir membawa kegembiraan, kebahagiaan dalam diriku.. dan aku amat menyenangimu.. Aku dikejauhan ini hanya mampu mendoakan agar dia selamat.. Nasi kerabuku, aku yakin kau kuat menghadapi cubaan ini..
Posted by adeq at 8:50 PM 0 comments
Friday, October 14, 2011
Aku dan Hari lahirku..
Assalamualaikum..
Selamat Hari Lahir buatku.. Semoga terus gigih menjalani kehidupan ini.. Semoga gigih berubah ke arah kebaikan... walaupun untuk terus istiqomah di jalan ini bukannya sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Harapanku hanya ingin membahagiakan insan2 yang ada di sekeliling..mengecap kegembiraan pabila melihat senyum tawa riang mereka..Itu sudah cukup bagiku.. Mungkin, itu saja cara yang aku ada untuk meringankan keluh kesah di hati ini..Segalanya berubah sekelip mata.. Dari kawan menjadi lawan. Dari kekasih menjadi kebencian. Namun, masih ada yang tidak akan pernah berubah...hakikat sebuah kehidupan... Anak tetap akan jadi anak...-Aku adalah anak ayah dan mak..Biarpun masa berlalu.. Kehidupan demi kehidupan, aku bangga menjadi anak mereka. Hamba tetap hamba...-Aku adalah hamba Allah yang lemah lagi hina, dan aku tunduk menghadapMu wahai Tuhanku.. Biarpun hari ini aku menyambut hari lahirku hanya bersama teman2 sebilik.. aku tetap bersyukur.. kerna aku tidak bersendirian.. walau hakikatnya aku tetap sendiri...menyediri dan terasing.. Apa guna mengharap pada sesuatu yang xmungkin akan terjadi. Kenangan biarkan ia pergi. Aku tidak ingin terus hidup bersama kenangan itu.. Ia amat menyiksakan... Amat menyakitkan.. walau sudah lebih setahun, pedihnya masih kurasa... masih mengalir darahnya.. Ya Allah.. Sesungguhnya hanya padaMu aku meminta.. tetapkanlah hatiku pada jalanMu..
p/s : Sendiri.. tetapi dalam konteks aku, aku tidak akan sendiri andai ku punya keluarga di sisi..
Posted by adeq at 12:56 AM 0 comments
Labels: aydizah, hati ini, layan jiwa
Wednesday, September 28, 2011
Warna warni sebuah kehidupan...
Assalamualaikum buat semua.. Alhamdulillah, kerna aku masih bisa diberi sedikit kesempatan untuk mencoretkan sesuatu di sini..Alhamdulillah.. kerna aku masih diberi kekuatan hati untuk meluahkan persepsi dan jua luahan hatiku sendiri.. walaupun ianya akan dibaca oleh ramai pihak, biarpun aku akan dikritik mahupun dihina, aku redha. Kerna segala yang terluah disini adalah luahan ku semata-mata..
Sebenarnya perasaan ini wujud dalam diri sejak aku kembali dari lab Soil conservation lagi. Tatkala aku melihat temanku, yang aku anggap adik - NSS, tatkala itu jugalah lahir 1001 perasaan. Aku jadi sedih, aku jadi hiba tiba-tiba. Sesungguhnya aoa saja yang ku pendamkan selama ini seolah-olah minta dilontarkan keluar.
Sehari sebelum semua ini berlaku, aku bermimpi tentang mereka2 yang suatu ketika dahulu pernah hadir dalam hidup aku.. erm.. cuma dalam tempoh yang amat singkat - 4 bulan saja.. Aku dapat lihat riang tawa mereka, aku bisa berkongsi masalah dengan mereka.. segala perasaan sehinggakan aku sendiri tersedar dari lena dan menangis sendirian. Itu semua ku anggap hanya mainan tidur..bisikan dari Syaitan semata-mata atau mungkin mengejutkan ku untuk bertafakur kembali pada Khaliqku... Alhamdulillah..
Petang itu, ketika mula melayari internet dan berbual ringkas bersama BFFku.. aku sedar bertapa aku ini seorang insan yang amat kesepian. Hidupku terasa sunyi..kelam dan kusam. Ya Allah, bertapa aku telah melakukan kesilapan.. Aku sedar ada ketika aku tidak memberikan apa yang sepatutnya kepada insan yang ada di sekelilingku. Aku tidak memberikan hak mereka sama sekali. Aku seolah-olah menafikannya. Astagfirullah... berdosanya aku pada mereka..
Aku benar-benar rasa kehilangan. Hatiku sayu yang teramat sangat bila membayangkan seorang demi seorang wajah insan yang pernah hadir dalam hidupku. Hatiku memberontak. Aku tidak dapat nafikan bahawa aku benar2 merindui insan yang suatu ketika dulu aku pinggirkan, insan yang suatu ketika dulu ku pandang sebelah mata, insan yang suatu ketika dulu tidak pernah ku tempatkan di tempat yang sepatutnya, insan yang suatu ketika dulu ku sia-siakan nasihatnya, insan yang suatu ketika dulu x jemu mengajakku berubah, insan yang suatu ketika dulu membuatkan aku ketawa-menangis-marah-benci-merajuk dan sebagainya, insan yang suatu ketika dulu kata-katanya tidak pernah ku ambil pusing..Ya Allah.. aku benar-benar merindui mereka semua...
Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah. Tidak semua mereka yang pernah wujud dalam hidup ini bisa bersama kita buat selamanya. Tidak semua yang kita inginkan akan kita kecapi selamanya. Kebahagian yang pernah kita kecapi, bukan selamanya milik kita.. Allah dah tetapkan segalanya buat kita, dan semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. Mungkin insan-insan itu cuma penyeri, penambah warna dalam hidup kita. Mungkin juga mereka itu cuma pelakon tambahan dalam cerita hidup kita, atau pun sebaliknya, dan mungkin juga, Allah temukan kita dengan mereka kerna Allah tahu, apa yang terbaik untuk kita saat itu.
Semua yang berlalu tidak mungkin akan bisa diulang kembali, melainkan hanya di padang Masyhar.. Ketika itu, Allah mainkan semua klip video yang pernah kita lakukan sepanjang kita hidup di buminya ini. Ya Allah, malunya saat itu andai semua yang ada dapat melihat semua kesalahan yang pernah kita lakukan.. semua dosa yang pernah aku lakukan.. pada semua yang pernah mengenaliku.. Ya Allah... aku tahu, kemapunan dariMu akan ku perolehi.. namun begitu, ku juga harus memhon ampun pada mereka yang pernah aku sakiti.. Pada dia yang pernah ku sayangi, sesungguhnya dosaku terhadapmu begitu besar.. dan aku redha seandainya dosaku terlalu berat untuk kau ampunkan. Aku sedar semua itu... Akan ku bawa dosa ini bertemu Tuhanku yang satu...
Posted by adeq at 11:56 PM 0 comments
Sunday, September 25, 2011
Hanya DIA yang tahu
Assalamualaikum.
Just nak kupas sikit je. Bila tengok member2 rapat or yang aku kenal dah kawen ni, sayu je hati aku ni. macam2 perasaan timbul - cemburu, iri hati, gembira, sedih. Jodoh yang Allah berikan kat aku dulu tak lah lama.. Mungkin Allah nak temukan aku dengan orang yang salah, sebelum Dia temukan aku dengan insan yang telah ditakdirkan menemani ku sepanjang hidup. Entahlah..
Tapi bila tengok juga ramai kawan2 aku yang dah bertukar status - duda n janda, aku jadi takut. Yelah, kebahagian yang ingin dinikmati seumur hidup bertukar jadi pahit.. erm,, kesian pula kat anak2 - kalau yang dah ade anak.
Tapi, semua ni peraturan Tuhan. Hanya DIa yang tahu yang terbaik untuk kita.
Posted by adeq at 1:33 PM 0 comments
Labels: layan jiwa
Saturday, August 20, 2011
:: AWESOME ME::
Assalamualaikum.. =)
Posted by Resha Valentine at 12:54 AM 1 comments
Friday, August 19, 2011
Bait-bait kata
Posted by adeq at 11:50 PM 0 comments
Labels: hati ini, layan jiwa, puisiku
Datang dan Pergi
Posted by adeq at 2:43 AM 0 comments


