BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 23, 2011

2011..

Rasanya masih belum terlewat untuk aku list down apa yang perlu aku lakukan dan apa yang bakal berlaku, insyaAllah sepanjang tahun 2011 ni..Namun, di permulaanya aku sudah pun menunjukkan simptom2 kelemahanku.. Ya Allah, hanya padaMu aku bermohon dan berserah..

target untuk dilakukan tahun ni, tentu saja meningkatkan cgpa aku tu.. xkan la nak graduate dengan second class lak kan.. tentu mak akan sedih.. penat je anta aku pergi blaja, tapi hampakan harapan dia tu.. insyaAllah, aku yakin boleh.. eventhough aku selalu x sihat.. xpe. itu bukan alasan untuk tidak berjaya.

2ndly, aku nak full masa terluang aku ni dengan aktiviti2 yang lebih berfaedah, dah x mo ikutkan sangat kata hati yang agak -ve tu lagi... kalau boleh biarlah aku sibuk dengan perkara2 yang berfaedah dan memberi manfaat padaku dan insan sekeliling..dan hopefully ni cara untuk aku lupakan dia..

3rdly lak, insyaAllah, jika diizinkan aku nak upgrade driving license aku ni.. nak amik class F lak.. huhu n tentu B full jugak sebab aku impi nak riding 1Malaysia ngan motor aku tu.. tapi kenalah tunggu kerja, only then aku mampu nak beli moto yang di impi.. huhu :)

then insyaAllah, kalau boleh aku nak spend more time dengan sahabat2 yang memerlukan kehadiranku di sisi mereka. aku nak ada dengan mereka.. susah dan senang mereka.. selagi aku mampu dan terdaya..

aku juga nak kurangkan pengambilan ubat2ku tu.. lantakla. bukanlah aku ni nak menolak takdir dan ketentuan Tuhan, cuma, cukuplah aku menyiksa badan ni dengan menerima bahan2 kimia tu.. biarlah, aku serahkan bulat2 nyawa ku ini pada qada' dan qadar yang maha Esa... aku hanya berusaha untuk menjaga kesihatanku saja.. insyaAllah..

tahun ni jugak, dan tahun2 seterusnya...aku ingin sekali menambahkan ilmu agamaku ini.. jadi bekal di akhirat kelak.. aku masih lagi jahil dalam bidang ni.. iman aku ni nipis umpama kulit bawang, yang sering tergoda hanya dengan sedikit godaan dari syaitan laknatullah..

dan kalau boleh jugak aku nak pastikan adikku, berjaya masuk U, or apply for gov job.. hanya dia je yang ley aku harapkan nanti untuk jaga mak dan ayah, kalau aku xde nanti. along??? erm xpayahlah... memang xde harapan langsung.. huhu

tapi aku x rasa pe yang aku impikan ini akan terjadi.. mlainkan dengan izin dari Dia..pe yang kecik2 yang aku impikan tu, erm kira hanya aku jer yang tahu.. n xperlu lah aku nak mention kat cni.. bnyak sangat.. huhu. pe yang aku harap sekarang ni, agar aku dikurniakan kesihatan yang baik, dapat tunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang Islam.. amin..

0 comments: