assalamualaikum.. awal la pulak aku terbangun pagi ni.. semalam tdo lewat sebab layan kerenaagaknya kalau penceraian tu tidak berlaku, tentu saja 'anak2' aku ni terbela dan dijaga rapi..
haritu dah cakap dah dengan dia.. nak ke tak 'bebudak' ni... dia serah je hak penjagaan ni kat aku.. so aku diam je la.. tapi aku takkan halang dia kalau nak amik balik mereka ni nanti. dia ada hak, dan hanya aku yang akan menentukan hak itu..
semalam barulah aku ada masa nak tengok dan amati 'anak2' aku ni.. dah besar rupanya mereka.. seronok dan terhibur juga aku melihat telatah dan kerenah mereka..banyak betul mereka makan.. kelakar pun ada bila melihat cara mereka makan.. aku pun, dah lama dah x ambil gambar2 mereka... kalau dulu, sering juga aku post kan gambar2 'anak2' aku ni pada dia.. emm tapi, mungkin sebab dia pun dah benci kat aku, so, apa saja yang de kene mengena ngan aku dia dah tak mo amik kisah..tapi, kesianlah kat 'anak2' dia gak ni..ish.. pe la.. xde perikemanusiaan..
tapi mungkin dia dah semakin sibuk.. mungkin sudah ada kerjaya baru, mungkin juga sudah temui penganti diriku..argh.. malas nak ambil tahu.. aku hanya mampu mendoakan dari jauh, agar dia tetap bahagia, walaupun bukan denganku di sisinya..
terkadang tu, bila terpandang wajah2 di sekelilingku, aku terbayang wajahnya... seolah2 dia berada di depanku... bohonglah jika aku kata aku tidak rindu.. tapi, cukuplah sekadar rindu.. tetapi aku tidak mampu untuk menghubunginya.. aku tidak mahu hati ini terus terseksa..
lagi 14 hari, genaplah 3 tahun kami bersama... tapi belum sempat tarikh itu...segala2nya hanya tinggal sejarah. dia dan aku sudah punya haluan masing2..19.01...0300, aku tetap akan ingat sampai bila2.. walaupun kau bukan yang pertama mengetuk pintu hati ni, tetapi kenangan bersamamu adalah yang paling terkesan dihati ini.. pergilah mi...bi relakan semua ini.. bi x mahu terus2san menyiksa mi.. sebab bi juga terseksa...
demi 'anak2' yang semakin membesar, aku tabahkan diri.. kelmarin, mak nak aku hantar je mereka ni ke nursery.. mak cakap menyusahkan aku je, nak jaga, mana lagi masa aku nak study.. aku bantah.. sebab mak tak tahu, hanya merekalah yang tinggal sebagai tanda dia dan aku pernah 'bersama'...hanya mereka yang mampu mengubat rasa rinduku padamu, mi...
aduihhhh dah la, x mo dah jiwang2.. hari ni, adalah hari yang paling sibuk dalam minggu ni.. malah mungkin setiap minggu, hari rabu adalah hari yang paling pack buatku.. dari 10 pagi sampai 7ptg, cls non-stop.. aduih..semoga Allah berikan aku kekuatan.. amin..
h 'anak2' yang semakin membesar.. kesian betul.. 'anak2' aku ni kurang kasih sayang.. hahaha...
0 comments:
Post a Comment