BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 27, 2010

K.E.N.A.P.A

Assalamualaikum.. bertemu lagi hari ini.. Syukur ku panjatkan pada Yang Maha Esa, kerana memberi aku kesihatan yang baik dan membolehkan aku meluangkan masa untuk menulis sesuatu. Amin...
Rasanya baru semalam aku menulis 'Selamat Tinggal' tapi hari ini, kau datang lagi.. Apakah maksud sebenar..aku masih buntu. Sesudah lebih 2 bulan, kau bertanyakan khabarku. Kenapa? Kau masih risaukan aku? Masih bersisa kah sayang untukku? Kau beritahu yang kau baru saja balik dari temuduga.. dan kau kata, kau tidak yakin akan berjaya. Seperti biasa, aku masih lagi setia dengan kata2 perangsang dan dorongan buatmu.. Lancar saja mulut ini menyuarakannya.. Bagaikan kau masih bermakna buatku. 
Kemudian, aku tersedar.. apakah ini hanya mimpi, atau memang benar, kau menghubungiku? Ya Allah.. ini bukan mimpi.. Mungkinkah kau masih sayang dan rindu? Aku sendiri tidak tahu. Kau tahu, aku hampir saja memberikan 'anak2' kita pada orang lain. Aku benci dengan mereka. Untuk apa aku masih menyimpan mereka sedangkan kau telah tiada? Namun, mujurlah aku sempat tersedar akan kebodohan itu. 'Anak2' tidak seharusnya jadi mangsa apabila berlaku 'penceraian' antara 'ibu bapa' mereka.. Aku kemudian tersenyum sendiri..
Kenapa? Itu yang masih berlegar di fikiranku saat ini.. Kenapa kau buat aku menderita? Ya Allah.. benarlah.. KAU tidak akan ujiku melebihi kemampuanku.. Mungkin ujian yang datang ini adalah tanda bahawa aku mungkin lupa akan tanggung jawabku padaMU Ya Allah.. Astagfirullah... Aku masih lagi terperangkap antara 2 cinta... Nauzubillah

0 comments: