BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 29, 2011

best tahap melampau

assalamualaikum..

menghabiskan malam minggu bersama BFF memang seronok. apatah lagi bila pergi menonton wayang, 'Pirates of The Caribbean - On Strangers Tides' 3D memang best. awal2 lagi aku dah bantai terkejut. segannya... mak bagi keluar malam tu pon mungkin sebab dah lebih dua minggu aku just habiskan masa ngan family matter je kot. so, bila balik sampai 12 tu kira standard la.. huhu

bajet nak anta dia balik, tapi tetiba hatiku teringin nak rasa teh mamak.. so, pecut la Deqman kesayangan aku ke Zubaidah MiTc.. huhu.. aku memang gembira sangat dapat jumpa dia. bila jumpa sebulan sekali ni, barulah ada kemanisannya.. banyak cerita nak di kongsi bersama.. hehe.. i miss u bebeh.. thanks banyak2.. nanti bila aku dah start kerja its my turn la utk payung ko. huhu

di pagi yang hening tu.. dapat message dari DIA... kenapalah dia still nak message aku kalau betul2 nak lupakan aku.. please lah.. aku akan pilih kawan dan hidup hanya dengan kawan berbanding aku pilih DIA dan aku hilang kawan2.. cukuplah.. aku redha sendiri..kerna ada keluarga dan kawan2 di belakangku.. huhu bajet poyo la ayat aku ni.. tapi even aku deny camne pon, sakit di tinggalkan tetap terasa.. sakit putus cinta, kecewa dan di kecewakan tetap ada.. parutnya masih berdarah sampai kini..lukanya masih membuatkan aku merana dan menangis sendirian..xpelah.. asalkan aku mampu atasi semua tekanan ini..insyaAllah..

by the way, aku nak nyatakan sekali lagi bertapa aku insan bertuah di dunia kerna dikurniakan sahabat yang superb. huhu

Wednesday, May 25, 2011

Alhamdulillah atas ujian ini..

Assalamualaikum.. alhamdulillah.. ku panjatkan rasa syukur kehadrat Illahi kerana dengan adanya ujian dan dugaan, menjadikan aku insan yang lebih tabah dan kuat. Hari ni.. pagi tadi sepatutnya aku menghadiri temuduga di Majlis Perbandaran Putrajaya... namun atas dugaan yang diturunkan kepadaku, aku redha dan ikhlas melepaskan temuduga itu. Biar ku beri peluang pada mereka yang benar2 layak dan menginginkan jawatan itu..

Petang kelmarin, anak saudaraku di serang demam panas...dia kekejangan.. ku pandu kereta kurang 5 minit untuk ke hospital. Aku takut sangat ketika itu bila ku lihat nafasnya sudah tiada.. Hanya Tuhan saja yang tahu isi hatiku tatkala itu..

Mak pula, mungkin terlalu banyak bebanan yang terpaksa ditanggung, semakin tidak sihat. Malah, mak di syaki dengi.. Ya Allah, begitu berat beban yang Kau beri.. Namun aku sedar, semua itu punya hikmahNya.. Sehingga aku menulis saat ini, Iqbal masih lagi di hospital. Doktor kata, dia masih belum boleh dibenarkan pulang ke rumah.. Mak pula, petang ni akan ku hantar ke klinik lagi.. nak kena ambil darah lagi. Kesian kat mak.. Humairah pun dah mula demam.. Ayah tak cukup tidur dan tak menang tangan jaga dia... Kesian kat ayah..

So, aku kenalah kuatkan diri aku ni. Kena kekalkan kesihatanku di tahap semaksima mungkin. Aku cuba sedaya upaya pujuk hati ini untuk lupakan kesakitan yang ada. Semuanya demi keluarga.. Sejak adikku mendaftar di UiTM sabtu lepas, aku seolah-olah patah kaki sebelah... Aku harus akui, bila dia ada kami sering bertengkar walaupun hal yang remeh... namun adanya dia, beban kerja dapat dibahagi 2.. tapi kini..semuanya terletak di bahuku sendirian.. Aku bukan merungut bilamana cuti semester 4 bulan ini terpaksa ku habiskan di rumah sahaja.. Aku redha. Lagipun, aku bukannya perlukan wang yang banyak untuk topup dan sebagainya kerna bagiku kini kegunaan handphone tak lebih hanya untuk keluargaku sahaja....... terima kasih kerana kau pergi dari hidupku..

Aku cuma mampu berharap, dengan adanya masa senggang di rumah ini, aku mampu menyiapkan tulisan ku yang telah tertangguh sekian lama...

Alhamdullillah terima kasih duhai Tuhanku.. Aku bersyukur..

