BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 27, 2010

Selamat Tinggal..

Bismillah...Moga apa yang aku coretkan  ini tidak mengguris hati sesiapa yang membacanya.. aminn..
Aku sengaja upload gambar ni.. sebab ni gambar kegemaran kau, kan.. dan maaf, jika aku ber'aku' engkau dengan kau sekarang ni.. Aku rasa antara kita sudah tiada sebarang ikatan kasih.. justeru itu, x usahlah kita saling menjaga hati antara satu sama lain. Kau juga bebas memanggilku ikut sesedap rasamu. Kau tahu, setiap kali tiba November, pasti aku terkenang saat2 aku mula mengenalimu.. namun aku juga sedar, November kali ini, kau bukan lagi milikku.. segala omongan, kata2 dan harapan yang kita bina kini hanya tinggal sejarah. Aku sudah mampu memujuk hati ini agar berhenti dari memujamu.. kerna satu2nya yang harus ku puja adalah Tuhanku Yang Maha Esa.. Aku sudah bisa menerima kenyataan ini sayang. Aku juga sudah bisa membuang jauh segala rasa rindu yang satu ketika dulu asyik bersarang dalam minda dan hati ini. Alhamdulillah.. masih ada yang sayang padaku..Sungguhpun kau tidak lagi berada di sisi, aku masih punya keluarga, yang xpernah jemu memberi sokongan padaku. Lagipun, masa kan kau tidak pernah ku beritahu, bahawa aku mungkin tidak mampu membahagiakanmu kerana aku ini penuh kekurangan..diriku sendiri aku tidak mampu jaga, inikan pula kau!Awal2 lagi aku sudah berpesan padamu tentang kekurangan diri ini.. Namun dek kerana rasa cinta yang kian menebal dalam dirimu, kau tolak tepi halangan itu. Tapi kini....adakah cinta itu makin menipis? Aku tidak pernah menyalahkanmu atas apa yang terjadi antara kita. Tapi yang aku minta, tolonglah.. kau sudah ucapkan Selamat Tinggal buatku.. di awal Ramadhan yang mulia.. namun mengapa kau masih perlu mencariku? adakah kau masih belum puas menyakitiku?Cukuplah sayang.. aku kini redha akan pemergianmu... dan aku juga harap begitu... Relakan pemergianku sebagaimana aku merelakanmu sayang.. Selamat tinggal...

0 comments: