assalamualaikum...alhamdulillah, selesai juga sesi RAC kali ini.. alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun dengan kecederaan yang aku alami.. ish..
RAC kali ini, aku memang tidak akan menyangka akan bertemu dengan insan yang 'sebijik' wajahnya saling tak tumpah akan seseorang. pada mata kasarku, semuanya sama saja.. seolah2 dia yang berdiri di hadapanku. namun apa yang membezakannya, cuma mulutnya terlebih peramah, berbeza dari dia..atau mungkin di depanku, dia pendiam, bila di belakangku...siapa tahu??mi.. bi tetiba je rindu kat mi.. FULL STOP! cukuplah sudah jangan ku layan rasa ini, kelak memakan diri...
Wednesday, March 30, 2011
Kenangan di RAC Kg. Kemensah
Posted by adeq at 12:47 AM 0 comments
Tuesday, March 22, 2011
BUAT MY 2ND AUTHOR..
assalamualaikum ya ukhti... ku doa padaNya yang Maha Esa, moga kau diberikan hidayah dan redha dariNya.. insyaAllah.
Ukhti, aku harap, kau masih bisa menyumbang sesuatu untuk tatapanku dan para pembaca sekalian. Aku juga berharap, kau masih bisa dan masih berkeinginan untuk menulis sesuatu untuk ku jadikan bekalan buatku kelak. Sesungguhnya, apa saja yang lahir dari hatimu dan kau paparkan di paparan ini amatlah bermakna untukku jua.
Ukhti, aku sangat berbesar hati dengan adanya dirimu di sisi aku.. Saat aku benar-benar memerlukan sumber kekuatan, kau hadir memberikan aku tongkat untuk berpaut. Justeru itu, masakan kau tega untuk menjauh dari paparan yang kita bina ini. Mungkin aku bertindak keterlaluan dengan mengubah gaya penulisanku..bahkan aku menambah gadget yang pada dirimu tidak selari dengan corak dan gaya penceritaan kamu. Maafkan aku ya.. Aku cuma ingin mencari siapa diriku yang sebenarnya, dan alhamdulillah, ku temu diriku dengan cara aku mendekatkan diri ini pada penciptaku..
Ukhti, segala pendapat dan luahan dari mu ku harap kau teruskan.. Teruskanlah.. jangan pernah berhenti.. Dan aku pohon, seandainya aku sudah tiada, seandainya aku pergi dahulu dari mu, jangan pernah berhenti berkarya.. Jangan pernah berhenti menyumbang sesuatu buat tatapan dan panduan orang lain.. Jadilah lilin yang menerangi kegelapan.. Jadilah pembimbing dan pendidik, walaupun didikanmu kau anggap cuma sekecil hama.. namun besar impaknya..
Ukhti, persahabatan yang terjalin antara kita insyaAllah, akan ku siram dengan baja.. Ukhwahfillah ini takkan terputus sampai bila-bila, walaupun jarak dan dimensi masa kelak. Aku berjanji. kaulah sahabatku, dunia dan akhirat... InsyaAllah...
Posted by adeq at 9:51 PM 0 comments
Labels: My friend - T.E.O-
Monday, March 21, 2011
::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::
It has been quite some time here. Everyone is stressed out bout work right now. Everyone is having the hard time finishing their things. I am having my hard time as well, how come u can yell at me when for you i annoyed u. have u thought that u too are annoying me along the way and i just kept myself shut just not to make things worst? u yelled at me with everyone in the office? what? u were not aware of that? u can't see those people around? Thank you for being so ignorant and being so positive doing that to me.
i am trying my best to handle my pressure right now and my anger towards you. never let it burst for it may made you day worst.
Posted by Resha Valentine at 1:47 PM 2 comments
Sunday, March 20, 2011
Hidayah dariNya...
Pada setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para jamaah di Masjid
Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan keluar ke bandar untuk
mengedarkan risalah bertajuk “Jalan Ke Syurga” dan juga menyampaikan ceramah agama.
Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan keluar untuk mengedarkan risalah.
Bagaimanapun pada petang tersebut keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat lebat.
Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata “OK ayah, saya sudah bersedia”.
Ayahnya berkata “Bersedia untuk apa?”.
Budak itu menjawab “Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku tentang Islam ini”.
Ayahnya membalas “Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat pulak”.
Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, “Tetapi ayah, adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?”
Ayahnya menjawab, “Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..”.
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, “Ayah, boleh tak benarkan saya pergi?”.
Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, “Anakku, awak boleh pergi.
Bawalah buku ini semua dan berhati-hati” .
Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan.
Budak sebelas tahun ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar.
Dia memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.
Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu naskhah padanya.
Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk hingga ke tulang.
Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut.
Namun keadaan di situ lengang.
Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di lorong itu.
Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut.
Bila sampai di pintu hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan.
Dia tunggu lagi tetapi masih tiada jawapan.
Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya.
Dia kembali ke pintu itu dan menekan lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya supaya jangan pergi.
Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini dengan perlahan pintu dibuka.
Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah kesedihan.
Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, “Apa yang boleh saya bantu awak, wahai budak?”.
Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi, budak itu berkata,
“Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu makcik.
Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan sentiasa melindungi makcik.
Saya datang ini hendak memberikan sebuah buku yang terakhir ada pada saya ini.
Buku ini menerangkan semua tentang Tuhan,
tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai kebahagiaan daripada-Nya” .
Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk balik.
Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata,
“Terima kasih ya anak dan semoga Tuhan memberkatimu” .
Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah agama seperti biasa.
Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya,
“ Ada sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?”.
Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker,
“Tiada di kalangan jemaah yang berkumpul ini mengenali saya.
Saya tidak pernah hadir sebelum ini.
Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya.
Suami saya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,
meninggalkan saya sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini.”
Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat,
saya telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk hidup.
Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki loteng di rumah saya.
Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi,
hujung tali satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya.
Sambil berdiri di atas kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati.
Saya hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat bawah dan saya tersentak.
Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan pasti orang itu akan pergi.
Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng semakin kuat dan bertubi-tubi.
Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan kuat.
Saya berfikir sendirian lagi “Siapalah di muka bumi ini yang boleh buat begini?
Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa dengan saya”.
Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke pintu hadapan.
Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.
Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang bersinar wajahnya seperti malaikat,
tidak pernah saya jumpa sebelum ini di dalam hidup saya.
Budak itu tersenyum.
Oh! Saya tidak dapat hendak gambarkan kepada anda semua.
Perkataan yang keluar daripada mulutnya menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula, seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.
“Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi dan sentiasa melindungi makcik”. Kemudian dia memberikan kepada saya sebuah buku bertajuk “ Jalan Ke Syurga” yang saya sedang pegang ini.
Bila “malaikat kecil” itu telah pulang meredah sejuk dan hujan,
saya menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis di dalam buku tersebut.
Kemudian saya naik semula ke loteng untuk mendapatkan semula tali dan kerusi.
Saya tak perlukannya lagi.
Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini,
saya sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya,
yang dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam neraka.
Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata.
Mereka melaungkan TAKBIR…ALLAH HU AKBAR…gemaan takbir bergema di udara.
Imam iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan di mana
“malaikat kecil” itu sedang duduk.
Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya.
Mungkin tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih sayang dan penghormatan terhadap anaknya.
Inilah satu peristiwa..
p/s : Kisah ini ana ambil dari halaman Halaqah.net dengan izin penulisnya. InsyaAllah, moga kisah ini memberi kita petunjuk akan kekuasaanNya. Ana juga hampir menitiskan airmata.. Airmata yang penuh dengan kemungkaran.. Ya Allah, ampunilah dosa2 keluargaku, sahabat handai, teman2ku jua.. Ampunilah aku.. hambaMu yang hina ini..amin
Posted by adeq at 8:24 PM 0 comments
Labels: Kisah
Saturday, March 19, 2011
Sekadar renungan...
apa dayaku untuk membenci seseorang, walhal aku juga hina..
CINTA dan SAHABAT datang dan pergi..
Hargai SAHABAT..hargai CINTA..
yang penting.. hargai CINTA pada DIA Yang Kuasa.. insyaALLAH..
Posted by adeq at 1:58 PM 0 comments
Thursday, March 17, 2011
Ana redha...
Alahamdulillah.. selesai sudah 2 kertas untuk minggu ini... Ana nak siapkan diri untuk 4 kertas minggu hadapan pula.. alhamdulillah... Ana redha.. walaupun ada silap di sana dan sini, namun ana ikhlaskan semuanya..
Apa yang dapat ana kongsikan dan rumuskan untuk apa yang terjadi sepanjang minggu ini, walaupun masih bersisa..penuh dengan ujian dan dugaan.. Ana tahu, apa saja yang Allah turunkan itu, ana mampu hadapinya... alhamdulillah... Itu tanda Dia sayangkan ana.. alhamdulillah..
Ana ikhlaskan semuanya.. bagi ana, cukuplah ana padamkan segala-galanya dalam memori ana ni.. Cukuplah.. ana dah tak larat. Ana pun dah xmahu mendesak.. Ana ikutkan saja apa yang berlaku.. Tentu Allah Maha Mengetahui.. InsyaAllah.. tentu ada jalan untuk ana nanti.
