BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 3, 2011

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

W'salam..

Dear, pls la xmo mcm ni..aku xmo ko jatuh lg skali..n aku xmo ko blk pada dlu..just stay strong please..mmg snang utk aku ckp tp ko yg kna buat..sorry..kuatkn semangat ko..mmg aku xkn ade sblh ko sentiasa n aku xkn ade utk ko sepanjang masa..aku admit tu..kite ade life masing2 beb..tanggungjawab aku sbg kawan adlh utk make sure ko x sesat..

Monday, April 25, 2011

To my 2nd author

assalamualaikum..
dear my 2nd author..

aku nak ngadu sket kat ko...ley ke? ada masa x untuk aku? kalau xde pon kene adekan gak tau. my 2nd author, aku bukan xmo nak ikut nasihat ko. aku ikut ni. aku cube jd follower terbaek dan mantap.. huhu.. aku dekatkan diri aku ni pada Dia.. mintak Dia jauhkan perasaan ni sejauh2nya.. kalau sampai planet Pluto pon xpe. untuk pengetahuan ko, YES aku memang dah boleh terima hakikat about the END of our love story. Ye.. aku memang dah sibukkan diri aku ni dengan aktiviti kerohanian dan macam2 la. pendek kata, memang aku xde masa untuk merenung seketika waima membelek kenangan kami bersama. aku tau apa yang aku buat dulu 1 dosa. dan wajarlah aku bertaubat. sungguhpon aku pernah patah hati, gile *, tapi ada yang berkata, 'Allah tu Maha Mendengar dan Menerima taubat hambaNya yang benar2 menginginkannya.' Sebusuk2 aku, sejahat2 aku, sejahil2 aku, selagi aku pegang kata2 hamba Allah tu, insyaAllah xlah aku terjerumus dalam dosa lagi.. tapi yang aku nak ngadu kat ko petang2 ni adalah.... erm.. hatiku, masih lagi dibayangi dengan syaitan..masih dibelengu syaitan..sehinggakan hati ini meronta2.. hingga baru sat tadi aku mengalirkan airmata, dok teringatkan si dia. ish.. ape aku nak buat?? aku dah cuba. setiap saat aku cuba ingatkan diri aku ni, tentang segala kejahatan yang aku dah buat. menangis airmata darah sekalipun xkan dapat tebus airmuka mereka yang dah aku jatuhkan tu.. aku tahu tu.. dan setiap saat gak, aku beristigfar.. almaklumlah, banyak sangat dosa. :P aku rasa apa je yang jadi kat aku sekarang ni, de kait rapat dengan dosa2 masa silam. memang x dinafikan, sejak kecil aku memang istimewa dan begitu dijaga siang dan malam sebab kesihatan aku yang kurang memuaskan ni.. tapi apa yang aku lihat dan amati, xkan lah sampai sekarang, ye x? sampai bila lah aku nak dok menyusahkan orang kat sekeliling aku?? sampai bilakah aku harus bergantung pada ubat2 ni?? aku dah busan. Jangan marah aku ya, tadi aku message die.. dan aku memang x sangka die akan reply message aku tu. ternyata, die masih 'care' dan 'sayang' aku. apalah dosa die sampai aku sanggup ikut telunjuk syaitan dulu.. ya Allah.... ape dah ku lakukan??????????? dear my 2nd author, doakan agar aku kuat. agar ku temu cinta sejati.. agar kutemu damai yang ku cari...insyaAllah....

Sunday, April 24, 2011

Buat Aliena_Yana

Lama dah aku x gunakan nama tu untuk panggil hang. huhu.. Hang sihat kah di tempat baru?? nun jauh di utara na.. huhu cakap loghat utara sat na.. che' la ni semakin sakit2. che' takut sangat tak dapat wat yang terbaek dalam final ni. hang pon tau la, che' sem lepas teruk kejang.. sampai x ley jawab exam pon. ish, takkan la final ni pon che' nak sakit gak.. che' x mo..

hang camna je kat tempat bawu? ley sesuwai kah?? huhu.. che' windu dah kat hang. dok lepak ngan hang sampai x ingat dunia.. huhu.. hang janji ngan che' tau kita p ronda2 lagi.. kita pi wat keja gila na.. huhu hang nak pi backpacking?? pi mana? jangan kata hang nak pi genting.. che' takut.. gayat benar che'.. huhu kita pi la tempat yang ala2 romantik sket.. sesuwai la ngan jiwa che' ni.. hang bawa che' pi mandi gunung lagi nak?? che' teringin lagi la.. haritu mandi x puas. huhu..

hang dok jauh tu, hati2... jaga diri leklok. che' bukan ada dekat hang. che' bukan ley jaga hang. che' bukan ley terbang datang kat hang kalau hang sakit ka apa ka.. ops.. lupa lak che' nka khabaq, 11mei ni che' nak pi tanjung sat. de program 4 hari rasanya.. xpelah nanti che' kompom ngan hang na..

hang doakan che' sihat na.. che' xmo sakit. che' dah busan dok makan ubat je.. depa kat sini kata che' ketegaq sangat.. xmo pi makan ubat.. bukan che' ketegaq... tekak che' ni dah x lalu nak kunyah ubat tu.. che' rasa darah dalam badan che' pon dah penuh ngan bahan kimia.... so, hang doakan che' tau. che' x mo la sakit selalu. che' nak gak abiskan masa ngan kawan2 che', ngan hang.. che' pon teringin nak idop bahagia cam orang laen.. cuma mungkin che' lom jumpa orang yang sesuai.. huhu.. xpela.. jodoh tu kan kat tangan Tuhan..

sebelum che' g sambung study, che' doa banyak2 hang sesuwaikan lah diri hang tu kan tempat orang.. jangan wat perangai tau. huhu.. che' sayang dan rindu kat hang.. :P

Friday, April 22, 2011

TOPIC : ORGANIC MATTER (OM)

SOIL ORGANIC MATTER (SOM) is fraction of the soil being composed by plant and animal that is remains in various stages of decomposition.

Component of OM includes living organisms, fresh residue, active fraction, and stabilize OM.

How to change OM in soil :-
  1. ADDITION - when root die, they become part of OM
  2. TRANSFORMATIONS - soil organisms will change the organic compounds and it will consume plant residue and OM, create by-product also.
  3. MICROBES FEED PLANS - some waste release by soil organisms can be used to plant growth.
  4. STABILIZATION OM - OM will resistant to the further change.
What does OM do ?
  1. NUTRIENT CYCLING
    • inc. nutrient holding capacity CEC
    • like pool (sink) of nutrients for plants
    • BIND nutrient to prevent it became unavailable for plants.
    • food source for soil organisms like worm and bacteria. These organisms will convert nutrient to be available taken for plant grow
  2. WATER DYNAMICS
    • improve water infiltration
    • decerease evaporation process
    • inc. water holding capacity like in sandy soil
  3. STRUCTURE
    • prevent compaction
    • release crusting for example in fine texture soil - clay
    • encourage root develepment
    • improves aggregation and prevent erosion (hakisan daaa.. huhu)
  4. OTHERS
    • herbicide break down quickly so, it will tie up the herbicide in soil
    • it also may support for disease and pest as well as for beneficial organisms
Factors that influencing the amount of OM
  1. MANAGEMENT
    • practices like cover crop, irrigation and etc will inc, the amount of roots and residue added
    • but intensive tillage inc. the loss of OM by speeding the process of decomposition
  2. SOIL TEXTURE
    • fine texture like clay will hold more OM because  :-
      • clay particles form electrochemical bond that holds the organic compound
      • the decomposition process will occur faster in sandy soil because it is well aerated
  3. TEMPERATURE
    • high temp. will speed up the degradation of OM.
    • the decomposition process more rapid in tropic area compared to the temperate area
  4. LANDSCAPE POSITION
    • poorly drainage got high OM because oxygen is available for decomposition process
    • low spots accumulate OM that erodes off hills tops and steep slopes
  5. VEGETATION
    • grow plant that have low C:N ratio like legumes and green manure because it will inc. nitrogen pool
    • if large C:N ration and lignin content like grasses, it will cause nutrien immobilization (cannot take by plant)
  6. SOIL MOISTURE
    • more rain, more moist so it will inc. OM
    • remember the field capacity (60%)
  7. SALINITY AND ACIDITY
    • if too acid or too alkalilne it will make poor biomass
Increase OM
  • compositing
  • cover crops and green manure
  • crop rotation
  • perennial forage crops
  • reduce tillage or zero tillage
  • agroforestry
Decrease OM
  • deforestration
  • over grazing
  • traditional farming like monoculture
  • burning natural vegetation
  • excessive drainage
  • conventional tillage
(to be cont.)

Sunday, April 17, 2011

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

Assalamualaikum..
 =) It's ok that u changed the layout and the widgets to more Islamic view. At least as a reminder for me too to not forget myself that i am a Muslim as well..

Anyway,  change of work again..I hope this will be the last time. After all, this is a permanent post. Being a lecturer in UUM Sintok. Gosh..sounds like i am so talented and so big as i get to enter UUM lecturing. **dlm ati kecut perut..** =p Well, the journey so far has been smooth. Having only 1 class to lecture and i spent the working hours everyday doing nothing and rather chit chatting and went on9 looking for a title for my Master research..Insya-Allah will continue my masters soon.

Somehow i'm far apart from u my dear friend. Sounds so girlish eh..haha.. XD Who cares anyway. I wanna go back n hang out with u missed the moments when we did all the crazy stuff and i still remembered the time when we got caught for trespassing. Hilarious how we plead them. =p Well, those were the days. Let's plan for  something else? Backpacking? What about Langkawi or other island?

All the best to ur life..my prayers with u.. **Insya-Allah..

Tuesday, April 5, 2011

Confusing myself...

