Assalamualaikum
Post kali ini aku tujukan buat insan yang amat aku sayang, kakak, sahabat dan segalanya untukku. Aku doa tatkala ini dia diberikan ketenangan dan kegembiraan, insyaAllah. Semoga setiap langkahnya adalah langkah padu yang jitu.. tanpa ruang2 kosong yang bisa diisi oleh sang Syaitan laknatullah.
Apa yang dah terjadi, setiap keputusan yang dah diambil, mana mungkin dapat di undur kembali. Tidak.. namun andai aku punya kuasa, punya mesin masa, tentu saja akan ku tegah kau dari melakukan kesilapan ini. Jangan menyesalinya.
Kau tahu, aku tidak tega melihat airmata mu mengalir di pipi insan yang pernah menerangi hidupku yang selalu dalam kegelapan.. kini, cahaya dan sinar milikmu semakin kelam.. kenapakah? Kemana hilangnya sinar mentari dambaanku itu? Aku tidak tega... aku tidak rela.. Sesungguhnya bilamana kau ambil keputusan untuk bernikah, aku tidak pernah mengikhlaskannya. Maafkan aku. Mungkin aku terkedu dengan pilihan mu.. atau mungkin kerna aku khuatir adakah kau mampu bahagia...tapi, jangan kau kesali...
di kejauhan ini, hanya doa yang mampu ku hulurkan. jangan kau seksa dirimu.. jangan.... Allah tak suka, kan. ingat, kau juga pernah berbuat perkara yang sama denganku.. maka, kini, aku pula.. Jika kau benar2 menyayangiku..makanlah... jika kau engkar, maknanya kau ingin melihat aku ditimpa celaka...
di kejauhan ini, hanya mampu kudengar suaramu.. dan jangan kau buat aku berada dalam kegusaran..khuatir tentang keadaan dirimu.. ingatlah, sejauh mana pun kau pergi, aku ada di sini.. selagi kau memerlukanku..insyaAllah.. aku akan tiba.. dan selagi aku berupaya membuat kau tersenyum..kerna itu memang tugasku...ingatlah, aku tetap sayangkanmu.. sejak kali pertama kita bertegur sapa sekitar Januari 1999... alhamdulillah, kerna aku dipertemukan dengan cahaya..nur penyuluh hidupku.. Syukran jazilan ya ukhti.
Thursday, February 24, 2011
Langkah, jangan kau undur
Posted by adeq at 12:15 AM 0 comments
Wednesday, February 23, 2011
Senyum di sebalik pilu
Posted by adeq at 11:11 AM 0 comments
Labels: motivasi
Friday, February 18, 2011
Masih ada yang kurang...
Assalamualaikum.. bertemu kembali
Posted by adeq at 11:58 PM 0 comments
mengapa sulit mengaku...
mengapa sulit mengaku... erm fikir2kanlah...
Posted by adeq at 8:52 PM 0 comments
Wednesday, February 16, 2011
La Tahzan. Jangan bersedih
"La Tahzan.. Jangan Bersedih"
- menangis kalau tak tercapai cita2.. Bukankah Allah sudah menentukan segalanya.. Redha dan ikhlaskan segalanya..
- cinta tidak berbalas..atau bertepuk sebelah tangan.. Mungkin dia bukan jodoh yang Allah tentukan untukmu.. insyaAllah ada yang sesuai nanti..
- gagal dalam peperiksaan.. ini hanya kerna kau sendiri yang kurang membuat persediaan..
- wang hilang di jalanan.. atau pun mungkin handphone mu tercicir atau dicuri.. Fikir2kanlah, mungkin kita ni kurang bersedekah..buat amalan..
Posted by adeq at 9:32 PM 0 comments
Akukah terlewat
Di waktu ku tiba
Pantai telah berubah
wajahnya
Sekuntum bunga gugur ke bumi
Kekeringan layu tak bermaya
Akukah terlewat
Atau mungkin waktu yang tercepat
Sehingga suasana berbeza
Tiada lagi seperti dahulu
Di sinilah denganmu
Mengikuti jejejak ombak pantai
Di sini jua di ketika itu
Ku saksikan istana pasir berkecai
Di sinilah tempatnya
Ku kenali erti cinta pertama
Tapi waktu itu aku yang pemalu
Terpampang terpukau oleh matamu
Semenjak itu
Aku bagai lilin yang terbakar
Memberikan cahaya penuh rela
Kerna ingin berbakti menerangi
Cinta kita
Posted by adeq at 8:26 PM 0 comments
Tuesday, February 15, 2011
cinta seorang T.E.M.A.N
Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian
Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku
Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
-kawan jadi kekasih..itu bisa terjadi
-kekasih jadi kawan... adakah ia bisa? tidak mungkin..
Posted by adeq at 12:14 PM 0 comments
Labels: layan lagu
Sunday, February 13, 2011
A.Y.I.D = jiwang?
assalamualaikum semua.. hujung minggu yang penuh malapetaka.. tapi mungkin ada hikmah. Allah tak jadikan semua ini tanpa sebab..macam minggu sudah...bila aku seorang saja yang kene buat kerja merepek tu, mulanya aku ingin protes.. tapi disebabkan sikap ingin tahu yang melampaui batas dan jugak dorongan yang aku terima dari teman yang memahami, aku redha dan sabar je buat kerja tu sorang2.. rupa2nya apa yang aku buat itu....mendatangkan kebaikan kepadaku...alhamdulillah... sekurang2nya lepas la utk 1st test subjek tu. hahaha..
waduh2.. niat hati nak tengok member sanding tergendala... hancus gak motor kesayangan aku ni..tp takpelah, benda nak jadi.. x ley nak salahkan sesiapa...aku tetap terima segala ketentuanNYa ni..
dia cakap aku ni jiwang.. ye ke? kelakar lak. dah lama x dengar orang cakap camtu.sebelum ni, die je yang brani cakap camtu kat aku.. "bi ni jiwang la.. poyo je" selalu ungkapan ini yang aku dengari..tapi td bile de yang cakap cam ni kat aku... kelakar lak aku rasa.. huhu..saya ni x lah jiwang mana pun.. ikut mood gak.. tapi klau dah start jiwang tu.......faham2 la ye. saya ni pun de gak cite2 nak jadi cam Ahadiat Akasyah tu... xpun cam Faizal Tehrani ke.. tapi masa tidak mengizinkan.. dan kebetulan lak, bidang yang saya tempuhi sekarang jauh berbeza dengan bidang penulisan..so bakat yan ada ni x lah dapat dikembangkan sepenuhnya.. huhu :P apapun, terima kasih awak..
tadi kene hujan, mintak2 lah aku tak demam.. almaklumlah aku ni antibodi dah tahap minima,.. haha..kene amik vitamin ni. haha.. Ya Allah, aku syukur pdaMu atas semua yang terjadi.tnetu ada hikmah.. aku redha Ya Allah... amin...
Posted by adeq at 10:27 PM 1 comments
Wednesday, February 9, 2011
rindu bertandang lagi
- maafkan aku duhai teman, kerana masih berdegil dan enggan menurut segala kemahuanmu.
- maafkan aku kerana aku masih lagi enggan melupakan dirinya..
sudah berkali2 juga aku cuba mencari penganti bagi mengubat luka yang amat dalam ini....namun semuanya sia2 belaka... usaha ini tak pernah mendatangkan hasil. tidak berjaya...full stop! kerna hati ini masih merindui gelak tawa, suaranya.. segala2nya tentang dia.. aku rasa, potensi aku menempatkan diri ni kat Tampoi amatlah tinggi jika aku masih lagi terus2an mengingatinya...ya Allah.. kenapa aku sandarkan cinta manusia melebihi cintaku padaMu? aku sungguh berdosa.!
banjir... aku khuatir tentang dirinya. aku khuatir dengan mak, abah, mak yah dan mak long.. apa agaknya yang mereka lakukan? abah, dah beli tv barukah? ucop masih kerja lagi di tempat lama? akak lak masih setiakah bersama boyot atau..berubah hatinya pada syafiq?aku tertanya2 perkembangan mereka.. kononnya bakal mertua.. tapi, layakkah aku untuk anak mereka?tentu saja abah mahukan yang terbaik untuk anak bongsu kesayangannya..bukan seperti aku.. masih belum punya masa depan.. dan belum tentu punya masa hadapan....
biarlah apa orang nak kata tentang aku.. peduli apa.. ini hidupku..jalan yang ku pilih.. asalkan aku tidak menyusahkan sesiapa, asalkan aku menunaikan tanggungjawabku pada agama dan ibu bapa... biarpun aku akan terus rasa tersiksa... takpelah... ini yang aku pilih.. untuk terus hidup dalam kenangan.. entah berapa lama aku mampu bertahan.. hanya Tuhan yang tahu.. dan hanya DIA yang tahu, bertapa aku benar2 memerlukan kehadiranmu di sisiku..setiap waktu..macam dahulu. berapa jauhpun aku terus berlari meninggalkan kenangan bersama mu, ia tetap datang..tetap menjelma..walaupun secara zahirnya bukan kau yang menjelma di depanku........gambaran wajahmu dan gelak riang tawamu sentiasa mengiringiku ke mana saja.. aku redha dan pasrah..
biarlah rindu ini terus bertandang...sampai hujung nyawa.. katamu, cinta kita cinta mati... walaupun kau pergi meninggalkanku, biarlah aku seorang saja yang membawa cinta ini mati bersamaku.. sejarah cinta kita takkan pernah terpadam, sayang..Bi adalah milik Mi, dan Mi adalah untuk Bi, selamanya!
Posted by adeq at 1:59 AM 2 comments
Labels: layan jiwa