Ana perlu kuatkan semangat ana untuk akhiri apa yang ana dah mulakan sejak 2 tahun yang lepas. InsyaAllah.. Biar ana seorang yang tanggung silap ini sendirian. Bukan salah teman2 ana.. Walhal mereka pun dah acapkali nasihatkan ana...tapi ana ingkar.MasyaAllah..Sahabat2, maafkan ana ya..Ana terlalu asyik dengan bisikan nafsu.
Cuba buat dan anggap tiada apa yang berlaku.. mungkin itu yang sepatutnya ana lakukan saat ini.. Ya Allah, berilah ana kekuatan...Ana hamba yang lemah.. jauhkan ana dari bisikan2 itu..AMINN
Posted by adeq at 11:29 PM 0 comments
Wednesday, March 16, 2011
Just to share..about weed.
Posted by adeq at 12:29 AM 0 comments
Labels: notes
Tuesday, March 15, 2011
أنا ضعيفة الإنسان
نحن الناس العاديين فقط.
أخطاء متكررة في هذا العالم..
غالبا ملطخة رغباته..
خسر امام الشيطان..
Posted by adeq at 12:33 PM 0 comments
Friday, March 11, 2011
kita insan biasa
Posted by adeq at 1:46 PM 0 comments
Tuesday, March 8, 2011
Disaat aku mencintaimu..
Posted by adeq at 10:06 PM 1 comments
Labels: aydizah, layan jiwa, layan lagu
Monday, March 7, 2011
Semuanya Kerana Allah
Posted by adeq at 1:23 PM 0 comments
Tuesday, March 1, 2011
::FOR YOU::
Life is not bed of roses. There may be ups and downs in life. You just gotta move on and keep the faith in u..
Of a place where nothing's harder than it seems
No one ever wants or bothers to explain
Of the heartache life can bring and what it means
When there's no one else
Look inside yourself
Like your oldest friend
Just trust the voice within
Then you'll find the strength
That will guide your way
If you will learn to begin
To trust the voice within
Posted by Resha Valentine at 12:32 PM 0 comments
S.T.A.N.D
To my dearest friend..
The road has been tough for you and i believe you have to go thru a lot of hardship in order for you to stand up today. Worry less my dear, leave it all to Allah and be tough. I believe you will be able to find whatever you need in life.
Do not forget.. "Allah takkan menguji hamba-Nya di luar kemampuan hamba-Nya itu.." Sorry if i did not put it in the right way but somehow i bet you know what was i trying to convey there. =)
Here's a song lyrics that i listen when i'm down and when i needed somebody but there's no one around..
Just like a picture with a broken frame
Alone and helpless
Like you've lost your fight
But you'll be alright, you'll be alright
Cause when push comes to shove
You taste what you're made of
You might bend, till you break
Cause its all you can take
On your knees you look up
Decide you've had enough
You get mad you get strong
Wipe your hands shake it off
Then you Stand
With the end ripped out
The edge of a canyon
With only one way down
Take what you're given before its gone
Start holding on, keep holding on
Every time you get up
And get back in the race
One more small piece of you
Starts to fall into place
Posted by Resha Valentine at 12:28 PM 0 comments
Labels: ::STAND::FRIEND::
seolah esok tiada lagi..
assalamualaikum.. saja aku pilih tajuk post kali ini.. "seolah esok tiada lagi".. apa pun yang penting buatlah sesuatu sebaik mungkin hari ini, seolah2 esok adalah penamat untuk kita.. sibukkan diri semaksima mungkin seolah2 inilah terakhir kalinya kita begini.. ketawalah sepuas hati bersama teman2 seolah2 esok tangisan mengiringi kita.. apa pun yang penting, sayangilah insan yang menyayangi dan menghargai kita seolah2 esok tiada lagi peluang kedua untuk mengecap bahagia.
"seolah esok tiada lagi"
p/s : annur hidayah aku sentiasa berdoa dan berharap kau temukan bahagia dalam apa jua jalan yang kau pilih.. semoga cahayamu akan terus menyinari mereka yang memerlukannya.
p/s : ros hijau aku hanya mampu berharap kau juga berjaya dalam apa jua yang ingin kau ceburi.. jangan cepat berputus asa dan mengalah.. selagi kau belum tewas dalam perjuanganmu.. insyaAllah, kebahagiaan pasti akan jadi milikmu dan semoga kau berhak disayangi dan memiliki..
p/s : aydizah tiada yang mampu ku tinggalkan untukmu selain aku membawa pergi semua kenangan antara kita.. sesungguhnya tiada yang lebih menarik dalam hidup ini selain mengenali dan membahagiakanmu. maafkan aku kerna tidak cukup sempurna buatmu..
Posted by adeq at 12:38 AM 0 comments