Assalamualaikum and hello to my friends. "Confusing myself"... ya.. i really facing this kind of problem now...and i still don't know how to solve it by myself.

i tried to ask myself many times, why i still have that kind of feeling to ______, why i still can opened up my heart to person that really want get to know me better, instead for being my friend.

i tried to ask myself once again, why i still can't accept what happened.. and i think i should let all the memories gone.. but i can't! this evening when i had a talked with my friend about my feeling, ya, then i realize something.... i admit that ______ already gone from my life, but i still can let _____ go. that's my problem..

knowing new person, get involve in new environment should make me be better and let me to forget ________. but when go back to my bed, _______ and all the memories still coming up. my friend say to me that i should stand in front _____ and admit if i make mistake or i might offend ______ involuntarily, then maybe my problem might gone also.. but it is hard to me to confess my mistakes, and its too hard to standing in front ______.

_____, if you still care, you will know something that i still, and still until death, i still expect something from you... i still wanna be someone in your life...

_____, if you still care about me, then you know that every single breathe, only you in my heart.. i still hope and love you ______.but now, let make me busy with study, and family......but you still have special space in my heart.

Wednesday, March 30, 2011

Kenangan di RAC Kg. Kemensah

assalamualaikum...alhamdulillah, selesai juga sesi RAC kali ini.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun dengan kecederaan yang aku alami.. ish..

RAC kali ini, aku memang tidak akan menyangka akan bertemu dengan insan yang 'sebijik' wajahnya saling tak tumpah akan seseorang. pada mata kasarku, semuanya sama saja.. seolah2 dia yang berdiri di hadapanku. namun apa yang membezakannya, cuma mulutnya terlebih peramah, berbeza dari dia..atau mungkin di depanku, dia pendiam, bila di belakangku...siapa tahu??mi.. bi tetiba je rindu kat mi.. FULL STOP! cukuplah sudah jangan ku layan rasa ini, kelak memakan diri...

Tuesday, March 22, 2011

BUAT MY 2ND AUTHOR..

assalamualaikum ya ukhti... ku doa padaNya yang Maha Esa, moga kau diberikan hidayah dan redha dariNya.. insyaAllah.

Ukhti, aku harap, kau masih bisa menyumbang sesuatu untuk tatapanku dan para pembaca sekalian. Aku juga berharap, kau masih bisa dan masih berkeinginan untuk menulis sesuatu untuk ku jadikan bekalan buatku kelak. Sesungguhnya, apa saja yang lahir dari hatimu dan kau paparkan di paparan ini amatlah bermakna untukku jua.

Ukhti, aku sangat berbesar hati dengan adanya dirimu di sisi aku.. Saat aku benar-benar memerlukan sumber kekuatan, kau hadir memberikan aku tongkat untuk berpaut. Justeru itu, masakan kau tega untuk menjauh dari paparan yang kita bina ini. Mungkin aku bertindak keterlaluan dengan mengubah gaya penulisanku..bahkan aku menambah gadget yang pada dirimu tidak selari dengan corak dan gaya penceritaan kamu. Maafkan aku ya.. Aku cuma ingin mencari siapa diriku yang sebenarnya, dan alhamdulillah, ku temu diriku dengan cara aku mendekatkan diri ini pada penciptaku..

Ukhti, segala pendapat dan luahan dari mu ku harap kau teruskan.. Teruskanlah.. jangan pernah berhenti.. Dan aku pohon, seandainya aku sudah tiada, seandainya aku pergi dahulu dari mu, jangan pernah berhenti berkarya.. Jangan pernah berhenti menyumbang sesuatu buat tatapan dan panduan orang lain.. Jadilah lilin yang menerangi kegelapan.. Jadilah pembimbing dan pendidik, walaupun didikanmu kau anggap cuma sekecil hama.. namun besar impaknya..

Ukhti, persahabatan yang terjalin antara kita insyaAllah, akan ku siram dengan baja.. Ukhwahfillah ini takkan terputus sampai bila-bila, walaupun jarak dan dimensi masa kelak. Aku berjanji. kaulah sahabatku, dunia dan akhirat... InsyaAllah... 

Monday, March 21, 2011

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

It has been quite some time here. Everyone is stressed out bout work right now. Everyone is having the hard time finishing their things. I am having my hard time as well, how come u can yell at me when for you i annoyed u. have u thought that u too are annoying me along the way and i just kept myself shut just not to make things worst? u yelled at me with everyone in the office? what? u were not aware of that? u can't see those people around? Thank you for being so ignorant and being so positive doing that to me.

i am trying my best to handle my pressure right now and my anger towards you. never let it burst for it may made you day worst.

Sunday, March 20, 2011

Hidayah dariNya...

Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.

Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.

Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.

Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”

Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.

Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.

Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .



Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.


Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.



Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.

Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.

Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.

Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.



Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.



Inilah satu peristiwa..

p/s : Kisah ini ana ambil dari halaman Halaqah.net dengan izin penulisnya. InsyaAllah, moga kisah ini memberi kita petunjuk akan kekuasaanNya. Ana juga hampir menitiskan airmata.. Airmata yang penuh dengan kemungkaran.. Ya Allah, ampunilah dosa2 keluargaku, sahabat handai, teman2ku jua.. Ampunilah aku.. hambaMu yang hina ini..amin