Saturday, May 21, 2011

Something for Nothing

Teruskan menulis andai menulis itu mampu membuatkn anda lupa pada masalah anda..All the best 2 u..

Monday, May 16, 2011

It is the beginning...InsyaAllah

Bismillah..
Assalamualaikum w.b.t.

Salam buat semua. Tidak salah rasanya andai aku mula menulis sesuatu di sini. Aku hanya ingin menyahut cabaran dari teman2..agar aku bisa memapar dan berkongsi tulisanku untuk kritikan semua.

Doakan agar usahaku ini mendatangkan sesuatu buatku. Jika dengan menulis ini bisa membuatkan hatiku menjadi lebih tenang....

Sunday, May 8, 2011

Aku kecewa...........

Aku just nak list down kat sini kenapa aku rasa sungguh kecewa hujung minggu ni..

  1. Aku kecewa sangat ngan no IC aku.. ish.. x patot betul la.. Kenapa la xde yang tahu, sape2 yang lahir tahun 1986 memang special sket. Misalnya, yang lahir kat Melaka, patut kod 04, tapi die pi bubuh 30.. ish...dan alasan aku x dapat jawatan tu sebab ingat aku orang indon adalah tidak WAJAR.. so orang2 SPA.. please la tengok dan pastikan ikut surat beranak ye..
  2. Bengang sangat bila dapat call dari sorang kawan aku... "Wei sok ko nak gi x rumah_________ ngan aku. Kita saing eh." Ish.. mane la x bengang.. Aku bukan kisah pon kalau nak kawen jemput ke x. Tapi masalah kat sini sekarang lain.... erm xde yang faham kot apa aku rasa.. Tipu sangat la kalau aku cakap aku x kecik ati.. even aku dah bagitau hati aku ni dah mati, so xde la nak rasa pape...
  3. Yang ni, rasa sape yang tau cite ni dari awal akan tahu aku bengang sangat ngan sape.. ish.. die tu.. x tau ke hari ni hari ibu.. dah la x wish. Blanje mak pon xde.. gila punya anak.. ish.. memang x patot..
  4. Ermm aku rasa yang perasaan bengang yang lain biar aku simpan sorang. Lagipon x la sekuat kebengangan aku pada 3 perkara ni. Ish..
p/s : so pasni sape je nak kawen ke pe, x yah bagitau aku. padam je name aku dalam list friendster or fb korang.. ade aku kesah...........!

Wednesday, May 4, 2011

InsyaAllah



Assalamualaikum..

Thanks sebab selalu ada untuk aku. InsyaAllah, aku akan pastikan aku tidak kembali ke jalan kemungkaran lagi...doakanlah aku ya.. Aku terlalu takut dengan azab neraka yang Allah janjikan untuk mereka yan kufur dan ingkar akan suruhanNya.. dan aku tidak mahu masuk di kalangan orang yang sedemikian...

Memang susah.. walaupun dah 9 bulan berlalu, memang susah untuk aku cuba lupakan segala-galanya.. Tapi mungkin juga, masa pengubat segalanya, insyaAllah. Aku hanya perlu yakin akan janji Allah.. Setiap dari kita kan memang telah dijadikan berpasang-pasangan... Tentu ada di luar sana jodoh yang sesuai denganku kelak. Aku hanya perlu menunggu..kerana aku sudah terlalu malas untuk mencari.. huhu..

InsyaAllah.. aku janji, aku buang segala kenangan antara kami dulu..aku sudah cukup terseksa dan merana setiapkali terkenang akan kenangan itu... Aku sudah tidak mampu untuk bersedih dan meratapi pemergian dia dari hidup.. Cuma yang aku inginkan tika ini adalah sebuah ketenangan.. insyaAllah aku akan dapatkan ketenangan itu bersama teman-teman dan keluarga tercinta..

Apa yang terjadi..memang tidak mampu untuk ku ubah. Ia sudah jadi sejarah lama.. biarkan sejarah itu terkubur bersama sebuah perhubungan yang tidak menjadi itu. Hari esok adalah hari baru untuk aku memulakan sejarah baru dalam hidupku..insyaAllah..

Tuesday, May 3, 2011

::FROM THE DESK OF THE 2ND AUTHOR::

W'salam..

Dear, pls la xmo mcm ni..aku xmo ko jatuh lg skali..n aku xmo ko blk pada dlu..just stay strong please..mmg snang utk aku ckp tp ko yg kna buat..sorry..kuatkn semangat ko..mmg aku xkn ade sblh ko sentiasa n aku xkn ade utk ko sepanjang masa..aku admit tu..kite ade life masing2 beb..tanggungjawab aku sbg kawan adlh utk make sure ko x sesat..