BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 12, 2017

Andai ku punya 'Mesin Masa'

ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Salam ukhwah buat semua yang mengenali diri ini. Alhamdulillah, bulan berkat, bulan penuh barokah, penuh kemuliaan telah berlalu dan tentu saja aku akan merinduinya kelak biarpun ibadah ku sendiri tidaklah seberapa.. Walhal, aku telah berjanji, untuk melakukan sebaik mungkin.. tetapi... Aku hanya mampu berdoa biarlah ianya bukan Ramadhan terakhir buatku..

Andai ku punya mesin masa...erm akan ku kembali ke masa silam, zaman muda remaja, zaman kanak-kanak yang penuh gelak tawa. Aku sungguh bahagia ketika itu. Walaupun kadangkala aku berfikir alangkah indahnya menjadi orang dewasa, kerna orang dewasa boleh melakukan apa saja tanpa dikongkong oleh ibu dan ayah. Orang dewasa ada wang, boleh beli apa saja yang diingini oleh mereka.

Namun segalanya berubah tatkala aku menginjak ke usia remaja, melangkah ke satu tahap di mana kunci kebebasan sudah terpampang di depan mata. Segala-galanya menjadi begitu rumit dan mengelirukan. Segala kegembiraan zaman kanak-kanak bertukar dengan masalah yang bertimpa-timpa minta diselesaikan.

Terkadang aku merasakan alangkah indah andai fasa pertumbuhan terhenti setakat usia kanak-kanak.


12 tahun lalu... buah ini ku kutip..lantas ku tanyakan pada seorang fasi yang mengiringi kami ketika itu, "Abang, ini buah apa?" Fasi itu hanya tersenyum dan menjawab, " Oh, ini buah telinga kera. Nampak tak rupa dan bentuk cm telinga?" Tapi nampak sangat muka fasi tu cam tipu je. Tapi takpelah, aku kutip buah itu, dan setiap hari ku genggam. Kiranya itulah buah tangan paling bermakna yang ku dapat dari UPM compared dengan yang lain. Setiap hari, kalau ada masalah or apa je, aku pasti akan pegang kuat-kuat buah tu. Nasib baik keras. Bagiku, ia dah macam dorongan untuk aku maju ke depan. Aku tanamkan hasrat dan niat untuk menjejakkan kaki sekali lagi di UPM, tapi kali ini bukan sebagai peserta program atau peserta lawatan sambil belajar atau apa saja, tetapi, aku berjanji pada diriku sendiri... Aku pasti akan kembali di sini, sebagai mahasiswa...Itu janjiku.

Kiranya, masa di form 6 dulu, walaupun aku banyak bermain dan sibuk dengan pelbagai urusan, aku masih tidak lupa tujuanku. Aku kena berjaya dan dapat keputusan cemerlang, so, nanti tentu aku akan diterima masuk di UPM. Tapi, siapalah aku ni nak tentukan hari depanku kelak... Perancangan Allah siapa jer yang tahu, kan. Perjalanan hidupku begitu jauh dan panjang. KIra aku kena la kerja extra untuk capai apa yang aku impikan.

Terkandas di paper Mathematics T menyebabkan result STPM aku tidak lah secemerlang mana. Aku juga hampir berputus asa. Aku gagal dalam hidup ini. Kawan-kawan ramai yang berjaya. Aku?? Ketika ini aku mula menyalahkan takdir. Astagfirullah.. aku tidak bersyukur dengan ketentuan Allah..sehinggalah aku tersedar dari lena yang panjang ini.. Ya, aku perlu bangkit dari kegagalanku.. 3 tahun di KRISM dah banyak mengajarku tentang tujuanku hidup di dunia.. aku tidak mempersiakan peluang yang ada. Aku tidak mahu dimalukan di kalangan teman2..

Bila aku dapat tahu aku berjaya juga menjejakkan kakiku sebagai mahasiswa..genggaman terakhirku pada buah ini.. mungkin buah ini pon sudah tidak tahan dengan peganganku..pecah mesokarp nya..

Tuesday, March 11, 2014

Saranghae...

Assalamualaikum....

Saranghae... hmm kalimah yang sering terucap di bibirku sejak akhir-akhir ini. Hmm.. orang tengah bahagia lah katanya.... hmm.. Aku memang benar-benar diulit rasa rindu dan bahagia.. Kenapa ya agaknya... hmm.. aku rasa bahagia dengan kehidupan yang sedang aku lalui kini. Hidup tenang di samping ayah dan mak yang sememangnya berkeinginan untuk aku bersama mereka. Alhamdulillah... Impian mereka termakbul jua.. Hidup aku juga lebih bahagia dan gembira.. Almaklumlah, sekarang ini aku dah mampu nak beli apa saja untuk keperluan diri, tanpa perlu menagih simpati dari ayah... yang aku rasa malu dan berat hati ketika meminta agar keinginan aku ditunaikan beliau.. huhuhu.. Aku dah boleh bawa setingkat lebih tinggi taraf keluargaku... semuanya berkat doa dan restu ayah dan mak..

Saranghae... hmm namun, dalam hati ini pon rasanya macam dah bertaman-taman.. huhuuu.. camna ya nak kata.. hmm aku senang dengan perhubungan ini. Biarlah apa orang nak kata... tapi aku cukup bahagia.

Cinta jarak jauh antara kami ini mungkin satu hikmah bagiku untuk menjaga perhubungan ini dari melebihi batasnya.. insyaAllah...

So.... nak ucap lagi.. saranghae.. sarang.. saranghaeyo... Conan edogawa ku...

Thursday, September 26, 2013

Điều kỳ diệu trong phòng giam số 7-Miracle in Cell No 7-Full Việt Sub- E...

Wednesday, August 14, 2013

Dia masih menyayangi..

Assalamualaikum..

Lama juga aku menyepikan diri.. Semuanya gara-gara huru hara yang melanda hidup sejak kebelakangan ini. Ketika aku menulis nota ini, aku tidak lagi berada di tempat biasa... Aku kini di tempat yang serba baru.. suasana baru yang belum pernah aku alami. Aku tinggalkan semuanya terumbang-ambing di sana.. Bukan niat ini ingin melarikan diri dari setiap permasalahan yang pernah aku timbulkan.. Bukan juga ingin melarikan diri dari memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan. Semua pilihan ini tidak kulakukan dengan hati yang rela.. kerna semuanya adalah pilihan keluarga. Aku sedar, restu ibu dan ayah itu lagi penting. Walaupun apa yang aku tinggalkan itu sudah hampir berada dipenghujung, pengakhiran untukku beroleh ijazahku... ijazah yang aku dambakan.. Namun, demi mereka, aku rela, aku pasrah.. Mungkin inilah caranya untuk aku kembali ke fitrah.. Allahuakbar.. Astagfirullahalazim... Aku telah jauh terpesong dari jalanNya.. Mungkin inilah caranya Dia menyelamatkan aku dari terus hanyut dalam dosa yang tidak berkesudahan.. Allahuakbar.. Dosa yang entah bila akan terampun.. Kini, hidupku lebih teratur.. di samping keluarga... dan tentu saja, kembali normal..Biarlah orang kata aku anak emak atau apa saja.. Tentu saja kini, aku harus berjaga-jaga dan sedar akan keadaan sekeliling sekiranya aku ingin melakukan sesuatu yang ketika dulu aku begitu seronok melakukannya.. kerna......banyak mata yang bisa memerhati setiap tingkah laku ini.. Allahuakbar.. inilah caranya Kau menunjukkan kasih sayangMu padaku... dan bertuahnya hidup ini.. kerna bisa menyedari setiap dosa yang pernah aku lakukan.... Ampuni aku ya Allah... aku hanyalah hamba yang lemah lagi hina.. yang tidak pernah terlepas dari melakukan dosa..

semuanya pasti berubah.....

assalamualaikum..

Dah lama sangat dah aku tak menulis sesuatu untuk blog ini. mungkin sebab dah terlalu sibuk dengan kehidupan baru... so, sampai aku sendiri seakan sudah tiada masa nak meluahkan apa yang terbuku di dalam hati..

more than 11 years ok.. aku harapkan kau akan faham dengan sikap aku.. faham dengan semua perbuatanku.. faham dengan situasi yang berlaku... cuba untuk mengerti.. walaupun hatimu tidak ingin memahami kenapa dan mengapa aku mengambil tindakan sebegini... tapi.... nampaknya tempoh ini masih belum membuka segala pekung di dada.. masih belum cukup untuk memutikkan semua perasaan dalam jiwa kau tentang siapa aku sebenarnya....

aku tak pernah mintak kau faham dengan diri ini.. aku tak pernah minta kau jadi hakim yang menghakimi setiap kekhilafan yang aku lakukan... aku tidak pernah bertindak menghakimi setiap tindak tanduk dan perbuatan kau selama ini... aku cuma minta kau menerima aku seadanya........

11 tahun,.... suatu masa yng rupanya umpama 11 bulan... atau mungkin 11 jam.... or bahkan 11 minit yang mana masih belum cukup untuk kau memahami ku... dan aku pula hanya memerlukan 11 saat, untuk menilai siapa kau yang sebenarnya....

ok. fine.. selama ini aku tidak penah anggap persahabatan yang aku hulur ini akan memberi 1001 makna diantara kita...

Thursday, April 18, 2013

Kenapa mudah sangat...

Assalamualaikum w.b.t.

Kenapa lah mudah sangat nak pergi.. Mudah sangat nak memutuskan sebuah ikatan persabahatan. Hmm.. bukan ape.. tiba-tiba je hati ni jadi begitu sayu sekali.. Mudah sangatkan kau ambil keputusan untuk pergi.. Mudah sangat kau berpaling tadah meninggalkan aku.. Walhal, selama ini, bukannya kau tidak tahu isi hati ini..

Tiba-tiba je, bulu mata sebelah kanan ku gugur.. Ermm tu petanda ada yang merindu.. Tapi, siapakah yang sudi dan ingin merindui diriku? Hmm.. Mungkin itu tak penting untuk ku ketahui. But serious.. aku merindui seseirang..Ops bukan hanya seseorang.. tetapi aku merindui pada mereka yang pernah mendampingi hidupku.. Pada mereka yang pernah rapat denganku..

Tapi, kenapalah mudah sangat orang-orang ini menjauhkan diri dariku? Apa salah dan mana silapnya? Aku sunyi sangat.. sunyi dan rindukan mereka. Sekarang ni dah famous WeChat, Wassup dan sebagainya..Alangkah indah dan bagus kalau hati ini boleh berWeChat atau Wassup dengan mereka.. Cukuplah andai aku tahu bahawa diri ini tidak pernah dilupakan.. Cukup andai mereka menyedari keberadaanku saat ini.. Cukup andai mereka tahu bahawa aku amat-amat merindui mereka..

To NH, walaupun kisah antara kita sudah berabad lamanya, kisah ini akan kekal dalam lipatan ingatanku.. Thanks for everything. Untuk VC a.k.a E, aku masih menunggu jawapan atas pemergianmu..

Friday, April 12, 2013

Andai itu takdirnya

Assalamualaikum w.b.t

          Tajuk je dah macam lagu.. hmm tapi maaflah ye, post ini bukan lah lagu.. Begitu lama aku menyepikan diri dari sebarang bentuk penulisan. Kesibukan dan pelbagai lagi masalah yang melanda diri aku sepanjang tahun 2012. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Walaupun bukan seperti yang aku dambakan. Namun aku yakin semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.
           Alhamdulillah.. aku masih diberi ruang dan kesempatan waktu olehNya untuk terus berusaha memperbaiki kelemahan diri. Walaupun pada mulanya aku rasa begitu lemah, murung, tidak yakin dan bermacam-macam perasaan negatif yang menyelubungi, namun, berkat adanya sokongan moral dari keluarga dan rakan-rakan yang memahami dan banyak membantu, akhirnya, aku bangkit..alhamdulillah...
              Aku yakin, jodoh pertemuaan adalah kerja Tuhan.. Namun, seandainya tiada jodoh buatku di dunia ini, aku yakin, dia menungguku di syurga.. insyaAllah.. Dan seandainya itu takdir yang memang telah tertulis buatku, aku redha dan pasrah. Walaubagaimanapun, doa, ikhtiar dan tawakal harus terus ku lakukan.. Moga-moga aku akan terus istiqomah dalam menjalani hidup yang penuh singkat ini. InsyaAllah.. 

'Rabbana hablana milladunka zaujan thayyiban wayakuna shahiban lii fiddini waddunya wal akhirah'

Ertinya:
'Ya Tuhan kami, berikanlah kami pasangan yg terbaik dari sisiMu, pasangan yg juga menjadi sahabat kami dlm urusan agama, urusan dunia & akhirat.
            
 

Bungkus rapat-rapat

Assalamualaikum..

Ha ha ape lah tajuk post aku ni.. "Bungkus rapat-rapat".. erm actually just nak bagitahu.. aku nak bungkus rapat-rapat semua kenangan antara kita.. Semua kenangan pahit manis tu, aku nak simpan dalam muzium hati ini.. Then, aku nak seal rapat-rapat, so, pintu muzium ni takkan pernah terbuka lagi.. Please la.. aku dah tak larat nak sedey2.. taceng2.. merana sampai abaikan study aku ni.. please la... Kau yang dah pergi tinggalkan aku ni, so, tak payah la susah2 nak message or call aku bertanyakan khabar. Stop it, okay..
Dah terlalu payah untuk aku nak melupakan semua tentang kau.. senyuman dan tawa riang kau, lirik mata kau, sifat dan perangai kau tu.. ish ish.. Udah ler yeop.. So, please la.. aku harap antara kita ni, takkan pernah ada apa2, takkan terjadi apa2, dan anggap tak pernah jadi apa2.. Aku doa kau bahagia dengan hidup kau, dan aku tak harap kau doakan aku bahagia.. Im happy with what i have now.. Hidup sendiri.. menyepi tetapi hati tak merana.. alhamdulillah..


Sunday, November 27, 2011

Cinta Nasi Kerabu..

Assalamualaikum.. salam buat semua.. Salam buat Nasi Kerabu, buah hatiku..

Ya Allah, saat ini, aku hanya mampu berdoa agar dirinya selamat. Semoga dia berjaya mengeluarkan diri dari ujian getirMu.. Semoga dia tidak apa-apa.. Aku berdoa dan berharap kata-kata doktor itu hanya sekadar andaian semata-mata.. Kata doc' Kalaupun dia pulih, ingatannya mungkin tidak seperti dahulu akibat hentakan kuat di kepalanya.' Ya Allah, jangan kau uji aku dengan ujian segetir ini..

Tatkala hadir rasa cinta buat si nasi kerabu, kau beri aku rasa bahagia walaupun sebentar, dan kini Kau ingin merampasnya kembali..
Ya Allah, cinta nasi kerabuku masih belum berakhir.. dan aku yakin cintaku ini masih panjang... Jangan Kau ambil dirinya sebegini cepat.

Nasi kerabu, kau hadir membawa kegembiraan, kebahagiaan dalam diriku.. dan aku amat menyenangimu.. Aku dikejauhan ini hanya mampu mendoakan agar dia selamat.. Nasi kerabuku, aku yakin kau kuat menghadapi cubaan ini..